Ada 4 malam lagi kena complete untuk kekalkan status ahli Silver Elite Marriott Bonvoy tahun ni. Jadi bila Suami Terchenta ajak pergi Melaka, laju-laju aku book penginapan satu malam di Courtyard by Marriott Melaka selepas diluluskan oleh Suami Terchenta.
Benda pertama aku perasan bila masuk hotel ni ialah lobi di luar dan dalam bangunan hotel sangat luas mata memandanggg... Sesuai la dengan nama hotel Courtyard. Jom tengok apa kemudahan yang ada di hotel 4 bintang ni:
Kaunter front desk |
Di tingkat 8 pulak ada kolam renang infiniti bersaiz sederhana dengan pemandangan bandar Melaka yang cantik, ruang santai dan gimnasium |
Proses daftar masuk agak lambat, mungkin sebab hotel ni masih baru jadi ada la beberapa hiccups. Kiteorang sampai pukul 4 petang (daftar masuk pukul 3 petang), tapi diberitahu bilik yang bersambung (connecting room) masih belum siap dikemas. Mula-mula front desk staff bagi option kiteorang masuk dulu bilik yang dah siap dikemas, tapi aku tak setuju sebab pernah mengalami ambik 2 bilik tapi end up bilik kedua cuma ready sebelah malam (di hotel lain). Lepas tu dia bagi option bilik di aras berlainan. Suami Terchenta tak setuju, dia taknak anak-anak duduk dekat floor lain for safety reasons.
Lepas beberapa minit berbincang, akhirnya staff tu dapat cari bilik bersebelahan cuma bukan bilik bersambung. Nak tak nak ambik je la, sebab itu je option yang terbaik. Since setiap bilik dapat 2 kad akses, kiteorang swap kad bilik - satu kad bilik anak-anak kiteorang pegang dan kad kiteorang yang satu lagi bagi dekat anak-anak supaya masing-masing boleh masuk dua-dua bilik bila-bila masa.
Koridor hotel ke bilik |
Jom tengok bilik hotel pulak:
Dua-dua bilik dapat katil king-sized dengan pemandangan bandar (city view) |
Dalam bilik ada seterika, papan seterika, selipar hotel dan non-woven laundry bags |
Kopi, teh, air minuman dan cerek dalam laci |
Bilik air yang luas dan hotel toiletries dari jenama Nirvae |
Dari segi kemudahan dalam bilik, semuanya standard macam di hotel Marriott yang lain - ada seterika, papan seterika, selipar hotel, peralatan mandi, peti besi, peti sejuk mini, cerek, beverage station, TV plasma, ruang meja bekerja dan beberapa soket elektrik cukup untuk mengecas beberapa peralatan elektronik serentak.
Tetamu jugak boleh request bantal dari menu bantal yang disediakan. Aku dah test medi + health aloe vera soft memory pillow dan buckwheat pillow. Antara dua ni, yang first tu agak selesa dan sesuai untuk orang yang kejap-kejap tidur mengiring dan kejap-kejap terlentang (aku la tu).
Menu bantal untuk keselesaan tidur yang optimum |
Overall dari segi keselesaan bilik, Courtyard by Marriott Melaka menawarkan ruang bilik yang luas dan katil yang empuk untuk rehat yang mencukupi. Biliknya cukup luas dan boleh solat berjemaah 3 orang dengan agak selesa.
My only suggestion for the hotel to deliver a more superior guest experience ialah untuk sembur wangian signature hotel dalam bilik seperti di rantaian hotel jenama Le Meridien dan The Westin so that bilik sentiasa berbau wangi. Kalau sesiapa yang dah pernah menginap di rantaian hotel Le Meridien, perkara pertama yang korang akan perasan ialah bau hotel yang wangiiiii. Then bau ni sama je dekat mana-mana hotel Le Meridien sebab tu ialah dieorang punya signature hotel scent tak kira la di Le Meridien KL, Le Meridien Putrajaya atau Le Meridien KK. Sebab tu kot aku suka tidur di hotel, bilik hotel selalunya bau wangi yang buatkan aku rasa tenangggg ribut jiwaaaa...
Satu perkara yang aku puji ialah tahap layanan oleh staff hotel dari bell boy, front desk staff sampai la ke guest service staff, semuanya tip top macam di hotel 5 bintang. Mula-mula sampai, bell boy tolong keluarkan luggage dari kereta dan lepas assigned nombor bilik terus hantar luggage kiteorang ke bilik. Front desk staff pulak aku respect sebab walaupun mula-mula suasana agak tegang bila bilik belum ready, tapi dia tetap maintain sikap profesional. Akhir sekali, guest service yang efisyen bila aku request sejadah dalam masa 5 minit je dieorang hantarkan sejadah ke bilik. Kesimpulannya, tahap layanan di hotel ni boleh dikatakan sangat memuaskan 👍🏻.
Nanti aku sambung pulak tentang sarapan pagi hotel di Courtyard Cafe.
slmt berholiday
ReplyDeletecantik tmptnya
layanan staff tu penting he hee
Dah balik dari holiday pun Ciknor hehe. Alhamdulillah ada rezeki dapat stay kat hotel best di Melaka. Betul tu, layanan staff paling penting
DeleteSekarang memang susah nak book bilik conneting tau, tak tau kenapa..
ReplyDeleteSis pun member Marriot tapi balik-balik stay Renaissance dan Westin aja hahahaha
Lagi2 musim cuti sekolah memang susah nak dapat. Suka duduk Westin sebab katil dia best hahaha
Deletekebetulan saya tengah survey hotel2 di Melaka cadangnya nak ke sana
ReplyDeleteBoleh la survey rate hotel ni. Saya join member so selalu book guna rate member.
DeleteSaya pun sukaaaa Courtyard by Marriot ini kak, tapiiiii hanya yg di asia. Waktu di Washington, saya stay di Courtyard juga, tapi tak bisa lah dicompare service mereka dengan service Courtyard asia.
ReplyDeleteSaya rasa, memang di asia saja service hotel itu terbaik. Tapi di negara macam Amerika, service mereka cendrung cuek, tak peduli, dan hanya bergerak kalau customer minta.
Minggu2 ini saya nak tulis Courtyard yg saya inapin di DC, bagus memang, tapi servicenya kacau 🤣🤣. Mereka harus belajar dari Asian people how to treat customers nicely.
Sukaaa sangat dengan Courtyard Melaka ni 👍👍. Saya juga sukaaa kak dengan wewangian hotel. Biasanya khas, dan sangat nenangin jiwa kan. Menaikkan mood juga
Dari sudut servis, Asian hospitality memang terbaik! Kalau untuk staycation / celebrate anniversary, saya lebih suka hotel Westin, JW Marriott atau Le Meridien 😊.
Deletehahahhaa kita pun suka tido hotel sebab bau nya hahaha :D
ReplyDeleteKan, best je tido bila bilik bau wangiiii
Deletememang best bila staycation kat hotel 4 or 5 stars :)
ReplyDeleteStaycation ni untuk kita relax kan badan dan minda, hotel 4 or 5 stars selalunya katil dieorang best untuk tido hehe.
DeleteRekabentuk hotel macam futuristik. Tidak sangka pula bantalpun ada menunya. Macam pesan makanan pula.
ReplyDeleteHaah hotel ekslusif ini ada baunya.
Haah, salah satu cara nak bagi tetamu lebih selesa dan terus pilih menginap di hotel ni akan datang.
Deletehotel ni kat area mana eh? dalam kawasan Banda Hilir ke?
ReplyDeleteTak jauh dari Kampung Cina rasanya.
Delete