Kalau hari Sabtu padat dengan aktiviti sekolah anak-anak, hari Ahad pulak dipenuhi dengan agenda sendiri.
Kawan-kawan sewaktu di universiti dulu ajak berjumpa sebab dieorang plan nak buat aktiviti reunion ke-20 tahun next year. Eh eh, dah 20 tahun rupa-rupanya aku meninggalkan UTM. Dan 20 tahun jugaklah kiteorang tak bersua muka!
Yang lain berpakat berjumpa di Starbucks AEON Cheras Selatan. Jauh tu, tapi takpelah bukan selalu pun hehe. Mula-mula nervous jugak nak jumpa apa lagi mengenangkan keadaan fizikal yang dah jauh berbeza 😂. Tapi bila dah berjumpa, nampaknya ada jugak yang senasib dengan aku hehe. Terus hilang rasa self-conscious tu. Masing-masing excited bertanya khabar dan bertukar cerita tentang keluarga dan kerjaya masing-masing.
Lepas bertukar khabar barulah beralih ke topik program reunion. Perancangannya nak buat program perkongsian pengalaman dan ilmu kerjaya dengan pelajar-pelajar undergraduates pada sebelah siang dan program reunion dengan kawan-kawan kuliah dan pensyarah-pensyarah kami (mana yang masih mengajar di UTM) pada sebelah malam. Barulah sesuai dengan slogan UTM 'Kerana Tuhan Untuk Manusia'.
Dieorang semua berjaya maintain wajah sama dari zaman belajar dulu, aku sorang je muka nampak berusia sebab dahi selalu berkerut masa zaman bekerja dulu! 😜 |
Baru separuh jalan perbincangan, aku kena mintak diri sebab ada satu lagi agenda petang tu iaitu melawat ex-staff aku yang dimasukkan ke HKL.
Pakcik Hussin (ex-staff aku) ni dah bersara tahun 2014. Kali terakhir aku berjumpa dengannya ialah tahun 2013 bila aku balik dari cuti tanpa gaji sebelum berpindah ke Sarawak. Walaupun rambutnya dah putih habis, tapi muka masih maintain macam dulu dan dia masih lagi ingat dengan kiteorang. Alhamdulillah, family cepat-cepat call ambulans masa dia diserang strok. Kalau tak mungkin lumpuh separuh badan.
Sebelum balik sempat jugak dia mintak ambikkan gambar dengan kiteorang sebab nak hantar dalam group Whatsapp alumni kakitangan syarikat. Terharu katanya sebab kiteorang datang ziarah dia di hospital walaupun dah bertahun-tahun tak berjumpa sejak dia bersara. Apapun, Pakcik Hussin memang banyak menolong aku hal-hal kerja dulu jadi bila dapat tau dia kena strok terus aku ajak Zaira teman aku ziarah dia di HKL.
Semoga Pakcik Hussin sihat-walafiat lepas keluar dari hospital kelak |
Nota kaki: Walaupun dah lama melangkah pergi dari UTM / tempat kerja, alhamdulillah ukhwah tetap terjaga 🥰.
x sangka oo dh 20 thn ktk grad.. kmk alu mls nk ngira... dh lmk juak x jumpa ex-coursemate dolok.. nasib juak ada fb tauk juak perkembangan masing²
ReplyDeleteAok yalah dekat 20 tahun grad degree duhal. Kmk nektok x aktif FB, tapi sayang mok deactivate sbb byk gambar2 sidak duak gik baby dolok simpan siya
DeleteSeronok dapat jumpa kawan-kawan uni! Mesti kecoh pakat nak bercakap kan...hehe
ReplyDeleteSihat2 selalu hendaknya Pak Cik Husin... Nampak segar wajahnya, mudah-mudahan beroleh kesembuhan yg sempurna 🤲
Iye seronok sembang-sembang & gelak2 dgn dieorg hihi. Topik paling menggelikan hati ialah dieorg terkejut saya dulu x pernah couple masa belajar tup2 jadi org paling awal yg menamatkan zaman bujang 🤭
DeleteAmeen YRA 🤲🏻 semoga beliau sihat lepas ni. Cool je org nya dari dulu lagi
Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat pakcik Hussin.
ReplyDeleteAlhamdulillah…Ahad yang produktif - menyambung silaturahim dengan mereka dari masa lalu 👍🏽
Ameen YRA 🤲🏻
DeleteBetul tu Kak Ujie. Padat aktiviti hujung minggu lepas dgn aktiviti sekolah anak2 & sahabat-handai 🥰
Alhamdulillah..merapatkan silatulrahim dan ziarah rakan yang sakit..semoga pakcik husin diberi kesembuhan olehNya
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻
DeleteSA dah banyak kali kena ghosting bila plan buat re-union..awalnya ramai join..at last tinggal SA berdua...sudahnya dah bertahun x jumpa..baru ni dapat la jumpa beberapa orang masa wedding SA..itupun x dapat borak lama
ReplyDeleteFaham perasaan SA bila dah susah-payah arrange reunion tapi last2 semua tarik diri bagi macam2 alasan. Lepas tu jangan harap la nak buat lagi huhu.
DeleteYang penting silaturahmi yg harus tetap dijaga,biar panjang umur hehe
ReplyDeleteYa Insha Allah biar sampai ke tua haha
Deleteaminnn
Deleteseronoknya tengok Carneyz masih menjaga silatulrahim
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki dikurniakan org2 sekeliling yg baik2 😇
Deletebest sangat bila dapat reunion kengkawan lama ni tapi tak mau ramai-ramai sangat, yang mana rapat je baru syok kan hehe :)
ReplyDeleteAah betul tu Kak Ana. Mana yg pernah rapat satu masa dulu bila jumpa balik teringat balik nostalgia zaman belajar dulu hehe
DeleteSeronoknya jumpa kawan-kawan lama..saya dalam kategori yang bila member nak buat reunion je mesti tak bagi respons..haha..sbb rasa macam awkward bila dah lama tak jumpa...so tgk je member2 share gambar dalam whatsapp group...
ReplyDeleteSaya ada jugak rasa awkward tu tapi tolak tepi je hehe. Tapi pernah jugak saya tak pergi reunion sekolah menengah sbb takde kawan-kawan sekelas dulu yg datang, jadi rasa awkward pulak sbb tak berapa kenal kalau bukan satu kelas.
DeleteUish... painting binatang apa deko wall tu...? Dinasor?
ReplyDeleteRasanya tu tenggiling / biawak hehe
Deletebestnya dpt reunion...i keep in touch dgn my batchmate via wasup group dan weolls selalu gak jumpa2 time raya open house etc
ReplyDeleteada jugak whatsapp group tapi tak berapa aktif sbb biasalah akan ada la sorang dua yg buat group tu jadi ruang iklan hehe.
DeleteSemoga cepat sembuh pak cik tu, boleh senyum lagi kira ok lagi tu bila diserang strok.
ReplyDeleteAlhamdulillah, katanya sebab cepat dihantar ke hospital jadi doktor cepat2 tebuk utk turunkan tekanan darah.
DeleteMemang seharusnya begitu, tetap keep contact dengan teman2 lama. Makanya saat ada undangan reuni, sebisa mungkin saya akan ikut , karena pastinya ingin sangat berjumpa teman2 lama. Walopun ada 1-2 orang yang terkadang pengen saya hindari Krn hubungan tak baik saat dulu hahahaha, jadi kalau ternyata orang tuh tak bisa datang, kadang agak bersyukur 🤭
ReplyDeleteHahaha! Faham2... 😜
DeleteGak terasa 20 thn juga yaa...semoga tetap bisa menjalin silaturahim kepada sesama handai taulan dan sahabat
ReplyDelete20 tahun berlalu dengan cepat. Masing2 muka dah berkedut haha
Deleteseronok nya bila dpt gather2 mcm ni kan. dok plan jugak ngan kawan2 tapi lum jadi lagi
ReplyDeleteMasih berhubung lagi. Baguslah ikatan itu kuat.
ReplyDeleteMemang elok lawat orang sakit, bagi keceriaan pada pesakit.
Alhamdulillah. Semoga kekal ukhwah sampai bila2.
Deletesemoga pak cik hussein kembali sihat spt sedia kala...dah lama ke dia masuk HKL tu?
ReplyDeleteAah rupa2nya dah seminggu anies. Kiteorang pulak baru dapat berita dia masuk hospital tu sehari sebelum datang ziarah.
Deletesemoga cepat sembuh bt pak cik.. seronokkan sembang2 sbb lama tak jumpa, byk cerita
ReplyDeleteAmeen YRA.
DeleteSeronok rasa tak cukup masa tapi kena minta diri sebab takut waktu melawat habis pulak. Mujur sempat sampai sebelum Pakcik Hussin pergi buat dialisis.