Sambung cerita kisah Suami Terchenta sakit belakang.

Hari Jumaat lepas, kiteorang pergi ke klinik di Sentul Boulevard untuk ambik surat rujukan ke hospital sebab nak buat MRI macam yang disyorkan oleh physiotherapist. Cadangnya nak pergi ke hospital terdekat je, iaitu KPJ Tawakkal di Jalan Pahang. Jadi doktor kat klinik tu pun refer kes Suami Terchenta dengan Dato’ Dr Fazir Mohamad, sebab katanya doktor ni doktor HKL yang ada klinik di KPJ Tawakkal jugak. Jadi kalau kena teruskan rawatan di HKL, mudah sikit urusannya. Kiteorang setuju je, janji hospital dekat dengan rumah kalau Suami Terchenta senang berulang-alik untuk appointment di hospital

Alhamdulillah Suami Terchenta dapat temujanji pada pagi Sabtu lepas sebab Dr Fazir cuma ada di KPJ Tawakkal hari Sabtu je. Kiteorang datang pukul 8 pagi dan terus pergi ke tingkat 5. Lepas serahkan surat GL insurans company Suami Terchenta di kaunter pendaftaran, kiteorang disuruh ke klinik dan ambik nombor giliran pulak untuk berjumpa dengan Dr Fazir. Ingatkan kiteorang yang terpaling awal ambik nombor giliran (doktor masuk dalam pukul 9 lebih lepas buat lawatan di wad), rupa-rupanya ada yang lebih awal dari kiteorang haha. Tapi ok lagi, giliran kedua takde la lama sangat kena tunggu.

Sementara tunggu giliran jumpa doktor, Suami Terchenta ajak sarapan pagi dulu dekat kafe sebelah kaunter pendaftaran tadi.

Dalam pukul 9 pagi, kiteorang pergi balik ke klinik tadi dan tunggu doktor sampai. Dalam 15 minit macam tu barulah nampak kelibat doktor masuk ke bilik. Lepas tu tunggu lagi pesakit pertama jumpa dengan doktor. 


orthopaedic specialist
Duduk menunggu di tempat kerusi yang selesa depan bilik doktor

Akhirnya pesakit pertama keluar. Giliran Suami Terchenta pulak. Dr Fazir ni gaya dia very fatherly and soft spoken. Dia tanya soalan-soalan lebih kurang macam physiotherapist tanya tempoh hari. Lepas tu dia buat test pun lebih kurang jugak macam masa sesi fisio. Cuma bila dah selesai buat test, dia rasa macam bukan SI joint dysfunction pulak. Hmm. Jadi dia suruh turun ke bawah bahagian Imaging untuk buat X-ray di bahagian pinggang.

Dekat sini lama sikit menunggu giliran. Rasanya lebih 30 minit baru giliran Suami Terchenta naik. Memandangkan cuma pesakit je dibenarkan masuk, jadi aku pun tunggu di luar.


Hospital KPJ Tawakkal
Bagusnya kat KPJ Tawakkal ni, banyak tempat kerusi disediakan untuk menunggu sementara pesakit buat prosedur x-ray

Tengah menunggu Suami Terchenta buat x-ray, tiba-tiba aku disapa oleh staff hospital yang tengah menolak troli minuman, 'Puan nak minum ke? Kita ada kopi, teh, sirap? Ada biskut jugak.' Terpinga-pinga aku dibuatnya. First time seumur hidup aku pergi hospital siap dijamu refreshment sementara menunggu. Dah macam dalam kapal terbang pulak! 😂 

Mula-mula aku tolak tapi dieorang bersungguh-sungguh bagitau it's complimentary. Jadi aku pun pilih air teh, siap dapat biskut kacang mentega lagi. Terbaik la layanan KPJ Tawakkal ni. Sebelum ni pernah pergi ke P*ince C*urt dan P*ntai KL tapi takde pulak dihidang minuman dan makanan ringan. 


refreshment
Staff hospital tolak troli offer minuman dan biskut dekat pesakit dan keluarga yang duduk di kerusi menunggu

refreshment
Biskut masin dengan inti mentega kacang ni sedap celup dalam air teh panas

Bila Suami Terchenta selesai buat x-ray, kiteorang naik balik ke klinik Dr Fazir. Tapi sayangnya Dr Fazir tak nampak masalah dekat belakang Suami Terchenta, sebab ada miscommunication sikit dengan technician x-ray. Sepatutnya Suami Terchenta buat x-ray sambil berdiri tapi masa dalam bilik x-ray tu dia disuruh berbaring terlentang. Akhirnya Dr Fazir decided supaya Suami Terchenta buat MRI tapi kena tunggu bila ada free slot. Sementara tu dia suruh Suami Terchenta continue makan ubat yang diberi oleh doktor di klinik Sentul Boulevard.

Harap-harap dapat temujanji MRI secepat mungkin sebab kesian tengok Suami Terchenta tak selesa dan susah bergerak sejak 3 minggu lepas. Dari sudut positif, Suami Terchenta dapat surat light duty dari doktor pakar jadi boleh la dia request bekerja dari rumah (memandangkan doktor tak bagi dia naik motor takut makin teruk pulak sakit belakang).

33 comments:

  1. Kesian suami Carneyz, memang seksa tu dah 3 minggu susah nak bergerak. Semoga Allah permudahkan rawatan, cepat dapat slot MRI.

    Terbaik sungguh layanan pihak hospital, siap offer biskut dan minuman. Benda simple je, tapi mampu buat orang gembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah dapat slot MRI esok Kak Ujie.

      Betul, benda simple dan tak makan kos sgt pun tapi buat kita gembira.

      Delete
  2. Allahumma yassir :) part biskut dan air tu..KPJ ampang putri pun ada provide tp tak delah serve..memang boleh jer gi amik kat tepi kaunter (ala2 welcome drink)

    ReplyDelete
    Replies

    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن  🤲🏻
      Mmg layanan standard kat hospital KPJ agaknya. First time ke hospital KPJ tu yg baru tau hehe

      Delete
  3. Allahu.. kita doakan agar suami terchenta Carneyz dapat rawatan yang serasi dan dikembalikan kesihatannya. Bagus ya KPJ Tawakal ni siap ada refreshment utk keluarga dan pesakit yg menunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SK. Betul terkejut bila staff offer air dgn biskut hehe

      Delete
  4. Betul, bagus bt mri aja yang lebih detaiks tau sakit apa, macam Yana dulu ..
    btw bagusnya ada servis mcmtu ea. KPJ Abu Samad sini, ada tapi mesin kopi banyakk, kalau haus beli sendiri hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo kat KPJ sana takde hidang kopi percuma ye Sislin? Tengok cawangan jugak kot.

      Delete
  5. Syafakallah utk suami sis... mudah-mudahan takde yang serious 🤲
    Macam best pulak ye, dapat biskut & air tu...mcm dlm flight pulak rasanya :D

    ReplyDelete
    Replies

    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Terima kasih sis. Saya pun berharap dia cepat2 sihat sbb ada plan nak berjalan hujung tahun ni 😅
      Kan, rasa dalam flight pulak bila ditanya nak kopi/teh/sirap? Hehe

      Delete
  6. smoga dipermudahkan urusan husband carneyz dan cpt baik...oh siap offer refreshment..hebat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis. Memang terbaik layanan KPJ Tawakkal, kalah hospital2 private lima bintang yg lain 😅

      Delete
  7. Bagusnya hospital, bagi minuman dan snek percuma pada orang yang menunggu. Semoga suami Carneyz cepat sembuh, dan dipermudahkan urusan rawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Kan, jarang2 jumpa hospital hidangkan refreshment utk pesakit dan org yg menunggu.

      Delete
  8. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan rawatan suami Carneyz hingga sembuh.
    Memang mesra pelanggan sungguh, ada disediakan makan dan minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Betul kak Amie. Mesra pelanggan betul Hospital KPJ Tawakkal ni.

      Delete
  9. Bagus layanan tawakkal ni. Ammi ke KPJ Seremban takde pun layanan gini. Rasa mcm naik flight pulak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya cawangan2 tertentu je kot yg buat 😅

      Delete
  10. Syafakallah utk suami nya yer..moga semuanya dipermudahkan..aamiin
    wah. bestnya ada service mcm ni..bagus betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Terima kasih MA. Kita pun kagum ada servis hidang air & biskut ni hehe

      Delete
  11. Alhamdulilla.. dalam kesulitan kesihatan diberikan kemudahan berkerja dari rumah..
    Semoga suami puan diberikan kesembuhan dan dipermuda urusan rawatannya.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Terima kasih Sha. Ye, syukur doktor pakar bagi surat light duty supaya asben dapat kerja dari rumah. Kalau tak kena naik motor ke ofis, jalan lagi nak ke lif dah la ofis dia besar huhu

      Delete
  12. Moga allah mudahkan semua buat Carneyz dan keluarga ya. Semoga suami diberikan kesembuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Terima kasih sis Ezna. Insha Allah setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.

      Delete
  13. staf baru kot ms buat MRI tu... tu yg smpi jd miscomm.

    apa-apa pun syafakallah...

    lain mcm tu dpt teh dgn biskut...😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak buat lagi MRI nya, baru x-ray. Mungkin prosedur standard memang kena baring kot & doktor lupa tulis dekat note kena buat x-ray posisi berdiri.

      Delete
  14. Dapat saya bayangkan bagaimana rasa sakitnya bahagian belakang..saya pernah sakit di punggung sehingga pergerakan terbatas..namun saya bersyukur kerana semakin pulih....banyakkan bersedekah, berdoa dan berselawat selain ikhtiar perubatan moden

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, akan sampaikan pesanan ni kepada encik suami.

      Delete
  15. Alahai, kalau sakit belakang memang x leh buat main..semoga diberi kesembuhan buat uami Carneyz ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, takut melarat makin teruk lagi. Kawan ofis dia kena slipped disc sampai berbulan2 masuk hospital. Kalau tak betulkan masalah belakang tu cepat2 takut jadi slipped disc pulak huhu.

      Delete
  16. Haiissh masih harus menunggu ya kak. Semoga cepat dapat slot utk suami kakak, jadi bisa cepat dikesan juga sakitnya apa 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fanny. Sekarang kena tunggu clearance dari hospital jantung pulak sama ada injap jantung mekanikal yang suami saya pakai tu selamat utk MRI ke tak.

      Delete
  17. Hospitals play a crucial role in our communities by providing essential healthcare services to individuals in need. https://www.medwastex.com/service/sharps-disposal

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .