Pukul 11 pagi ialah masa untuk aku bersarapan selepas 16 jam berpuasa. Pagi tadi aku goreng nasi bunga kantan untuk sarapan Suami Terchenta. Alang-alang memasak nasi goreng, aku pun buka puasa dengan nasi goreng atau orang Sarawak panggil, nasi aruk.

Untuk tambah sayur-sayuran dan protein, aku makan ayam goreng kunyit yang aku masak sebelum ni dan simpan dalam peti sejuk. Aku suka buat ayam goreng kunyit sebab sekali harung masak dengan sayur-sayuran.

Di sini aku nak kongsikan resepi nasi goreng bunga kantan dan ayam goreng kunyit stail aku:


Nasi Goreng Bunga Kantan

Bahan-bahan:
  • Sejemput ikan bilis (direndam dan toskan air untuk kurangkan masin)
  • 2 ulas bawang merah
  • Seulas bawang putih
  • 2-3 cili padi (boleh tambah kalau suka pedas)
  • 1-2 batang bunga kantan - dihiris halus
  • 5 cawan nasi sejuk
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Kisar semua bahan kecuali bunga kantan dan nasi.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  3. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan nasi dan gaul sampai sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gaul lagi.
  6. Tabur bunga kantan yang telah dihiris ke dalam kuali dan gaul dalam nasi goreng selama 5 minit.
  7. Sedia untuk dihidang.

Ayam goreng kunyit

Bahan-bahan:
  • Dada ayam tanpa tulang (daging dipotong kecil-kecil, digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam)
  • Kacang panjang - dihiris serong
  • Lobak merah - potongan julienne
  • Brokoli / Cauliflower
  • Separuh bawang holland - dihiris bulat
  • 1 sudu besar serbuk perisa cendawan
  • Cili padi (jumlah ikut suka pedas) - dibelah dua

Cara-cara:
  1. Goreng ketulan daging ayam sampai masak dan garing. Kalau nak lebih sihat, goreng dalam air fryer. Ketepikan.
  2. Tumis bawang sehingga wangi dan masukkan cili padi.
  3. Masukkan sayur-sayuran dan gaul dalam kuali sampai sedikit layu.
  4. Masukkan daging ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
  5. Perasakan dengan serbuk perisa cendawan.
  6. Hidangkan panas-panas.

32 comments:

  1. Tentu nasi gorengnya harum dan sarat dgn aroma bunga kantan. Memang sesuai sangatlah digandingkan nasi goreng bunga kantan dengan ayam goreng kunyit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feveret suami tu, nasi goreng bunga kantan. Makan dengan ayam kunyit masak malam tadi memang ngam 👍🏻😄

      Delete
  2. Sedapnya nampak. Kalau ada kobis, kcg pjg dan 1- 2 sayur lagi jadi nasi kerabu goreng dah ni. Suka sangat bau bunga kantan

    ReplyDelete
  3. Haritu husband ammi ada buat…dia ada lwtak belacan juga rasanya. Sedap rupanya bila bunga kantan tu dihiris halus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa2 masakan letak belacan memang sedap hehe. Suka aroma bunga kantan dalam nasi goreng.

      Delete
  4. Sukanya kalau nasi goreng gini... cuma kalau nak buat sendiri memang makan sorang laa gayanya, so kalau nak makan, kena pi kedai Kelate area uma sis ada, termasuk nasi goreng kerabu dan ulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org lain tak minat ye Sislin. Nampak gaya kena order grab je la kalau teringin makan.

      Delete
  5. Pernah makan nasi goreng bunga kantan di kedai je, belum pernah buat sendiri. Akak suka aroma bunga kantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam buat nasi goreng biasa cuma gaul dengan hirisan bunga kantan 😊 versi saya buat ni versi simple.

      Delete
  6. Mmmmm... semerbak aroma nasi goreng bunga kantan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, masa goreng lagi dah semerbak bau dalam rumah hehe

      Delete
  7. Kak carneyzzzzz, iiih sehati deh kita 😄😄. Saya pun tadi masak nasi goreng bunga kantan, kalo di sini sebutnya kecombrang atau honje 😄.

    Ini nasi goreng fav anak2 saya. Makanya saya selalu stok bunga kantan di kulkas. Kadang pun untuk bikin sambal bunga kantan.

    Eh saya udah coba resep creamy clam yg waktu itu Kaka bagi di IG. Enaaak kak 😘👍👍. Suami sampai nambah2. Saya beli kerangnya 2 kg, tapi baru masak sekilo dulu. Nanti nak masak lagi 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, nanti fanny share jugak ye resipi nasi goreng bunga kantan di sana.

      Resipi creamy butter clam tu belum share lagi kat sini. Lupa nak ambik gambar hehe. Kawan saya yang share resipi tu. Nanti nak buat lagi sbb sedap 👍🏻

      Delete
  8. wah..menariks ni. leh cuba.. tq share resipe nya.. kebetulan bunga kantan pun ada.. yezza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng simple je MA, tapi tambah bunga kantan yg dihiris. Naik bau bunga kantan, berselera kita makan 😄

      Delete
  9. Nampak sedap resipi ni. Saya suka bunga kantan wangi tapi pernah masak sambal bunga kantan....dania dia tak suka pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal bunga kantan macamana pulak ye? Nanti sis share la resipi hihi

      Delete
  10. wah terimakasih sudah berbagi resep, akan ku coba di rumah ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Nanti boleh kongsi hasilnya, sedap ke tak 😄

      Delete
  11. Replies
    1. Nasi goreng simple tambah bunga kantan je sebenarnya. Simple tapi membuka selera 😄

      Delete
  12. Mengancam betul nasi goreng bunga kantan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple tapi sedap sebab saya dgn asben dua2 suka bunga kantan

      Delete
  13. Sedapnyaa Jemput komen my blog entry nasi goreng juga

    ReplyDelete
  14. pemah makan sekali je nasi goreng bunga kantan ni. mama sy yg masakkan...lepas tu x penah mkn lg hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo sebab tak suka ke macamana? Kiteorang ni apa2 masakan ada bunga kantan mmg suka.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .