Awal tahun ni, aku ambik kursus sijil profesional yang dianjurkan oleh MEF Academy. Selepas 12 minggu dan menduduki peperiksaan bulan Mei lepas, alhamdulillah aku berjaya memenuhi kriteria kursus ni dan mendapat sijil profesional yang ditawarkan.
Jadi petang ni sekali lagi aku akan menghadiri majlis konvokesyen walaupun cuma untuk ambil sijil profesional hehe.
Bila baca kod pakaian ke majlis ni (strictly formal), terkedu sekejap sebab semua baju pejabat aku dah let go. Tapi aku selongkar jugak la almari kot-kot ada baju yang sesuai. Nak pakai baju kurung macam malas pulak hehe. Akhirnya aku terjumpa la blazer lama (nasib baik masih muat!) dan blouse yang nampak macam formal jugak. Syukur jugak masa aku let go kasut-kasut kerja, ada la sepasang kasut hitam bertutup yang agak baru rasa sayang nak let go in case Khayla kena pakai kasut formal. Jadi tak perlulah aku shopping kasut baru. Harap-harap kaki aku tak kembang semangkuk sebab dah lama tak pakai kasut bertutup ni kan...
Konvo ijazah sarjana muda (22 tahun) di UTM Skudai - masa ni mula-mula kenalkan Suami Terchenta dengan bapak dan kakak aku. Malu-malu pulak bila bapak aku ambikkan gambar kiteorang berdua hihi... |
Kenangan perjalanan kiteorang sambung belajar diabadikan dalam artikel The Star tahun 2014 🥰 |
Insha Allah kalau ada rezeki, teringin nak sambung belajar di peringkat pasca ijazah pulak (PhD). Walaupun sekarang pegang title surirumah, tak salah kalau bercita-cita besar kan? Semoga my girls pun akan ikut jejak langkah kiteorang berdua untuk sambung belajar sampai ke menara gading, Insha Allah 🤲🏻.
In syaa Allah, mudah-mudahan tercapai hasrat untuk sambung belajar. Amin.
ReplyDelete
Deleteاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻 😊
Tahniah.. Semoga dipermudah semua perancangan sis.. Aamiin..
ReplyDelete
Deleteاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻😊
Terima kasih Sha.
tahniah... saya cukuplah sekali naik pentas konvo.. tak mahu lagi dah jalani proses nak mendapatkan skroll tu. perit
ReplyDeleteTak dinafikan memang penat dan banyak masa perlu dikorbankan untuk dapatkan sekeping skrol 😅
DeleteSemoga keinginannya terkabul. Amin
ReplyDelete
Deleteاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻😊
Tahniah Carneyz, semoga ada rezeki untuk sambung PHD nanti ya.. Aamiin Ya Rabb..
ReplyDeleteاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻😊
DeleteTerima kasih Kak Sue
heartiest congrats tau!!! i baru tahu nama u Karni heheh ;) jgn lupa sambung buat phd plak tau!! nak buat kat uia pun bolehhh
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dapat sambung belajar hehe. Insha Allah, sekarang belum bersedia lagi nak sambung PhD sebab nak fokus kat studies anak2 dulu ☺️
Deletewow cayalah masuk paper..
ReplyDelete15 December...memorable date gitu. Senang one date 3 celebrations sekali harung
Tu la sekurang2nya ada jugak kenangan masuk paper tu 🤭.
DeleteTu la, tak sangka boleh kumpul semua peristiwa keramat dalam satu tarikh hehe
Tahniah Carneyz..salute masih gigih sambung belajar..raasa nak buat jugak tapi tunggu la keadaan mengizinkan
ReplyDeleteTakpe, pelan2. Tunggu dah tinggal sebumbung dengan suami SA dulu kot. Kalau buat masa PJJ mau nangis suami SA tak kena layan sbb isteri sibuk belajar 😅
Deletehebakkkk munggg💪🔥👍👍🔥💪 5 in 1 eh ms buat masters tu? dahsyattttt....
ReplyDeletesy yg belajar smbl keje ms dulu tu pun rs namateyyyy walaupun kelas cuma sabtu ahad. hebattt... insya allah boleh tu go for phD nanti. ada rezeki, jalan trs!
Memang rasa namateyyyy tapi nak berenti sayang sbb dah labur banyak duit epf 🤣 walau semput kugagahi juaaaa gittewwww....
DeleteInsha Allah, niat tu dah ada cuma skrg nak fokus dekat pelajaran anak2 pulak.