Salam Jumaat yang mulia,

Dah sampai Jumaat, baru nak up story Isnin lepas kat sini hehe. Bila malas nak edit dan pilih gambar macam tu la jadinya. Kena tunggu kerajinan tu datang baru datang mood menulis.

Hari Isnin lepas masa cuti peristiwa sekolah Khayla, kiteorang keluar sebenarnya sebab anak dara aku nampak iklan IG tentang giant croissant di BlackBixon Cafe. Apa lagi, hantu croissant ni pun teringin nak cuba so lepas Zohor kiteorang keluar naik MRT ke kafe ni.

Nak ke tempat ni senang je - turun dekat stesen MRT Tun Razak Exchange keluar ikut pintu A lepas tu jalan kaki kira-kira 600 meter je dari stesen. Kafe ni terletak di Jalan Inai off Jalan Imbi. Landmark nak ke sini ialah Kelab Merpati, lepas tu belok kiri dan jalan terus. Confirm jumpa la.


BlackBixon Cafe KL
Nampak signage lembu jantan ni (bixon), sampai dah la tu

BlackBixon Cafe KL
Bangunan kafe ni warna gelap dan ada patio kaca di sebelahnya

Bila masuk kafe ni, terus ternampak menu giant croissant ni terpampang di sebelah pintu masuk:


giant croissant
Croissant gergasi ni sesuai untuk hantu croissant macam Khayla

Tapiiiiii... giant croissant dah habis! 😭 Kecewa sekejap Khayla tak dapat merasa croissant gergasi yang dicari. Kalau nak kena pre-order. Untuk walk-in pun ada jugak dieorang buat tapi kuantiti terhad. So untuk walk-in hari yang kiteorang pergi tu dah habis.

Tapi dah alang-alang sampai, kiteorang decide untuk try makanan lain kat kafe ni. Pelayan kafe datang dan bawak kiteorang ke tempat makan. Ada 2 pilihan tempat duduk - nak duduk bahagian dalam ada aircond atau dekat bahagian 'luar' ada kipas angin. Since tengahari tu panas dan kiteorang berpeluh-peluh lepas berjalan dari stesen MRT, tentulah kiteorang pilih duduk dekat bahagian dalam. Bahagian atas pulak khas untuk majlis / event (kena buat tempahan dulu).


BlackBixon Cafe KL
Ruang dalam dan 'luar' kafe

Lepas belek-belek menu, Khayla pilih pasta BlackBixon Meatball Pomodoro (RM29), butter croissant (RM8) dan minuman hot chocolate (RM13). Lepas tu dia tanya aku boleh ke dia nak tambah classic scone (RM8) jugak? Eh eh... Boleh habis ke tu? Aku tanya balik. Dengan yakinnya dia jawab boleh. Oleh sebab jarang-jarang kitoerang keluar mother-daughter outing, aku layan je la permintaan Khayla. For myself, aku pesan Beef Burger (RM29) dengan iced chocolate (RM14).

Sementara tunggu makanan sampai, aku pergi la tengok pastri yang ada kat sini.


BlackBixon Cafe KL
Pastri sini standard kafe-kafe hipster kat KL

pastries
Antara yang menarik

Bila aku balik ke meja, makanan pun sampai. Servis kat sini memang pantas. Makanan pun semuanya nampak menyelerakan.


western food
Makanan yang dipesan Khayla

beef burger
Burger daging dengan charcoal bun

Bagi aku makanan kat sini not bad la. Khayla kata pasta dia sedap, lagi-lagi dalam meatball tu ada cheese yang cair meleleh. This meatball tastes like Ikea's meatball but with cheese, kata Khayla. Iyalah, aku iyakan aje. Bagi aku meatball Ikea the best hehe. Untuk croissant pulak, Khayla kata croissant kat sini antara yang paling sedap  - light and fluffy katanya. Aku cuba secebis, mmm ok memang sedap.

Burger pulak - daripada 10 mata, aku bagi 5 je la. Daging burger tu memang juicy, tapi ada rasa rempah macam makan kebab berempah. Eh, aku nak burger American bukan burger berempah. Lepas tu fries pulak tawar. Sebenarnya bagus untuk aku, kan kena elakkan makan masin haha. So kalau nak fries sihat boleh la cuba order burger kat sini.

Aku baca komen online kat sini kopinya sedap tapi memandangkan aku pantang kopi kan, so tak dapat nak verify.

Overall, aku suka decor kafe ni yang nampak klasik moden, lokasi tak jauh dari stesen MRT dan servis pun cepat. Makanan bagi aku biasa je la kot, ada yang kena dengan tekak dan ada yang tak. Standard kafe hipster.


BlackBixon Cafe
Alamat: 17 Jalan Inai, Off, Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam

24 comments:

  1. Ha ada baca kat ig drg x silap, kalau nak makan big croisant mmgbbetter pre order awal 2 hari ke camtu la... hehexpe next time bole dtg lg kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kiteorg pergi main terjah je mmg tak la dapat beli 😂 Tapi mommy Khayla syukur je sbb harga croissant giant ni pun bukan kaleng2 hihi

      Delete
  2. Harganya sungguh boleh tahan...mengigil kepala lutut saya nie hehehhe...kata aku jak

    ReplyDelete
  3. nak preorder tu means kena call pihak cafe laa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat IG ada letak nombor whatsapp utk preorder anies.

      Delete
  4. Kecewa ler Khayla..tapi takpa..Cuba lagi ye.. Wow..that burger, nampak sedapnya..Teringin pulak tapi tengah ponteng makan Burger ni...Haha... Sesekali outing berdua dengan anak, memang layankan aje apa kemahuannya..Kan..Kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mommy-daughter bonding kita layan je la anak nak request pergi kafe ni hihi.

      Delete
  5. Eh sedang trend kah giant croissant ini 🤣. Sebab di jakarta pun ada yg jual kak, tapi saya belum coba lagi. Belum ada waktu, Krn agak jauh juga lokasi.

    Cuma ragu kalo besar sangat takut tak habis 🤣🤣. Saya dan suami pun hantu croissant, tapi tak yg gergasi juga hahahah. Mungkin hrs ajak anak, jadi berempat biar bisa confirm habis. Soalnya saya tak suka tapau croissant. Mau dipanaskan di rumah pun, rasa dah beda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh di Jakarta pun sama ye? Tu la bersyukur jugak croissant giant tu dah habis sebab takut Khayla tak habis makan, harga pun boleh tahan tu 😂

      Croissant memang kena makan fresh kalau bawak balik rumah dah tak rangup dan berminyak kan.

      Delete
  6. memang menarik deko2 cafe ni :) MZ suka jugak mkn croissant tp kalau size yg besar2 sure ler tak abih kena share2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kalau tengok kat IG dieorg boleh tahan jugak saiz croissant tu.

      Delete
  7. Macam makan dalam green house pulak...

    ReplyDelete
  8. nampak menarik..cafe nya pun nice. kalau dekat harus terjah dah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masuk dalam bucket list kalau pergi kl, nnt bawak Iris & Ian try croissant kat sini. Sedap.

      Delete
  9. wow ada giant croissant...kita suka mkn yg mini size..cpt skit ngap hehe...beger guna charcoal bun blum pernah merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burger dia tak berapa best sangat kat tekak saya. Saya tak minat sangat croissant, anak dara je yg beria2 nak makan hihi

      Delete
  10. cantik deko cafe ni..part makanan tu besa lah..kdg ada yg kena dgn selera, ada yg tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kafe hipster mmg cantik2 deko nak bagi org tertarik utk datang. Tapi makanan pun kena mantap hehe

      Delete
  11. Interior deco cafe ni cantik dan Instagramable la..sian anak dara tu x dapat giant croissant..xpe nanti next time pergi lagi tapi kena awal ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa, biasala kafe hipster hehe. Kalau nak try giant croissant kena preorder la nampaknya.

      Delete
  12. haha besar pinggan tu mmg saiz gergasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu croissant saiz biasa mamapp hehe. Croissant gergasi tu takde rezeki nak cuba sbb dah habis

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .