Salam Jumaat buat kawan-kawan semua,

Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ni, marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan, keamanan dan keringanan penderitaan rakyat Palestin yang sedang menghadapi kezaliman dari rejim zionis. Semoga ada doa di antara kita yang dimakbulkan oleh Allah SWT, Ameen Ya Rabbal Alameen... 🤲🏻

Boleh sesak dada bila tengok berita perang kat sana. Untuk alihkan fikiran sekejap, aku nak kongsi cara-cara naik MRT dari Sentul Timur dan turun betul-betul di stesen MRT yang bersambung dengan MyTown Cheras.


Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 1: Naik LRT dari stesen LRT Sentul / Sentul Timur dan turun di Stesen Titiwangsa. Kalau dari stesen Sentul, cuma 1 stop je dan dari stesen Sentul Timur pulak, 2 stop

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 2: Ikut arah ke stesen MRT untuk pertukaran ke laluan MRT

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 3: Cari Pintu A dan turun eskalator di sini

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Eskalator sini memang tinggi ye tuan2 dan puan2... Gayat kita dibuatnya haha!

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 4: Turun satu lagi eskalator ke Platform 1

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Di sebelah kiri ialah laluan MRT ke Putrajaya (Platform 1) dan sebelah kanan pulak laluan ke Kwasa Damansara (Platform 2)

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 5: Tunggu MRT di laluan Putrajaya

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 6: Naik MRT sampai ke stesen Tun Razak Exchange (selang 6 buah stesen dari Titiwangsa)

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 7: Turun MRT dan pergi ke laluan bertentangan (laluan Kajang)

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 8: Turun selang satu stesen iaitu di stesen Cochrane dan naik eskalator ke sambungan menuju ke MyTown Cheras 

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Kemudahan dalam stesen MRT ni boleh dikatakan lengkap dan memuaskan. Cuma kat tandas dan kat surau, aku tertanya-tanya - kenapa banyak lipas? Kena panggil pest control la sebab aku ni kalau ternampak lipas confirm menjerit macam nampak hantu! 

Dah alang-alang sampai MyTown Cheras, boleh la pergi makan meatball IKEA jugak sebab sebelah MyTown je kan. Ni gambar throwback masa pergi ke sana dengan my mom & my sister. Psst... chicken wing tu pun best tau.


IKEA Meatball
My favourite dekat restoran IKEA

Kalau tak pasti nak turun dekat stesen mana, boleh muat turun aplikasi Moovit untuk rujukan laluan-laluan pengangkutan awam di KL. Insha Allah tak sesat!

14 comments:

  1. ada satu lagi escalator di MRT mana ntah dah lupa...mmg sangat curam. kadang-kadang ammi kalau naik or turun escalator tak pegang pun rail tepi...tp kat situ rasa mcm ehhhh gayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tau je kat mana tapi saya pun lupa jugak nama stesen tu.

      Delete
  2. Kalau saya naik ni, mesti macam rusa masuk kampung. Dulu pun, cangak bangak juga, dari KL Central, nak naik lrt ke Subang. Baru keluar ETS dari Batu Gajah. Bagusnya, ada stesen terus ke shopping complex. Senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, bila tau rupa2nya boleh naik MRT terus ke MyTown terus asben cakap haaa lepas ni panjang la langkah ke sana hahaha! Tapi dia tau wife dia sejenis malas nak keluar rumah 😜

      Delete
  3. Nanti kalo saya nyasar lagi naik lrt, saya tanya kakak yaaa 😄😄.

    Saya kalo kemana2 dengan suami, naik MRT kah, lrt kah, selalu lancar tak pernah nyasar. Suami memang lebih cepat memahami rute jalan apapun. Tapi kalo dah giliran jalan dengan teman, udah kacau sebenernya hahahahah. Biasa pake drama get lost dulu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, kalau download aplikasi Moovit tempoh hari, Insha Allah tak sesat lagi 😉

      Delete
  4. jemput join segmen Cuya :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    ReplyDelete
  5. nice entri... klak bolehlah refer sitok ne tauk ada nk g mytown tp malas drive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mok senang pakai apps Moovit jak mun nait public transport di KL tok 😃

      Delete
  6. so far baru sekali jer MZ naik MRT dgn my boys tu pun time free ride ari tu...sbbnya tak de stesen yg berdekatan our area...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la salah satu reason kiteorg pindah dari Seri Gombak ke Sentul, sebab nak dekat dgn stesen LRT 😄

      Delete
  7. sy pernah terlepas stesen TRX ms nk g mytown🤣 asik main hp je smpi x dgr announcement. sik baik smpi stesen conlay je. kalau jauh sket haru jd nya😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah naik ktm terlepas stesen gara2 asik blog walking 🤣 kena patah balik jauhhhh lepas tu menunggu sejam nak pergi balik ke stesen yg dituju.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .