Korang suka membaca tak? Dulu masa zaman sekolah aku ni boleh dikatakan ulat buku. Buku-buku pilihan aku selalunya novel dan karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau buku-buku tulisan penulis buku kanak-kanak terkenal macam Enid Blyton dan Diana Wynne Jones.
Bila dah masuk universiti, tabiat membaca tu bertukar dari novel-novel kepada majalah-majalah macam The Economist dan Times (ilmiah sangat kan hahaha! Tapi masa tu aku terlibat dalam Kelab Debat Bahasa Inggeris, jadi kena sentiasa update pengetahuan am dan global). Kalau majalah hiburan pulak, aku suka Cleo, Her World, Nona dan Mingguan Wanita.
Cuma bila dah ada anak-anak dan sibuk menguruskan dieorg masa kecik dulu, tabiat membaca tu makin kurang. Aku cuma membacakan bedtime stories untuk anak-anak sebelum tidur je hehe. By the time aku nak membaca buku aku pulak, dah terlelap sebab kepenatan!
Sejak aku berhenti kerja, aku nekad nak start balik hobi membaca. Cuma tu la, aku rasa gaya penulisan novel sekarang dah jauh berbeza. Takde lagi dah karyawan yang menulis macam Othman Puteh dan Khadijah Hashim.
Anyway, selalunya aku akan membaca sebelum masuk tidur. Jadi buku-buku ni aku dah siap-siap letak dekat tepi katil supaya aku tak lupa untuk membaca.
My bedtime books |
Jom tengok apa buku yang aku tengah baca sekarang.
A Juz A Day: Summary of the Quran (Yahya Ibrahim) |
Buku ni pun best sebab isinya disampaikan dalam bentuk yang ringkas dan senang dihadam. Kadang-kadang bila baca tafsir Quran, aku terfikir kenapa cerita tentang kaum-kaum dan Nabi dan Rasul terdahulu muncul kat sana sini dalam Al-Quran, kenapa tak kumpul je dalam satu surah / juzuk je? Tapi bila baca buku ni, ada mesej dan gambaran lebih besar yang Allah sampaikan kepada kita dan cerita-cerita tu ialah sokongan buat mesej tu.
Christmas Shopaholic (Sophie Kinsella) |
Siri Shopaholic dari Sophie Kinsella ni memang aku minat dari siri pertama sampai la siri terbaru ni. Bagi aku, Sophie Kinsella ni menulis dengan penuh humor dan dramatik. Selain dari siri Shopaholic, aku suka jugak novel-novel Sophie Kinsella yang lain contohnya 'The Undomestic Goddess'.
Don't Sweat the Small Stuff (and It's All Small Stuff) (Richard Carlson) |
Kalau baca buku ni, aku memang standby highlighter untuk highlight part-part yang aku rasa berguna untuk dipraktikkan. Buku ni ajar orang-orang overthinker dan ada anxiety macam aku ni untuk jangan jadi worrier sangat la. Kebanyakan benda berlaku dalam hidup kita ni sebenarnya benda kecik je, tak payah nak overthinking lebih-lebih.
The Wedding Pact (Isla Gordon) |
Aku beli buku ni sebab baca review ada orang kata buku ni humorous macam buku Sophie Kinsella. Bila aku baca, tak macam Sophie Kinsella pun. OK la, nice to read. Tapi tak habis-habis lagi membacanya sebab kadang-kadang agak hambar. Jadi bila aku baca 2-3 muka surat, terus aku mengantuk! 😂 Bila nak habis baca buku ni?
Ruqyah Asas Pengubatan Islam (Allahyarham Tuan Guru DAto' Dr. Harun Din) |
Dalamnya mengandungi doa-doa, zikir-zikir dan potongan ayat-ayat Al-Quran yang baik untuk rohani. Bila rasa resah, rasa tak boleh tidur, baca buku ni sampai la hati rasa tenang dan boleh tidur balik.
Dulu sekejap je boleh habiskan satu buku, nak-nak yg best. Skrg ni nak habiskan satu buku sebulan pun payah huhu :(
ReplyDeleteHaha faham2. Struggle nak habiskan satu chapter skrg ni. Masa zaman sekolah dulu, 2 jam je dah boleh habis baca satu novel 😅
DeleteSaya baca buku Sophie Kinsella tapi perasan cerita-ceritanya lebih kurang. Mungkin ayat-ayat yang dikarang lebih kurang sama dan saya baca buku-bukunya secara berturut-turut. Hehe adik ipar bagi buku Sophie Kinsella.
ReplyDeleteAah saya suka gaya penulisan Sophie Kinsella. Lucu tapi kadang2 geram jugak dgn watak utamanya, Beckie tu.
DeleteMZ suka membaca tp now memang baca dari hp jer...ada jugak beli novel printed tu (kisah2 mistik hahha)
ReplyDeleteSaya ada jugak baca dari hp, guna apps Libby dan buat akaun Perpustakaan Negara. Tengok mood, kalau rasa nak membaca dalam gelap saya baca buku dekat hp tapi kadang2 susah nak tido bila dah terdedah dgn cahaya dari hp.
DeleteUncle suka baca buku yang bergambar....
ReplyDeleteDulu zaman sekoalh suka baca komik Gila-gila dan Majalah Ujang, tak sangka kenal dengan kartunis Uncle Gedek 😜
Deleteone of my hobby but sekarang ni dah slow down la...
ReplyDeleteMasa bekerja dulu mmg tak sempat nak spend time dgn hobi membaca. Sebenarnya tak sempat buat apa2 hobi pun sbb penat bekerja 😂 Ni dah tak bekerja baru nak start balik hobi membaca.
Deleteikut mood. kalau saya, sebelum tido takleh membaca. nanti tak tido-tido...haha
ReplyDeleteSaya pilih buku yg santai2 je, misteri / thriller mmg akan buat teringat2 dan susah nak tido hehe.
DeleteTahulah sy kenapa gaya bahasa Carneyz tersusun elok dan menarik bila dibaca.
ReplyDeleteSegan pulak saya bila pujian ni datang dari SK yg lebih hebat menulis blog 🥰
Deletebagusnya rajin membaca. Keep it up!
ReplyDeleteDoakan semoga istiqamah 😅
DeleteDulu saya minat baca novel-novel..Masa remaja paling suka novel yg Ahadiat Akashah tulis..Tapi skrg ni dah berumur, nak ngadap buku lama2 tak boleh sebab nampak perkataan-perkataan dalam buku berbayang..faktor usia.. haha..
ReplyDeleteOh aah2 baru teringat penulis Ahadiat Akashah. Saya ada jugak la baca novel beliau. Skrg ni byk masa terluang rajin2kan diri mendekati hobi lama hehe
DeleteMembaca hasil tulisan Enid Blyton memang tidak dapat dipisahkan dari dunia kanak-kanak saya!
ReplyDeleteBuku2 Enid Blyton la yg mengasah penggunaan Bahasa Inggeris saya sekarang 😊
DeleteLama dah tak baca physical book. Last baca masa jaga anak kat ward haritu itupun sbb bosan tahap gaban
ReplyDeleteKalau travel saya lebih suka baca buku di hp. Tapi kena jaga2 jugak takut makin rabun kalau asyik terdedah dgn cahaya dari hp.
DeleteMenarik smeua tajuk yang sis kongsikan.. Selamat membaca..
ReplyDeleteTerima kasih Sha. Harap2 lepas ni makin banyak koleksi bahan bacaan yang dah dibaca.
Deletesalah 1 hobi sy... xde genre tertentu. sy belasah semua. cuma laa kalau part novel melayu, cuma seorg je yg sy suka. yg lain2 buat sy zzz😂 novel bi pun sm. pilih yg rs betul2 nk baca je baru bli
ReplyDeleteselalunya... buku 'habis' dulu ke... tuan dia yg 'habis' dulu?😁
Tengok siapa penulisnya. Kalau penulis favourite, boleh baca sampai 2-3 bab. Tapi kalau buku tu penulis yg baru nak kenal dan jalan cerita hambar, baca sehelai dua muka surat dah terus tutup buku dan tidur! 😂
DeleteSA ada koleksi novel tapi semua novel melayu la...1000 naskah dah dan ada 100 lebih lagi dalam kotak x habis baca lagi dna x mula baca lagi...giler kan? skrg macma xde masa nak baca novel semula
ReplyDeleteKalau dah beli tu kena gagahkan diri membaca hehe.
DeleteKita samaa lah kak. Zaman saya kecil sampe kerja tapi belum nikah, saya masih kutu buku sangat. Di rumah pun ada perpustakaan pribadi.
ReplyDeleteTapi setelah nikah dan kerja, tak
terjamah buku. Dah capek duluan pulang kantor.
Makanya setelah resign, saya nak isi waktu dengan banyak membaca lagi. Tapiiii tak hanya buku, saya pun blogwalking tujuannya untuk membaca juga.
Cuma supaya buku tak terlupakan, saya bikin target, supaya seperti zaman kerja, ada target yg nak dicapai, jadi semangat kan.
Saya buat, 54 buku setahun, maknanya 1 Minggu 1 buku harus tamat. Alhamdulillah selalunya lebih. Kalo tak ada target, saya macam tak jelas, Krn tak ada arahan 🤣.
Wah bagus la tu ada target Fanny.
DeleteEh, bila Fanny resign ye? Ingatkan masih kerja di bank lagi.