Dah lama sebenarnya peram entry pasal lunch di Gula Cakery @ KL East Mall. Aku sekarang tengah gigih clear kan memori h/p. Jadi dah alang-alang ambik gambar tu, terus la letak kat blog je. 

Pertengahan bulan Ogos lepas, Khadeeja dan kawan-kawan sekelas buat play date di KL East Mall sebab salah seorang kawan sekelas dia bakal berhenti sekolah kat sekolah dieorang. Dieorang pakat ramai-ramai nak bermain ice skating jadi sementara Khadeeja sibuk dengan play date nya, kiteorang bawak Khayla pergi makan tengahari di Gula Cakery sebab dia teringin nak makan lasagna.

First time sebenarnya aku makan dekat Gula Cakery kat KL East Mall ni. Sebelum ni aku pernah pesan kek Gula Cakery ni di IOI Mall Putrajaya. Yang kat Putrajaya tu takde menu hidangan panas, cuma ada kek je.


Gula Cakery @ KL East Mall
Gula Cakery @ KL East Mall

Masa kiteorang sampai tu, restoran masih penuh dengan pengunjung jadi kiteorang terpaksa duduk di kafe Gula Creamery di sebelah.


Gula Cakery @ KL East Mall
Tempat duduk kat sini agak terhad tapi nasib baik tak lama lepas tu ada meja kosong jadi boleh sambung dengan meja bulat ni

Gula Cakery @ KL East Mall
Sementara tunggu pesanan sampai, ambik gambar kek dulu. Semuanya nampak menggoda!

Ni la makanan yang kiteorang pesan tengahari tu:


Gula Cakery @ KL East Mall
Beef lasagna (Khayla)

Gula Cakery @ KL East Mall
Grilled chicken chop (Suami Terchenta)

Gula Cakery @ KL East Mall
Spaghetti masak lemak cili api dengan beef brisket menjadi pilihan aku

drinks
Minuman dipesan Suami Terchenta dan Khayla (dah lupa nama)

Dari segi portion makanan, memang berbaloi dengan harganya sebab portion sini agak besar. Dari segi rasa, bagi aku setakat OK je la tapi Khayla puji lasagna sedap (Khayla tak pernah tak puji lasagna kat mana-mana pun 😆). Spaghetti masak lemak cili api tu agak pedas dekat lidah aku dan santannya pulak pekat jadi separuh jalan aku dah rasa muak. Lupa pulak apa review Suami Terchenta sebab dah lama sangat peram post ni hehe.

Tapi ni pendapat aku je la. Orang lain mungkin ada pandangan berbeza tentang hidangan di Gula Cakery. Siapa pernah makan kat sini, boleh kongsi pendapat korang tak?

24 comments:

  1. so far MZ tak pernah lg mkn kat sini wpun selalu gak pegi KL east mall tu..rasanya mama tisya selalu mkn2 kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, tu yg tertarik nak cuba lepas baca kat blog mama tisya hehe.

      Delete
  2. aduh nyaman ada jak rupa kek-kek nya...beef lasagna ya pun kedak nyaman jakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedey tok nang famous dgn keknya esp Pavlova ya. Beef lasagna ya anak kmk padah nyaman.

      Delete
  3. Saya pikir menunya bakal banyakan dessert atau yg manis2, ternyata ada juga yg savoury yaa 😄.

    Spaghetti ala lokal lah ini, dimasak lemak 😅. Saya prefer nak mencoba lasagna. Sukaa sangat hidangan pasta lasagna dari dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, di KL East Mall ni ada hidangan savoury jugak tapi main highlight nya tetap kek dan dessert 😃

      Delete
  4. Lasagna tu nmpk sedap...
    Belum pernah jejak kaki ke GC. KL East Mall pun jarang pergi hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak cakap sedap. Saya pun jarang2 ke KL East Mall sbb agak jauh dari tempat saya.

      Delete
  5. Lain macam sungguh ya ada hidangan spaghetti masak lemak cili api 😄
    Kreatif jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah makan spaghetti masak lemak cili api di Mary Jane KL, yang tu sedap dan tak muak rasanya.

      >> https://www.coffeebreakwithme.com/2022/08/throwback-celebrate-birthday-kak-retna.html

      Delete
  6. Porsinya lumayan besar, tapi kalau rasanya cocok di lidah pasti habis kan kak😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mungkin terlebih santan jadi bila makan tu cepat rasa muak.

      Delete
  7. SA x pernah lagi makan spaghetti masak lemak cili api tu..mesti pelik kan rasa dia..grilled chicken chop tu menggoda..dapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah makan versi yg sedap di Mary Jane KL. Teringat2 dibuatnya hehe. Tu yg pesan menu yg sama kat sini tapi kurang kena di tekak saya.

      Delete
  8. Sedap ke psageti masak lemak tu ek.. kat Jb ni macam belum pernah jumpaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kat Mary Jane KL Chow Kit sedap sampai teringat2 hehe.

      Delete
  9. Spaghetti masak lemak tu unik betul. Dah di malaysiakan masakan tu.

    ReplyDelete
  10. Ada menu fusion di sini ye.
    Di LD saya pernah spaghetti masak lemak itik salai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya itik salai. Macamana pendapat Kak Amie, sedap tak spaghetti masak lemak ni?

      Delete
  11. puas ati kan makan kat sini, tp mama makan kat branch eco ardence

    ReplyDelete
  12. kek GC ni mmg sedap. sy try kat caw IOI putrajaya ms diorg baru buka dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kek dieorg mmg sedap. Paling suka berry pavlova.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .