PERINGATAN: Post ni banyak gambar!

Semalam lepas check out dari hotel, kiteorang buat keputusan nak melawat Muzium Penjara sebelum pergi makan tengahari, memandangkan muzium ni lebih dekat dengan hotel dari kedai makan yang kiteorang nak cuba ni. Kiranya plan kiteorang semalam ialah muzium ➡️ makan tengahari @ Restoran Hajjah Mona Asam Pedas ➡️ Mamee Jonker House ➡️ pulang ke KL.


Muzium Penjara Melaka
Muzium Penjara yang terletak di Jalan Parameswara kira-kira 1km dari hotel kiteorang duduk

 

Bayaran masuk ke muzium ni ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak (12 tahun ke bawah). Mula-mula masuk tu, perasaan excited dan ingin tahu tu memang membuak-buak. Bila masuk ke dalam, memang kita akan rasa suasana dalam tirai besi bila setiap kali kita masuk ke ruang berlainan, akan ada pagar besi yang membahagi ruang muzium:


Muzium Penjara Melaka
Feeling melangkah masuk dalam penjara bila nampak tirai besi ni

Aku akui banyak maklumat yang menarik terpampang dalam muzium ni dan kiteorang selalu berhenti untuk membaca maklumat tentang sejarah penubuhan penjara di Malaysia dan lokasi-lokasi penjara di Malaysia dulu dan kini.


Muzium Penjara Melaka
Penjara Pudu yang terkenal satu masa dulu menempatkan penjenayah-penjenayah berbahaya. Di situ jugak la penjenayah terkenal Mona Fendy dan Botak Chin dijatuhkan hukuman gantung sampai mati

Antara fakta yang menarik minat aku ialah tentang pejuang kemerdekaan Sarawak, Rosli Dhoby yang dipenjarakan di lokap Kuching sebelum dijatuhkan hukuman gantung oleh pihak British, sedangkan dia baru berusia 17 tahun dan sepatutnya tak boleh dijatuhkan hukuman mati. Turut dijatuhkan hukuman gantung ialah rakan-rakannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit dan Bujang Suntong. 46 tahun selepas mereka dikuburkan di Penjara Kuching, barulah mereka disemadikan di tanah kelahiran mereka iaitu di Sibu, Sarawak. Kalau nak tau sejarah Rosli Dhoby, boleh tonton drama 'Warkah Terakhir' di Youtube yang dibintangi oleh Beto Kusyairi (Rosli Dhoby), Nam Ron (Awang Ramli), Sherie Merlis (ibu Rosli), Sazzy Falak (kakak Rosly) dan ramai lagi pelakon hebat.


Muzium Penjara Melaka
Kisah pejuang kemerdekaan Sarawak Rosli Dhoby

Ada jugak bahagian dalam muzium yang mana kita boleh tengok sendiri keadaan dalam bilik penjara yang serba kekurangan - sempit, panas dan tak selesa. Dalam penjara satu masa dulu, kalau nak membuang, takde tandas ye. Sila membuang dalam tong najis yang disediakan.


Muzium Penjara Melaka
Dari kiri atas ke kanan dan ke bawah - sel penjara / bilik lokap, seni 'contengan' di dinding penjara, bilik mandi tahanan, antara peralatan banduan dalam penjara dalam kotak plastik

Ni kalau tak insaf lagi lepas merengkok dalam penjara, tak tau la nak kata apa. 

Masa ni anak-anak masih happy lagi siap tangkap gambar belakang tirai besi dan masa berjalan dekat koridor bilik tahanan:


Muzium Penjara Melaka
'Happy' bergambar belakang tabir besi

Bahagian muzium yang seterusnya memaparkan pulak hukuman-hukuman yang dilaksanakan ke atas penjenayah.

Muzium Penjara Melaka
Ruang demo hukuman sebat tapi mungkin sebab kiteorang pergi hari Ahad jadi tak dapat la tengok demo hukuman sebat

Muzium Penjara Melaka
Video ni pulak ditayangkan di pintu masuk muzium tentang suasana banduan akhir yang diceritakan oleh warden penjara

Muzium Penjara Melaka
Lukisan hukuman mati pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Part seterusnya buatkan kiteorang lepas tu rasa loya dan mual. Firstly, menyaksikan bilik hukuman gantung (2 tingkat) - tingkat atas di mana hukuman dilaksanakan dan dekat bawah pulak bila banduan tu dah mati, ada batu mayat untuk memandikan mayat banduan yang selesai menjalani hukuman gantung. Since pelawat tak dibenarkan ambik gambar di bilik hukuman so takde gambar la ye.

Secondly, bila kiteorang tengok pameran hukuman sepanjang zaman di dunia. Setiap hukuman disertakan visual sama ada lukisan atau gambar the real execution yang mungkin diambil dari arkib sejarah - hukuman tembak, hukuman rejam, tanam hidup-hidup (tentera Jepun buat dekat orang Cina), pancung dan macam-macam lagi bentuk hukuman yang serius bertujuan menyeksa sebelum membunuh pesalah.


Muzium Penjara Melaka
Tunjuk tanda arah je sebab tak sanggup nak ambik gambar - serius loya tekak aku!

Thirdly, ada video hukuman sebat yang sedang dijalankan. Part ni aku tengok sekilas je lepas tu tak sanggup nak tengok dah. Fuhhh, bukan senang nak jadi pegawai dan warden penjara, apa lagi pegawai yang menjalankan hukuman sebat / gantung tu ye. Hati kena keras, kalau tak memang tak boleh tidur semalaman terngiang-ngiang agaknya teriak dan tangisan banduan-banduan yang dihukum ni!

Lepas habis tour muzium, aku dengan Suami Terchenta pening dan loya teramat sangat, nampak tak kiteorang ni perut tak berapa kental tapi gigih jugak menghabiskan lawatan muzium. Khadeeja mula-mula nampak ok je, siap nasihatkan kiteorang, 'Pretend it's not real!' (sebenarnya dia tengah nasihatkan diri-sendiri, tapi kiteorang tak tau).

Lepas tu, kiteorang meneruskan rancangan makan tengahari di Asam Pedas Hajjah Mona. Baca review ramai yang rekemen makan asam pedas kat sini, so kiteorang pun nak cuba jugak. Lagipun dekat dengan Jonker Street, so lepas tu boleh terus ke Mamee Jonker House.


Hajjah Mona Asam Pedas Melaka
Masa kiteorang sampai ni tak ramai pelanggan, mungkin sebab dah pukul 2 petang

Hajjah Mona Asam Pedas Melaka
Aku pesan asam pedas ikan pari (RM11 termasuk set nasi), Suami Terchenta pulak pesan set asam pedas ikan kembung (RM11). Khayla pesan nasi + ayam goreng dan Khadeeja pesan nasi + telur mata

To be honest, aku kurang minat dengan asam pedasnya sebab kuah asam pedasnya agak cair. Aku makan nasi separuh pinggan je, lepas tu berhenti. Mungkin selera mati lepas melawat Muzium Penjara tadi huhu.

Tengah berusaha menghabiskan ikan pari, tiba-tiba Khadeeja termuntah! Terus Suami Terchenta bawak dia ke sinki. Kiteorang panik sekejap, Khadeeja tercekik nasi ke?

Rupa-rupanya masa dia tengah makan tu, tiba-tiba dia teringat video hukuman sebat dan pameran hukuman di Muzium Penjara tu. Apa lagi tekaknya terus rasa kembang dan loya dan dia pun tak dapat menahan diri lalu termuntah!

Sampai macam tu sekali ye efek lepas melawat Muzium Penjara. My advice, if you have a weak stomach, please avoid visiting this museum. Kemungkinan korang akan putus selera, pening dan mual bila tengok visual hukuman dan bilik hukuman dalam muzium tu 🤢. Orang lemah semangat pun aku tak galakkan pergi situ jugak takut termimpi-mimpi dibuatnya.

Moral of the story, jadilah warga yang patuh undang-undang dan jangan terjerumus ke dalam kancah jenayah. Hukuman di dunia pun dah cukup keras, apa lagi hukuman di akhirat kelak, nauzubillah min zalik!

26 comments:

  1. Fuh…hebat penangan Muzium Penjara!
    Baca je pun dah terasa seram tapi sangat menarik untuk pergi lawat sendiri.

    Perkongsian yang menarik ni Carneyz 👍🏽
    Nanti nak carilah drama Warkah Terakhir tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kak Ujie, tak sangka betul tengok pameran dan bilik2 hukuman tu boleh bagi kesan macam tu kat kiteorang. Sampai malam takde selera makan. Sebelum tidur, pesan kat anak2 baca ayat Kursi supaya tak terngiang2 dalam tido.

      Cerita Warkah Terakhir tu sebak part ahli keluarga dan jiran2 Rosli berkumpul di rumah dieorg sementara menunggu detik Rosli digantung. Lepas tu mak Rosli (Sherie Merlis) tanya ayah dia dah sudah ke (jam kena gantung), lepas tu nangis sebab dah tau anak dia dah takde. Ya Allah, memang sedih sangat2.

      Delete
  2. LM pernah g zaman sekolah ke penjara pudu. Loya jugak. Sampai rasa nak demam. Aura sana memang x best. Gi lawat museum di PD pun x best badan bila balik tu. Sejak tu takmo gi lagi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, aura kat situ memang tak best. Lepas tu kan, saya ada ambik satu gambar anak2 dalam sel lokap tapi bila sampai rumah check balik gambar tu takde. Pelik betul.

      Delete
  3. Hebat penangan lawatan ke muzium penjara tu ye. Never crossed my mind that we would get or feel that way; vomiting etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 memang ingat takde apa2 pun sekadar menambah pengetahuan tentang keadaan dalam penjara. Tapi bila tengok hukuman penjara siap ada video org kena sebat, tengok gambar2 hukuman auto kembang tekak pening kepala semua! 🤢 Not recommended for everybody unless jenis yg tahan perut dan mental.

      Delete
  4. best eh pegi tempat mcm tok... dolok ms pmr molah kerja kursus di fort margherita.. seram juak sia tp kmk rasa kt melaka ya best agik sbb ada video ya... mun miak kecik maok nk dmm kali diembak ke tmpt gitok...

    tok cerita lain.. kmk org pernah dgr ceramah dr sidak penjara... sblm ke tali gantung ya sidak banduan akn ditanyak nk mkn apa utk kali terakhir... tedah aie ada yg request mee kolok sepinang sari.. jaik hati dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aieee jaik ati request mee kolok sepinang sari indah. Kmk penah tengok dokumentari pasal banduan akhir, bila makanan ya dihidang depan mata sik juak sidak makan sebab masa ya dah sikda selera gik ngenang nyawa akan dicabut sik lamak lekak ya. Pernah dgr ada ustaz padah banduan akhir tok beruntung sbb sidak dah tauk hari apa sidak akan mati jadi sidak sempat bertaubat. Kita tok sik tauk bila ajal menjemput takut2 mati masa polah dosa nauzubillah min zalik! Semoga pengakhiran kita dalam keadaan husnul khotimah 🤲🏻

      Delete
  5. Replies
    1. Ye Uncle huhu. Sampai termuntah anak no. 2 bila teringat video hukuman sebat tu.

      Delete
  6. alamak...siannya sampai muntah2 yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, Khadeeja sampai termuntah. Kiteorg pulak pening & loya. Nasib baik ada EO peppermint roll-on standby dalam handbag.

      Delete
  7. Takut juga nak tengok gambar hukuman mati tu. Scary sangat2. Takut teringat-ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun dalam gambar je tapi ngeri jugak. Sebelum tidur mmg suruh anak2 baca ayat Kursi supaya tak mengigau.

      Delete
  8. Kenapalah saya terlewat datang ke sini yaaaa 😔. Gara2 pas ke Melaka kemarin memang hanya nak wisata kuliner di jonker, jadi tak cek wisata lain. Padahal museum dengan dark & bloody history macam ni yg saya suka kak ❤️❤️. Makanya tiap traveling saya pasti DTG kalo di negara itu ada museum extreme nya. Seperti di pnom Penh museum S21 dan killing field , di Jepang museum bom atom Hiroshima dan Nagasaki. Sukaaaa sangat museum begini. Memang bikin merinding, tapi juga penasaran pengen tahu seperti apa metode, atau kejadiannya dll.

    Memang harus balik lagi ke Melaka 😁banyak yg belum saya lihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow beraninya Fanny 😯 Saya pergi sekali cukuplah. Ngeri betul tengok tahanan diseksa / dihukum bunuh zaman silam.

      Delete
  9. budak-budak sekolah yang bermasalah disiplin paling digalakkan untuk melawat penjara...paling tidak memberi kesedaran bahawa hidup ini keras jika langgar undang-undang dan berbuat kemungkaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah dengar ada sekolah yang aturkan program lawatan sambil belajar ke penjara. Antara pengisian program lawatan sambil belajar bekas banduan dijemput untuk memberi nasihat kepada budak2 sekolah supaya tak terjerumus dalam aktiviti jenayah.

      Delete
  10. Satu perkara yg dah lama tak buat, melawat muzium. Muzium Penjara ni memang tak pernah masuk tapi pernah tengok pameran anjuran penjara, mungkin kurang feel berbanding lawatan ke penjara yg sebenar.

    Asam Pedas Hajjah Mona tu bagi sy yg sedap cuma asam pedas tetel. Sy oernha try asam pedas ikan dia tak berapa la, sejak tu tak nak lagi makan asam pedas ikan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. Asam pedas faveret saya ialah asam pedas ikan pari. Tak pernah lagi cuba asam pedas tetel.

      Delete
  11. MZ memang tak suka melawat apa2 muzium hahahha contrast dgn mr hubby yg sgt2 suka benda2 sejarah/muzium thingy...errr cian laaa ur daughter sampai termuntah tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang suka pergi muzium tapi nampaknya muzium penjara ni pergi sekali cukup la huhu. Tak tahan tengok hukuman mati dekat negara2 lain.

      Delete
  12. Tidak pernah pergi Muzium Penjara.
    Kena fikir 2-3 kali kalau begitu. Tidakpun jangan melawat tempat hukuman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, satu perasaan gerun bila tengok tempat hukuman. Tak sesuai sangat bawak anak2 kecik ke sini sbb teringat2.

      Delete
  13. nampaknya sy pun tak boleh laa kot masuk sini. sbb dulu penah pegi pameran kesihatan. tak nampak darah pun. just tgk komponen dalam perut wanita mengandung. jam tu jg badan lemah longlai mcm nk pengsan.

    kalau masuk sini, entah mcm mn laa sy agaknya...pengsan terus ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pameran ni tak nampak darah tapi ada pameran hukuman mati di seluruh dunia dulu dan sekarang, lepas tu tengok bilik hukuman gantung & video org kena sebat je dah cukup buat rasa loya.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .