Salam Jumaat semua,

Cepatnya minggu ni berlalu. Tau-tau dah Jumaat dan esok ada hari sukan di sekolah Khayla pulak. Hmm. Rasanya macam kebanyakan sekolah dah buat hari sukan sekolah tapi sekolah Khayla baru nak buat. Sepanjang minggu ni dia kena turun sekolah waktu pagi sebab join latihan kawad kaki untuk badan beruniform. Minggu ni hari sukan, minggu ni baru berlatih kawad kaki 😅. Seingat aku zaman aku di sekolah menengah dulu, 2 bulan sebelum hari sukan kiteorang dah kena praktis kawad kaki.

Anyway, bercerita pasal sekolah kadang-kadang bila datang mood rajin berjalan kaki, aku akan berjalan kaki ke stesen LRT lepas tu tukar ke stesen MRT  untuk jemput Khadeeja pulang dari sekolah. Sekolah Khadeeja tak jauh dari stesen MRT Hospital Kuala Lumpur jadi stesen ni agak selalu jugak kiteorang lalu setiap minggu.

Baru-baru ni MBG Fruit Shop dah bukak cawangan di stesen MRT HKL. Wah, senang la aku nak restock buah-buahan di rumah lepas ni 🤩. Sekarang aku tengah cuba untuk gantikan snek dan biskut dengan buah-buahan segar. Apa lagi jom singgah tengok buah-buahan:


MBG Fruit Shop
Suka tengok susun atur buah-buahan kat sini


MBG Fruit Shop
Buah-buahan import - ada red fuji apple, golden pear, NZ apple dan banyak lagi

MBG Fruit Shop
Buah-buahan tempatan pun ada

MBG Fruit Shop
Buah betik, nenas dan tembikai susu

MBG Fruit Shop
Sebelah ni pulak buah-buahan dari China kalau tak silap

MBG Fruit Shop
Harga pun tak jauh beza sangat dari di Pasar Chow Kit

Lepas meninjau buah-buahan yang ada, akhirnya aku beli avokado, oren, anggur shine muscat dan buah epal. Lepas tu aku ambik jugak satu pek buah mangga yang dah dipotong. Cukuplah untuk stok seminggu. Ikutkan memang rambang mata tengok buah-buahan kat sini, rasa nak borong semua jenis! Tapi fikirkan kena mengangkut balik rumah sambil jalan kaki tu ermmm... 😂

Nota kaki: Fun fact - MBG stands for "Money Back Guarantee", iaitu jaminan wang dikembalikan sekiranya pelanggan tak berpuas hati dengan kualiti buah-buahan yang dijual di sini. Ini bermakna setiap pelanggan yang membuat pembelian di cawangan MBG boleh dipulangkan dalam masa 7 hari (dengan resit/bukti pembelian) sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan kualiti pembelian mereka.

18 comments:

  1. wah..nice. harga pun reasonable...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, selain dari Pasar Chow Kit, kiteorg suka beli buah2an kat sini.

      Delete
  2. Ok fun fact pasal MBG ni baru tahu......tapi nampak buah-buah dia cam segar2 je Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang fresh. Yg best tu bila beli avokado ckp je kat pekerja nak yg dah masak / yg 3 hari lagi masak. Biasanya saya akan campur sbb avokado tu saya makan setengah biji sehari, so takde la buah yg lain jadi terlebih masak.

      Delete
  3. menarik, memudahkan pengguna MRT...otw melawat org sakit di HKL, boleh shopping buah...belum naik lg MRT Putrajaya line...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul jugak kan. Orang turun kat mrt hkl boleh singgah beli buah utk pesakit.

      Delete
  4. wahhh
    tersusun cantik
    menggoda tgkk kalu ciknur rasa semua nak he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ciknor, luas je ruang dalam tu, senang kita nak berjalan tengok2 buah yg nak dibeli. Kalau yg di shopping mall, selalunya kedai dieorg sempit susah nak lalu. Sbb tu suka pergi kat sini.

      Delete
  5. Bestnya ada tempat mcm MBG ni..Boleh dpt balik duit Kalau tak puas hati..hehe..

    Kalau saya pun rambang mata tengok buah buahan...Sedap sedap pulak tuh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la untung org kat Semenanjung Malaysia ada kedai buah macam ni. Masa duduk kat Sarawak dulu susah nak jumpa kedai buah yang jual buah-buahan import byk pilihan mcm ni.

      Haha ye memang rambang mata dibuatnya rasa nak borong semua!

      Delete
  6. Suka betul kalau ke MBG ini.. Pilihan buah dia memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kalau cari buah memang pergi MBG / Pasar Chow Kit.

      Delete
  7. wahhh best tuuuu...sy selalu beli jus kat mana2 caw MBG ni...buah buahan pun tgk jg kalau nampak sedap baru beli. contoh mcm anggur yg panjang tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini ada macam2 jenis anggur, anggur panjang, anggur kecik, anggur shiny muscat, anggur hijau biasa eh semua ada la!

      Delete
  8. MBG ni buah die fresh2 tp harga pun bole tahan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga not bad jugak la tak jauh beza sgt dengan di Pasar Chow Kit. Memang suka pergi sini sebab buahnya fresh.

      Delete
  9. Kalau ada garansi macam ni memang tenang nak belanja. Karena biasanya buah2 yg dijual memang best quality.

    Saya pun kalo sudah soal buah, sukaaa sangat kak. Tapi toko buah yg berkualitas agak jauh dr rumah saya. Yg Deket rumah beli di pasar, tapi itulah kualitasnya berbeda dengan toko buah yang bagus 🤧.

    Kalo dah ke toko buah, rasa nak diborong semua kan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, memang rasa nak borong semua sebab buahnya segar2 dan besar2 semuanya. Kualiti pun terjamin 👍🏻

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .