Braised Shiitake Mushroom Chicken Yang Mudah dan Sedap
|
Braised shiitake mushroom chicken yang sedap dan mudah disediakan |
Siapa suka sangat makan claypot rice, angkat tangan! 🙋🏻♀️
Tapi hari ni sebenarnya aku tak kongsi resipi claypot chicken rice tapi resipi braised shiitake mushroom chicken yang aku nampak kat IG reel. Resipi ni dikongsi oleh Kelly Cooks dan since aku tertarik dengan bahan-bahannya yang ringkas, aku pun cuba buat jugak. Resipi ni sebenarnya boleh digunakan jugak untuk buat claypot chicken rice. Masa zaman aku belajar di universiti dulu, aku pernah bekerja sambilan di gerai menjual masakan claypot dekat food court Jusco (sekarang AEON) Taman Universiti untuk menampung perbelanjaan hidup masa tu. Sebab tu bila aku cuba resipi ni rasanya mengingatkan aku dengan chicken rice claypot tu. Hujung ni aku kongsi cara nak jadikan hidangan ni sebagai claypot chicken rice.
|
Bahan-bahan asasnya cuma halia, bawang merah, ayam yang dipotong kecik dan cendawan shiitake |
|
Lepas potong dan basuh ayam, perap dengan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, minyak bijan, tepung jagung, sedikit air dan garam (aku tak letak garam sebab sos tiram dan kicap-kicap tu pun dah masin) sekurang-kurangnya setengah jam |
|
Dah siap, makan dengan sayur kobis tumis |
Braised Shiitake Mushroom Chicken
Bahan-bahan tumis:
- 1 inci halia diricih (julienne cut)
- 3-4 ulas bawang merah dihiris bulat
- Sedikit minyak untuk menumis
Bahan perapan ayam:
- 500gram ayam yang dipotong kecil
- 6 keping cendawan shiitake (kalau guna yang kering, rendamkan dulu dalam air sampai lembut, kemudian potong 4)
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 cawan air
- 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
- Gaul rata semua bahan perapan dalam satu mangkuk besar dan perap selama 1/2 jam.
- Menggunakan periuk berpenutup, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan halia sehingga wangi dan kelihatan garing.
- Masukkan bahan perapan ayam dan gaul rata dengan bahan tumisan. Biarkan ianya mendidih sekejap.
- Tutup periuk dengan penutupnya dan renehkan dengan api kecil selama 20 minit.
- Hias dengan taburan hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidang.
Untuk buat claypot chicken rice pulak, masak nasi dalam periuk tanah liat sampai air kering, lepas tu gunakan senduk untuk tuang ayam, cendawan shiitake dengan kuahnya sekali ke atas nasi dan biarkan sampai nasi masak. Confirm rasanya sama dengan claypot chicken rice kat food court 🤌🏻.
Mudah tu memang mudah...
ReplyDeleteCuba uncle yang buat... baru tau mudah ke tak... hehehhe
Uncle buat kena ada aunty berdiri kat tepi bagi arahan hehe.
DeleteTerliur lahhhh! Saya suka Shitake! Kalau makanan dalam claypot ni, salu amek jenis yee Mee tu..err..buat sendiri...memang tak pernah lagi...huhu...
ReplyDeleteLebih kurang sama je resipinya cuma kena letak telur je hehe
Deletetak terfikir lak nak masak sendiri makanan macam ni. kompom anak anak tak makan. hihihi...Kalau nampak kat mana mana cafe, mmg ambik banyak banyak
ReplyDeleteMy kids asal lauk ayam je dieorg makan hehe. Saja try sebab suka shiitake mushroom & makanan berkicap :)
Deletefavourite tok!
ReplyDeletenyaman kan? 😊
DeleteMenarik.. boleh lah Kak Sue cuba jugak nanti nie..
ReplyDeleteSilakan Kak Sue. Nanti boleh share hasilnya.
Deletetersangatlah favourite dgn chinese cuisine ni...bahan dorang mudah je kan
ReplyDeleteByk resipi dieorg yg mudah dan ringkas, tapi kalau resipi yg byk pakai herba tu mmg tak reti nak buat sbb tak tau mana nak cari herba tu hehe
DeleteMengancam.. bahan pun muda je.. save dulu..
ReplyDeleteYe, mudah sangat. Kalau penat balik kerja cari resipi mudah boleh je buat menu ni hehe
DeleteMZ suka most of mushrooms tp shitake ni tak berapa kena dgn tekak hahahah
ReplyDeleteShiitake mushroom ni my favourite. Memang baunya agak kuat sikit.
DeleteKakaaaak, ini langsuuuuung saya nak try hari Senin 😄😍😍😍. Shitake kering saya selalu punya stok banyak, tapi ayam habis. Nak belanja dulu Senin esok 😄. Kebetulan dah waktunya belanja barang dapur memang.
ReplyDeleteIni pasti sedap, karenaa saya pecinta jamur, apapun jenisnya 😄👍. Dan resep ini juga tak pakai minyak banyak, tak pakai santan, jadi lebih sehat lah kan.
Ya, cuma kalau orang ada darah tinggi kena jaga2 garamnya tak payah letak sebab kicap dan sos tiram tu dah masin.
Deleteckp psl.claypot tu teringat yg kes viral claypot kat desa petaling tu... la ni senyap je...
ReplyDeleteapa cerita kes viral claypot tu? Tertinggal kapal pulak
Delete