Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Kenny Hills ni memang tak asing lagi buat penggemar cafe scene di KL. Throwback masa bawak anak-anak buat aktiviti wall climbing cuti sekolah lepas, kiteorang singgah makan tengahari di Kenny Hills Coffee yang terletak di seberang Camp 5. Curious jugak nak tengok perbezaan dengan Kenny Hills Bakers yang aku pernah pergi di Bukit Tunku.
|
Kenny Hills Coffee @ KL East Mall |
|
Highlight kat sini semestinya minuman kopi |
|
Deko brick wall dengan dark wood menampilkan vibe yang eksklusif
|
|
Memandangkan pergi waktu tengahari ramai la orang makan kat sini
|
|
Menu kat sini tak sebanyak di Kenny Hills Bakers dan lebih kepada western food |
|
Salah satu tarikan di Kenny Hills ialah pastri dan keknya yang sedap |
Harga makanan kat sini semestinya standard kafe hipster, lagi-lagi kafe dalam mall. Tapi yang penting makanan sedap di tekak. Lupa nak ambik gambar makanan anak-anak, kalau tak silap dieorang order spaghetti meatballs (adik) dan truffle mac and cheese (kakak). Aku pulak pesan truffle and raclette toastie sandwich. Besar giler portion, tak habis siap tapau balik. Lepas tu adik pantang tengok pavlova nak makan pavlova jugak tapi aku pesan satu je la kongsi kiteorang bertiga.
|
Pavlova, sandwich truffle and mushroom melt dan watermelon cooler (adik punya). Kakak order susu panas (takde dalam gambar) |
|
Kopi susu |
Tapi yang paling menarik ialah kopi susu yang aku pesan ni. Kopi tu dihidang dalam bentuk kiub ais. Lepas tu nak minum kena tuang susu suam tu then kacau. Dari segi rasa, macam minum kopi susu ais hehe. Kalau nak manis kena mintak air gula. Aku tak mintak pun sebab minum sambil makan pavlova yang dah manis leting tu.
Kesimpulannya, Kenny Hills Bakers lebih banyak pilihan makanan dan pastri since it's both a bakery and a cafe. Kenny Hills Coffee pulak lebih fokus pada produk minuman kopi dengan menu makanan kafe sebagai sampingan.
Banyak pastries best nya.
ReplyDeleteaah kat sini mmg banyak pilihan pastries
DeleteNampak menarik, byk choice pastries tu... Nanti nak gi la...Lama dah tak ke KL East Mall ni pun...
ReplyDeleteIye sis, kat sini banyak pilihan pastries tapi tak sebanyak dekat Kenny Hills Bakers @ Bukit Tunku.
Deletememang tahu psl brand cafe ni sbb famous jugak (my sil suka pergi yg kenny hills baker tu)..tp myself tak pernah lg try masuk sini
ReplyDeleteAah Kenny Hills Coffee ni adik-beradik dgn Kenny Hills Bakers.
DeleteSuka tengok pastries dan kek yang ada macam-macam.
ReplyDeleteAah walaupun skrg dah kurang suka makan pastri tapi masih suka tengok kek dan pastri dalam display kaca.
DeleteLamanya tak makan pavlova 🤩🤩
ReplyDeletemanis leting pavlova ni
Deletewah cantik tmpt dia..have2 ni...hehe..menu pun byk yg sis tak pernah try..
ReplyDeleteBiasa la kafe dalam mall kan hehe. Konsep mmg gitu dan harga pun harga mall jugak 🤭
Deletedah makin byk cawangan KH ni... tp sy belum berkesempatan sggh lg. lama teringin nk mkn kek2 KH...
ReplyDeletebsr jg ya saiz pavlova tu👍👍
Aah, dulu dekat Bukit Tunku je lepas tu mula bukak dekat IOI Mall, KL East Mall, KLCC dll.
Delete