Aku dapat tau tentang Klinik Dr Bazilah ni melalui blog Sislin. Dah lama aku berhasrat nak bawak Khayla ke klinik pakar kulit untuk merawat masalah kulit muka Khayla yang penuh dengan parut. Kesian tengok dia agak self-conscious dan tiap-tiap hari pakai pelitup muka ke sekolah untuk sorok kulit muka dia yang bermasalah. Bila tengok klinik ni ada cawangan di Sentul, apa lagi terus la call buat appointment.


Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur di Puncak Sentul


Kalau korang perasan dekat dahi dia tu penuh dengan parut

Banyak kali jugak aku membebel bila ternampak luka-luka di muka Khayla sebab aku dah pesan kalau kulit gatal jangan garu dengan kuku tapi kadang-kadang dia tak perasan pun bila dia garu sampai luka. Macam-macam jenis produk untuk kulit sensitif yang aku belikan tapi masih sama jugak keadaan kulit Khayla. Sebab tu aku rasa kena jumpa pakar kulit jugak nak dapatkan pandangan pakar tentang cara terbaik untuk merawat dan menghilangkan parut dan bintik-bintik luka di mukanya.


Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Klinik Bazilah yang luas dan cantik

Sebelum pergi, kena buat temujanji dulu sebab tempat ni memang tak accept walk-in. Kiteorang pergi hari Jumaat sebab sekolah Khayla mula lewat sikit hari Jumaat. 

Lepas mendaftar, kiteorang dipanggil masuk ke bilik rawatan. Banyak jugak soalan yang ditanya oleh doktor - apa trigger luka di muka, kulit ada merah-merah ke sebelum rasa gatal, waktu bila paling gatal, kerap berpeluh ke, jenis kulit macamana, rutin penjagaan kulit macamana dan sebagainya. 

Kesimpulannya - takde diagnosis spesifik sebab doktor pun tak pasti punca penyebab kulit Khayla gatal dan luka-luka sampai berparut sebab masa tu la takde satu pun luka, cuma ada parut-parut lama je.

Doktor cuma prescribe pencuci muka, krim muka dan krim untuk pudarkan parut dekat Khayla. Next follow up, dia nak tengok ada improvement ke tak.  


Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Siap dapat nota terima kasih dari klinik

Setakat ni aku tengok masih macam tu je, takde perubahan. Mungkin ambik masa nak hilangkan parut-parut hitam di muka tu. Tapi aku harap sangat berkesan la produk yang klinik Dr Bazilah ni bagi sebab mahal giler krim-krim yang klinik bagi tu! Nasib baik Suami Terchenta tak membebel bila tengok resit dari klinik...

20 comments:

  1. part parut2 kat muka tu..MZ pernah dpt parut yg teruk zmn preggy..dan masa PKP ari tu...syukur now dh hilang (faded) so bila pakai foundation, tak nmpk sgt pun all the scars

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. MZ pakai produk apa utk pudarkan parut2 tu?

      Delete
  2. Khayla ada eczema ke? Bukan jerawat tapi gatal kan? Jangan guna produk yang wangi dan cuci muka pelan² aje, jangan gosok kuat² tau Khayla. Semoga Khayla jumpa ubat yg serasi & segera sembuh, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sbbnya bawak dia pegi klinik tu sbb nak tau puncanya eczema ke jerawat (acne). Tapi doktor pun tak pasti sbb masa pegi klinik tu takde merah2 pulak. Tapi saya pun suspek eczema sbb asal dia minum susu soya je naik merah2 dan gatal2 muka.
      Skrg dia guna pencuci & krim yg klinik bagi je. Lepas tu saya sapu jugak EO YL tea tree oil dekat muka dia tiap2 malam. Skrg dia tgh pantang air manis / susu jugak, so dia cuma boleh minum air kosong je.

      Delete
  3. Susah kalau tidak tahu punca masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sekarang peringkat trial & error. Harap2 ada perubahan lepas cuba krim yg klinik bagi.

      Delete
  4. Cantik selesa kliniknya.
    InsyaAllah moga ada perubahan baik.
    Sementara ni nampaknya kena berpantang macam orang ekzema kot (no sugar, gluten & dairy product).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Kak Ujie, kena pantang dulu macam orang ekzema.

      Delete
  5. iman pun sama gago dgn parut jerawat di mukanya... pencuci muka apa diprescribe doktor tek? ne tauk dpt beli di farmasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand Dermzen. Kmk rasa mcm xda jual di farmasi tok. Cuba kitak tgk di FB Klinik Dr Bazilah, ney tauk ada jual di siya.

      Delete
  6. cantik & selesa nampak klinik nya..
    alahai..sian khayla.. moga ada la penyelesaiannya...aamiin...

    ReplyDelete
  7. moga cepat sembuh. parut memang lambat sikit nak baik.dia pulih kan luka dulu nanti slow2 naik kulit baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan, janji dah kurang gatal2 dan luka2 tu.

      Delete
  8. Semoga berkesan ubat yang diberi...Aamin!

    ReplyDelete
  9. cuba kawal pengambilan gula putih. kata Dr. Rizal gula putih antara penyumbang masalah kulit termsk jerawat. sambil tu guna ubat doktor n tgk kesannya lps 2 mggu tanpa gula

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ share tips anies 👍🏻 nanti try control makan gula putih. Anak sulung tak minum air manis sangat pun.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .