Siapa sangka perjalanan Melaka-KL yang biasanya ambik masa dalam 2 jam lebih boleh jadi perjalanan 4 jam!
Masih lagi dalam perjalanan pulang ke KL |
Penangan habis cuti sekolah dan semua orang berpusu-pusu pulang ke sarang rumah masing-masing.
Setakat jam 7.22 petang waktu aku tengah menulis ni, kiteorg masih lagi atas highway PLUS. Bergerak dari Jonker Street Melaka pukul 4.20 petang. Waze bawak kiteorg jalan sebelah dalam melalui jalan-jalan kampung-kampung mungkin sebab dekat highway terlalu sesak. Bukan kiteorg je, ramai jugak yang lalu jalan kampung ni sampai la ke Mambau, Seremban.
Di situ kiteorg berhenti kejap di Masjid Kariah Mambau untuk solat Asar sebelum meneruskan perjalanan.
Masjid Kariah Mambau Seremban |
Insha Allah dijangka tiba di rumah pukul 8.30 malam tapi rasanya akan lambat lagi sebab nak kena berhenti solat pulak. Kalau tau akan terperangkap dalam jem di highway, lebih baik gerak awal dari Melaka. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya!
tghari td pun MZ sangkut jem kat karak...dari gambang ke gombak normal journey around 2 jam setengah,..tp jem punya psl, jadi 4 jam...dh selamat sampai 4 pm td alhamdulillah
ReplyDeleteSenasib la kita ye MZ. Alhamdulillah dah selamat sampai rumah.
DeleteOrang panggil pesta lampu merah kat jalan raya!!
ReplyDeleteDah la bawak kereta manual, lenguh kaki nak balance clutch dalam jem. Legaaaa dah sampai rumah.
DeleteCuti sekolah, cuti Merdeka + hujung minggu, memang banyak jalan jem kan
ReplyDeleteItulah pasal, dengan kiteorang sekali memeriahkan highway tu hihi
DeleteHermm, dalam Melaka pon sesak. Pelancong duk singgah Melaka, cuti2 mcm ni memang sesak la
ReplyDeletetu la, tak boleh bayangkan jadi penduduk Melaka lagi2 time cuti sekolah.
Deletesamalah wak pun termasuk yg join jem kat plus highway nih smlm., hehe
ReplyDeleteBerapa jam Wak terperangkap dalam jem?
DeleteMakk aii lamanyaa, jenuh yaa dalam kereta.. Sis haritu 4 tempat menyinggah sampai last tu singgah Machap beli barang hahahaha.. adoii kalau tak lagi cepat sampai..
ReplyDeleteiye, siap waze bawak ikut jalan kampung, mesti highway sesak sangat kot. kiteorang masuk highway bila dah smp seremban, bayangkan Sislin.
Deletealahai...nasib baik semalam MA kuar awal dr Nilai..kereta banyak la, but x jam lagi...
ReplyDeletesabtu tu pun dah byk kereta yg menghala ke selatan
Lenguh kaki bawak keta manual merempuh jem kat highway. Kejap2 laju, kejap2 berhenti. Mak ai, penangan habis cuti sekolah 😵💫
DeleteInilah yang kena tempuh kalau jalan-jalan time cuti panjang kan?. Saya balik hari je hari tu. So far jalan clear cumanya kereta banyak kat jalan.
ReplyDeleteKadang2 mcm nak propose dekat Menteri Pendidikan buat cuti sekolah berasingan untuk setiap negeri boleh tak? Kalau dah satu Malaysia cuti sekolah serentak, tu yg tak enjoy pegi mana2 jem. Tempat tarikan pelancongan pun sesak, banyak masa terbuang beratur sana-sini. Huhu
DeleteEh, KL - Melaka bukannya memang 4 jam ya kak? Soalnya kemarin naik bus dari sana, kamipun ambil masa 4 jam. Saya sampai tertidur di bus 😂. Ada traffic atau tak, dah tak sedar. Tiba2 dah sampai saja 😄
ReplyDeleteTak la, biasanya dalam 2 jam lebih dah sampai. Kalau ke Johor 4 jam.
DeleteAmmi lepas hantar Khilfi di asrama di Ayer Keroh nak sampai Seremban pun dekat 2 jam lebih...hampir 3 jam juga
ReplyDeleteWaze bawak jalan kampung ke jalan highway? Kiteorg Waze bawak jalan kampung tapi still lama jugak perjalanan tu.
Deletebila lagi nak jalan2 kat ceruk2 negeri sembilan tu? haaaa time ni laa nak merasa... hehehe...
ReplyDeleteKan. Sambil lalu kampung2 kat Melaka & N9 ni sambil2 tu berangan2 bestnya tgk rumah kampung laman luas mcm nak buat rumah kampung jugak hehe
Delete