Kelas memasak bulan ni aku dan kawan-kawan mengajar resipi ringkas je untuk budak-budak buat sendiri di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak - roti paratha, sosej ayam dan keju cheddar keping je. Untuk sos cicah pulak, kiteorang buat sos marinara.


sos marinara
Sosej gulung dan sos marinara yang dibuat dalam kelas memasak


Masa bakar sosej gulung ni, semerbak baunya di dapur. Semua student cakap sedap, tak puas makan 2 keping je 😅. Lagi-lagi cicah dengan sos marinara tu, sampai licin sos marinara dieorang habiskan!


kelas memasak
Biasanya macam ni la bila tengah mengajar - abaikan meja berkecah masa kelas 🙈

Balik rumah, Khadeeja bagitau nak buat sosej gulung di rumah sebab tak puas makan di sekolah. Aku pun belikan bahan-bahannya selebihnya aku biarkan dia buat sendiri sebab dah ajar kan hehe.


Sosej gulung roti paratha
Versi buat di rumah pulak

Resipi Sosej Gulung (Sausage Roll)

Bahan-bahan:
  • Beberapa keping sosej ayam (potong dua)
  • Beberapa keping roti paratha (potong 4 macam potong pizza). Kiteorang guna roti paratha jenama Kawan
  • Keju cheddar keping (potong dua)
  • Untuk hiasan - pukul sebiji telur dengan secubit garam dan sesudu besar air suam untuk dijadikan egg wash sapu atas roll sebelum dibakar.
  • Italian / mixed herbs  untuk ditabur atas roll
Cara gulung boleh rujuk dalam video ni:


Nota: Boleh bakar dalam air fryer atau oven dengan suhu 200℃ selama 20-25 minit sampai warnanya bertukar kuning keemasan.


Resipi Sos Marinara

Bahan-bahan:
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • Minyak zaitun secukupnya (anggaran dalam 2 sudu besar untuk menumis bawang putih)
  • Satu sudu kecil Italian herbs 
  • Setengah tin crushed tomatoes
  • Setengah gelas air
  • Gula dan garam secukupnya

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sampai kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan crushed tomatoes dan kacau sebati.
  3. Masukkan Italian herbs dan kacau lagi.
  4. Masukkan setengah gelas air. Biarkan mendidih atas api kecil.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


Dekat rumah pulak, aku malas nak menumis bawang putih jadi aku gantikan dengan sos Prego:


marinara sauce
Janji ada rasa bawang putih tu

Yang ni cuma perlu tuang dalam mangkuk je hihi. Lepas tu aku perasakan dengan gula sikit (garam tak perlu sebab dah ada garam dalam kandungannya) bagi ada rasa manis-manis sikit. Siap untuk dihidang!

24 comments:

  1. Siap ada sos, memang bertambah sedaplah makan 😀
    Menarik paparan videonya. Mudah kalau budak nak ulang-ulang tengok kot lupa cara buat.

    ReplyDelete
  2. Waaa nanti nak buat laaa, boleh suap Khalish nanti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Khalish suka nanti. Lebih sos tu boleh buat spaghetti.

      Delete
  3. Seru ada kursus masak gini,anak"pasti suka, cara masaknya juga simpel yaa...sayang bahan" ga lengkap di rumah, tutorial di video juga keliatannya sih mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang sengaja cari resipi yg mudah2 senang utk budak2 ingat bahan2 dan cara-cara membuatnya.

      Delete
  4. sedap menu simple tu siap ada sos marinara lg mantap tu

    ReplyDelete
  5. Sesuai sangat ni, untuk minum petang. Terima kasih, share, Carneyz! Penerangan yang jelas dalam video, cara menghasilkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Video tu saya ambik dari Youtube Nur, bukan saya yg buat hehe. Nak terangkan macamana menggulung sosej roll tu tak reti, tapi bila tunjuk video lagi senang faham 😉

      Delete
  6. Menarik..boleh la buat nanti ni...kadang kat rumah x tau nak makan apa kan...

    ReplyDelete
  7. Seronoknya ikut kelas masak. Banyak ilmu dapat ditimba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Amie, banyak benda jugak saya belajar dgn kawan2 yg lain sbb dieorg lagi pandai memasak dari saya. Dua2 pernah buat bisnes katering dan baking.

      Delete
  8. Setelah sukses ikut resep kak Carneyz pas masak kerang, saya jadi nak buat juga resep yg INIIII 😍😍😍. Mudah pula. Kliatannya nanti saya juga beli aja saus prego tuh biar mudah kan 😄

    Anak saya suka sosis, jadi sesekali nak juga dibuat macam ini. Tinggal kulit pratha yg harus cari dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni memang senang bangat Fanny. Boleh buat dengan anak2 juga, biar fun time di dapur sama2 kan hehe.

      Delete
  9. Mok dicuba sos marinara versi rajin ya kelak. Lamak tok makan nok malas pun jak sbb mok ambik senang hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2. Senang gilak molah sos marinara tok hehe

      Delete
  10. Replies
    1. tp kan...saya ni skeptikal psl sosej sbb dulu2 pernah terbaca psl sosej ni boleh menyebabkan cancer, so benda tu tertanam kukuh dlm otak heheh tak pernah beli sosej kat rumah, tp ada jugak beli yg roti sosej tu (rarely bought)..anyway rasanya semua processed food tak bagus utk kesihatan termasuk nugget (my razeen suka sgt nugget)... err pnjg plak i terkomen ni

      Delete
  11. kalau x de italian herbs tu boleh ganti apa? ke... mmg x sedap kalau x de italian herbs tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak letak pun tak pe, herbs tu utk bagi aroma lebih wangi.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .