Salam Isnin semua,

Macamana weekend korang? Macam biasa hujung minggu kiteorang dihabiskan bersama keluarga. Hari Sabtu keluar makan dengan kakak aku dan hari Ahad pulak ada beberapa aktiviti keluarga dan teman Suami Terchenta ke sesi kiropraktik. 

Bercakap pasal keluarga, aku nak throwback aktiviti makan-makan dengan kakak aku awal tahun ni. Masa kakak aku dapat unexpected bonus awal tahun ni, dia ajak kiteorang makan di Wagyu Yakiniku @ Danau Kota. 

 Yakiniku Steakhouse

Restoran ni berkonsepkan makanan BBQ atau panggang. Yakiniku ialah istilah Jepun yang bermaksud daging panggang atau merujuk kepada hidangan daging panggang. Yang menjadi tarikan di restoran ni ialah daging panggang yang digunakan ialah daging wagyu halal dari Jepun. Kalau dengar wagyu ni, mesti terlintas dalam fikiran daging yang premium dan cair di mulut!


Wagyu Yakiniku
Dalam restoran


Memandangkan malam tu kakak aku yang belanja, jadi kiteorang serahkan kepada kakak untuk memesan hidangan. Lagipun kiteorang ni noob pasal tempat-tempat macam ni 😅. Kakak duduk dengan adik bongsu yang pernah belajar kat Jepun jadi adik aku yang perkenalkan restoran Jepun halal dekat kakak. Kiteorang tau makan kat Sushi King je hehe. 


halal wagyu
Kakak pesan daging wagyu Jepun (atas) dan Australia (bawah). Dah tentulah yang dari Jepun tu lagi lembut dan sedap

Wagyu Yakiniku
Kalau tak silap aku yang ni set, ada daging ayam, tiga jenis cendawan, tiga jenis sayur, edamame dan nasi

Wagyu Yakiniku
Kakak order kan jugak set makanan laut sebab Khadeeja request nak udang 

Wagyu Yakiniku
Seronoknya dia dapat makan udang panggang

Wagyu Yakiniku
Aku dah lupa nama hidangan ni tapi ada telur, daging, rumpai laut, timun dan nasi kat bawah tu


Sebenarnya ada lagi hidangan lain yang kakak aku pesan malam tu tapi memandangkan perut dah lapar, jadi bila daging wagyu sampai je memang tak snap dah gambar makanan lain yang sampai selepas tu 🤣. 

First time makan daging wagyu panggang, memang betul la orang cakap masuk mulut je terus cair, tak payah beria-ia nak kunyah hehe. Makan macam tu je pun sedap tak payah nak cicah sos apa-apa.  


Wagyu Yakiniku
Terima kasih kakak, belanja makan daging wagyu panggang!

Alhamdulillah, walaupun nampak banyak tapi berjaya jugak kiteorang menghabiskan semua makanan yang dipesan. Thank you again to my sister, tak lokek belanja makan bila ada rezeki lebih. Semoga melimpah-ruah rezeki kakak asbab rajin belanja adik-beradik makan yang sedap-sedap! 🫶🏻

40 comments:

  1. Belum pernah cuba lagi ni. Terima kasih berkongsi, teringin pula nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Harga macam biasa la bila sebut wagyu ni memang premium. Rezeki merasa kakak belanja 🫣

      Delete
  2. dpt mkn daging wagyu mmg cair dlm mulut...wah ada dkt area danau kota...bole la cuba nanti...sbb biasa tgk yg belah bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, sederet dengan Me'nate tapi belah hujung opposite 😃

      Delete
  3. Tak pernah lagi makan dagi Wagyu tapi teringin sangat nak rasa.. In Shaa Allah kalau ada rezeki nak makanlah... ahaks ;)

    ReplyDelete
  4. Mesti nyaman oo.. dgr ajak daging wagyu tok lom pernah gik try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, lembut daging wagyu tok sik payah mok kunyah gilak dah hancur dalam mulut.

      Delete
  5. Alhamdulillah, mudah-mudahan bertambah luas rezeki Kakak 🤲
    Menariklah menu dia semua...mcm nak try hehe

    ReplyDelete
  6. org belanjaa alhamdulillah
    seronok mkn dgn. family

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Itulah kan, semoga murah rezeki kakak belanja makan wagyu 🥰

      Delete
  8. Full nya meja...mau cobain semua rasanya 😄

    ReplyDelete
  9. Walau pun wajah terpotong...

    Sah muka sama! Macam photostat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa zaman sekolah orang selalu confuse tgk kiteorg berdua hehe. Yang membezakan warna kulit je - saya sawo matang dia pulak cerah macam Cina

      Delete
  10. Carneyz tahu....saya suka tengok kiropraktik Mat salleh kat youtube. Rasa lega je dia buat kiro tu kat patient dia....berbunyi-bunyi je. Rasa hilang terus lenguh badan.

    Nampak udang tu besar-besar2. Oh tu biji teratai ke tu?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah sekali je buat kiropraktik, mula2 takut tapi lepas tu rasa legaaa.... tapi macam kes suami ni, sakit belakang tu berpunca dari rawan tulang belakang yang menipis sebab duduk buat kerja terlalu lama.

      Aah besar2 udang kat sini, fresh pulak tu. Betul, ada akar teratai goreng dalam salah satu mangkuk dalam gambar ni 😊

      Delete
  11. Lembu Jepun lagi sedap dari lembu Australia. Semoga bertambah rezeki kakak Carneyz tak lokek belanja makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembu Jepun dapat layanan first class kot 😅 Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  12. Alhamdulillah seronok makan ramai2, semua sedap2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tumpang rezeki kakak saya 😊

      Delete
  13. Belum pernah merasa lagi daging Wagyu nie. Ada rezeki nak jugak cuba nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki boleh cuba sbb mmg sedap daging wagyu ni.

      Delete
  14. Saya jadi rindu makan Wagyu di jepang 😂😂. Tapi memang lah, Wagyu ni tak payah pakai saus apapun lagi, dagingnya dah sedaaap banget memang 🤤. Wajar memang mahal yaa 🤣

    Pengen coba juga kalo nanti ke KL , ini anak2 saya pasti suka juga kalo dah bicara Yakiniku 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, saya pun kagum sebab makan macam tu je dah sedap sangat 😂

      Di KL ni dah banyak restoran yakiniku yang halal dan guna daging wagyu 👍🏻 mungkin sebab ada permintaan tinggi di Malaysia.

      Delete
  15. alhamdulilah...nampak sangat sedap daging waghyu...sehingga kini hanya mampu tengok dan dengar daging yang sedap dan mahal ini hehehe...harp suatu hari nanti ada kesempatan untuk menikmati dan merasainya...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, Ameen YRA 🤲🏻 ni pun tumpang rezeki kakak makan daging wagyu panggang 😅

      Delete
  16. waduhhh waduhhhhh bestnya kakak belanja makannnn daging wagyu! moga sentiasa murah rezeki asbab tak lokek kongsi dgn keluarga hehehe

    ReplyDelete
    Replies

    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete
  17. alhamdulillah rezeki kakak belanja..selalu juga dgr org komen, makan daging wagyu tu masuk dlm mulut cair..macam tertarik je nak cuba sebab saya tak suka daging. bila makan suka terlekat celah gigi...so kalau macamni punya lembut, tak yah kunyah beria macam best je nak cuba..tapi tu lah harga wagyu ni boleh tahan..nk tunggu orang belanja..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, alhamdulillah rezeki orang belanja makan daging wagyu ni hehe. Tengok harga hari tu mmg telan air liur jugak la haha

      Delete
  18. Semoga bertambah murah rezeki kakak Carneyz

    ReplyDelete
  19. Menarik kalau dapat cuba makan di sini..
    Alhamdulillah semoga dimurakan lagi rezeki kakak sis.. Aamiin..

    ReplyDelete
  20. tak penah mkn wagyu walaupun ramai ckp sedap. belum ada rezeki kot...
    yakiniku ni famous jg kan?

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .