Salam Jumaat semua,
Mesti ramai yang menanti-nanti hari Sabtu kan. Sabar ye, kena mengharungi hari Jumaat dulu baru boleh sampai ke hari Sabtu 🤭. Bercakap pasal hari Sabtu, dah seminggu sejak Suami Terchenta berjumpa dengan pakar tulang di Hospital KPJ Tawakkal. Tapi cerita makan di Dapur Sarawak tu tak keluar-keluar lagi kan hehe. Kali ni nak sambung pulak cerita balik dari hospital minggu lepas.
Selesai urusan di hospital Sabtu lepas, kiteorang singgah makan di restoran Dapur Sarawak yang terletak bertentangan dengan hospital. Kalau masuk restoran ni, auto rasa balik kampung sebab pekerja-pekerja kat situ semuanya orang Sarawak jadi order makanan pun kiteorang order dalam Bahasa Melayu Sarawak hehe.
Dapur Sarawak ni memang tak asing lagi dari peminat makanan Sarawak dan dimiliki oleh pelakon veteran, Mahmud Ali Bashah. Sebab tu ada gambar Mahmud Ali Bashah terpampang kat dinding restoran. Di bahagian belakang gambar rumah panjang etnik Orang Ulu di Kampung Budaya Sarawak menghiasi dinding ruang makan. Kebanyakan orang yang datang ke sini pun orang Sarawak yang rindu masakan kampung. Kiri kanan kiteorang semuanya bertutur dalam dialek Melayu Sarawak termasuk aku dan Suami Terchenta! 😂
Restoran Dapur Sarawak terletak di Jalan Pahang |
Duduk-duduk je, terus datang pekerja bawakan menu. Kiteorang pilih mee kolok daging which is our favourite kat situ. Aku berbelah-bahagi antara mee kolok daging atau laksa Sarawak sebab laksa kat sini pun best jugak. Tapi sebab dah lama tak makan mee kolok, akhirnya aku pilih mee kolok jugak.
Sementara tunggu makanan sampai, aku ke bahagian depan restoran untuk meninjau kuih-muih dan hidangan sampingan yang dijual di Dapur Sarawak.
Macam-macam ada dijual kat sini. |
Yang menarik perhatian aku ialah makanan tradisional umai udang, linut dan sambalnya, kuih bongkol, kuih celorot, kuih penyaram dan pelbagai jenis kek lapis Sarawak.
Gambar atas sekali dari kiri ikut pusingan jam - kek lapis Sarawak, kuih bongkol, umai udang, kek lapis warna pelangi, linut dengan sambal, kuih celorot |
Kuih celorot tu mengimbau zaman kanak-kanak dulu sebab makcik aku (kakak mak) menjual kuih-kuih antaranya kuih celorot yang menjadi kegemaran aku masa tu (sebab rasa macam bukak pembalut kon aiskrim kot 😂). Aku ambik beberapa batang kuih celorot, 2 bungkus kuih bongkol untuk Khadeeja dan 2 keping kek batik kegemaran Khayla untuk tapau.
Kat sini kek lapis loaf pun ada dijual jugak |
Ni la rupa mee kolok daging kat sini. Setakat ni, mee kolok di Dapur Sarawak yang paling sedap bagi aku kat KL ni. Mee kolok biasanya datang dengan sup. Kalau taknak tauge, kena bagitau masa buat pesanan sebab ada orang tak suka tauge.
Cara makan mee kolok berbeza-beza. Ada orang suka makan kering dan sesekali hirup kuah dalam mangkuk kecik tu. Tapi aku dan Suami Terchenta suka tuang kuah tu dalam mangkuk mee kolok. Lepas tu bubuh sambal kicap mee kolok sikit untuk bagi rasa 'kick' pedas-pedas gitu.
Mee kolok Dapur Sarawak |
Cuma kan, aku harap la ada jugak menu mee kolok tendon ke. Rindu betul dengan mee kolok tendon di Restoran Mi Sapi Haji Salleh.
Suka nya tengok menu di Dapur Sarawak. Macam2 ada, banyak yang tak pernah rasa. Kena try ni. Thanks kongsi info. Moga dipermudah kan semua urusan sekeluarga.
ReplyDeleteKalau dekat boleh try makan mee kolok kat sini. Recommended 👍🏻 hehe
DeletePernah makan kuih celorot sekali je, masa tu ke rumah adik di Betong.
ReplyDeleteSeronok tengok macam-macam jenis makanan Sarawak ada dijual.
Betul, kat sini macam2 jenis makanan Sarawak boleh cari
Deleteoh kedai ni milik plako tu..lama dia tk berlakun....kuih bongkol tu pernh rasa masa meeting di swak...mee kolok fav
ReplyDeleteKuih bongkol tu ala2 tepung pelita tapi versi bungkus dan cair sikit hehe. Waktu bulan puasa mmg ramai org cari utk sungkey (berbuka puasa).
DeleteMee Kolok ni memang favourite Dania. Kami makan kat Dayang Sarawak Corner. Kena try sini pulak la.
ReplyDeleteDah try dua2, tapi lebih suka kat Dapur Sarawak 👍🏻
Deletesuami adik ipar ammi suka ke sini..dia mmg org sarawak. kalau raya mmg kat rumah dia diwajibkan ada laksa sarawak... hahahha sebab laksa biasa bersepah kat rumah orang lain
ReplyDeleteHaha! Mmg ramai orang Sarawak kat sini suka pergi Dapur Sarawak. Laksa Sarawak tu dia yg buat ke atau adik ammi kena belajar buat?
DeleteWah.. teringin betul Sha nak rasakuih muih sarawak tu.. Sha bookmark dulu dalam maps google.. tq share awak..
ReplyDeleteSama2. Nanti boleh letak kat blog kuih mana yg paling Sha suka 😊
Deleteteringin nak try mee kolok tu...MZ pernah pegi sarawak 2x, tp tak sempat la mkn mee kolok masa pegi tu..
ReplyDeleteRestoran ni kat Jalan Pahang MZ. Weekend boleh la try datang sini tapi biasanya bukak lambat sikit, pukul 10 pagi.
DeleteKakaaaak , kalo saya ke KL, kita jumpa sanaa yuuuk 😄😄😄. Ya Allah, terliur langsung lihat Mee Kolok tuh. Tapi rasanya saya nak pesan juga laksa Serawak 😄👍.
ReplyDeleteKalo aneka kuenya beberapa ada yg sama dengan kue di sini, kayak celorot Ama kue bongkol. Saya pun suka jugaa kue itu 🤤
Jom! Saya fikir satu mangkuk mungkin tak cukup utk Fanny hehehe. Laksanya pun sedap jugak. Boleh try jugak mee belacan di sini, mmg mantap 👍🏻
Deletebertahan lama jg ya resto ni. dr sy ddk gombak lg dah ada. tp x penah2 sggh 🤭
ReplyDeletebtw kek2 lapis kt situ sedap x? teringin pulak nk rasa...
betul, dah lama dah restoran ni bukak. Suka makan mee kolok kat sini, laksa dieorg pun not bad. Hmm...kek lapis yg saya suka semuanya kek yg dikukus hehe. Kek bakar dan berwarna-warni ni saya tak minat.
Delete