Dulu zaman bekerja dalam dunia korporat, prinsip yang selalu ditekankan masa buat KPI ialah prinsip KISS = keep it short & simple.
Maksudnya, tak perlulah buat KPI yang berjela-jela tapi tak membawa nilai atau impak yang besar. Lebih baik design KPI yang ringkas tapi ada nilai yang tinggi (high-value).
Kenapa tetiba teringat pasal prinsip KISS ni hahaha!
Kisahnya semalam kiteorang pergi brunch di salah sebuah kafe kesukaan Khayla iaitu Bray Bakery. Khayla macam biasa la si hantu croissant tu pesan 2 ketul croissant (croissant dan toast kat sini memang sedap sebab guna sourdough). Aku pulak order eggs benedict with smoked salmon.
Macam ni la rupa eggs benedict yang aku pesan |
Normally, aku suka eggs benedict sebab aku suka poached egg. Aku suka kombinasi sos hollandaise yang masam, smoked salmon yang masin, daun salad yang crunchy dan telur kuning cair yang meleleh atas roti yang garing. Eggs benedict yang paling sedap aku pernah makan di The Westin KL.
Tapi eggs benedict yang aku makan semalam tak memenuhi citarasa dan fell short of my expectations. Sebabnya terlalu banyak bahan-bahan tambahan yang mengubah rasanya yang simple kepada terlalu kompleks dan mengelirukan. Mungkin chef cuba menampilkan food presentation yang estetik (tengok je la bunga-bungaan atas poached egg tu) malangnya bahan-bahan hiasan tu mengganggu tastebud aku sebab ada rasa pelik dan kurang menarik.
Alangkah bagusnya kalau chef tu mengamalkan prinsip KISS = keep it sweet & simple. Tak perlu keterlaluan menghias makanan sampai hilang rasa asal hidangan tu. Kesudahannya, aku tak enjoy langsung hidangan eggs benedict yang sepatutnya ialah salah satu hidangan favourite aku.
On the other hand, croissant kat sini masih lagi mengungguli carta senarai croissant paling sedap bagi Khayla. Dan aku pun setuju jugak dengan Khayla - croissant kat sini memang aku bagi 5 🌟. Jadi kalau ke sini lagi aku akan pesan croissant je la kot, sebab croissant nya sweet & simple taste hehe.
Banyak sangat aksesori eggs benedict tu ye Carneyz.
ReplyDeleteSekali pandang memang nampak mengelirukan.
Barangkali chef cuba berkreativiti, tapi kurang sesuai pula.
Betul tu Kak Amie. Dia kena balance estetik dgn rasa tapi yg ni terlebih estetik sampai kacau rasa eggs benedict ni 😅
Deletedapnya..lama x bfast fancy2 mcm ni..
ReplyDeleteNampak sedap tapi bagi saya tak sesedap eggs benedict yg simple.
DeleteBanyak sangat aksesori atas tu..serabut..
ReplyDeleteIye Fieza, terlalu banyak aksesori tambahan sampai membantut selera hehe
DeleteMacam tak pernah order pulak menu Gini.. Nak try laa nanti...Oh..Sy baru tahu ada Penggunaan Konsep KISS ni ek 😁
ReplyDeleteEggs benedict sendiri sedap... tapi kalau banyak sangat bahan tambahan jadi tak menarik. KISS tu memang selalu dipakai utk tulis KPI dan result KPI masa penilaian prestasi.
DeleteKadang yang simple tu lebih sedap dan menarik..
ReplyDeleteYe, tak payah nak complicated sangat hehe
DeleteMZ pun sukaaa croissant! yummey
ReplyDeleteThen MZ kena try croissant kat sini. Sedap!
Deleteye...less is more. bila byk sangat serabut memandang pun satu hal. serabut rasa pun ye juga
ReplyDeleteAmmi says it best here. Less is more hehe.
DeleteSetahu SA egg benedict ni simple je kan..yang version atas tu macam serabut..apekah chef tgh stress ni?
ReplyDeleteChef nak buat nampak mcm 5 star kot tapi tu la, less is more sebenarnya hehe
Deletechef baru masuk keje kot nak impress bos tp tersalah landing ke order customer😁😁
ReplyDeleteteringat drama lama korea. Pasta...😀
Hahaha! Agaknya kot 😅
Delete