Ingat tak iklan snek Mamee Monster dengan tagline - Renyuk, Goncang, Makan yang popular masa kecik dulu? Kalau korang ingat iklan ni, bermakna korang dah tueeeee macam aku hehe.
Snek Mamee Monster ni ialah salah satu jajan feveret dari kecik dulu. Sekarang pun masih tumpang makan snek ni bila Suami Terchenta belikan untuk anak-anak cuma aku dah tak letak serbuk sebab masinnn! Tapi memang best la layan snek ni kruppkrappkruppkrappp je sambil layan Netflix.
Sebelum ni pernah terbaca pengalaman Kak Ana Jingga singgah di Mamee Jonker House. Jadi bila dah di Melaka, aku pun masukkan dalam plan lawatan kiteorang.
Mamee Jonker House di Jonker Street |
Benda pertama yang kiteorang perasan bila sampai di Melaka ialah billboard Mamee Monster "Selamat Datang ke Kampung Saya". Baru kiteorang tau jenama Mamee ni berasal dari Melaka. Fenomena snek Mamee Monster tercetus apabila anak kepada pengasas Mamee mi segera iaitu Tan Sri Pang mendapati ramai penoreh getah di Melaka menikmati mi segera yang belum dimasak dari dalam paket disebabkan takde dapur untuk memasak mi segera ni di ladang getah, timbul idea untuk menukar produk jualan dari mi segera kepada snek mi kering. Jadi dieorang pun memasarkan produk mi Mamee sebagai snek yang boleh dimakan terus dari paket. Asal jenama Mamee pulak ialah dari perkataan "Mommy" sebab ibu ialah figura yang paling disayangi. Nak tau sejarah yang lebih detail boleh baca dekat sini.
Pelbagai produk makanan segera yang dihasilkan oleh kilang Mamee dijual di sini. Ada jugak cenderamata dan barangan merchandise yang comel |
Selain dari kedai snek dan makanan segera, ada jugak kafe dan booth minuman Tealive di bahagian dalam. Ramai yang duduk di kafe ni sambil menunggu anak-anak yang join aktiviti mewarna cawan mi. Yang ni nanti aku cerita dekat entry lain. Kiteorang tak cuba makanan di kafe Mamee sebab baru je lepas makan tengahari. Suami Terchenta cuma beli teh boba dari Tealive sambil menunggu anak-anak habis aktiviti mewarna.
Bahagian luar dan dalam kafe yang menarik |
Bangunan yang menampilkan ciri oriental |
Dekat bahagian atas pulak ada Monster Kitchen di mana kanak-kanak boleh belajar cara-cara buat mi segera dan design sendiri paket mi segera. Sayangnya kiteorang terlambat setengah jam, sesi terakhir untuk aktiviti di Monster Kitchen ni ialah pukul 3 petang.
Monster Kitchen terletak di tingkat atas |
Mamee Jonker House ialah destinasi yang sangat sesuai untuk parents bawak anak-anak bercuti ke sini sebab bukan setakat menawarkan pelbagai produk Mamee dalam premis dieorang, tapi jugak menawarkan aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak. Highly recommended! 👍🏻
walaupun kampung suami di melaka..ammi tak pernah pun sampai sini.
ReplyDeleteMamee ni kan..sampai harini masih jadi favourite. tiap kali grocery shopping mesti terselit pack besar mamee. yang tukang perabis laki bini ni sbb anak2 tak suka makan mamee
Haa samaaaa part beli pack besar mamee kiteorang pun selalu gak beli hehe.
DeleteKita suka betul setiap kali lalu bawah jejambat yg tulis 'Selamat Datang Ke Kampung Saya' tu. Mesti nak baca kuat² 🤣
ReplyDeleteBaca dengan suara mamee monster tak? 😆
DeleteSaya tak rezeki saat ke sini. Bareng teman2, masuk ke mamee sore, lupa jam berapa, trus nak pesan teh, tapi staff bilang dah tutup 😂😂. Jadi tak sempat lah coba rasanya.
ReplyDeleteTapi saya tau mamee sejak kecil. Soalnya dulu rumah pakai parabola, jadi siaran tv bisa melihat channel tv1, tv2 dan tv 3. Dari situ saya sering lihat iklan mamee ini 😄👍
Eh2x sama la rumah kiteorg dulu pun ada pasang parabola jugak boleh tengok siaran tv Indonesia sampai follow cerita Bawang Merah Bawang Putih dari situ 😆
DeleteTempat ni sesuai bawak anak-anak Fanny, jadi lain kali Fanny jalan-jalan dengan family boleh la bawak anak2 Fanny ke sini.
hahaha atas da buka kitchen dia.. time kitrg pegi masih tutp lagi.. best!! kilang mamee ni kat ayer keroh tu..klu pasan sepnjg ayer keroh tu byk iklan billboard mamee
ReplyDeleteStaff tu kata cuti sekolah dieorang bukak tiap2 hari tapi kalau hari biasa, kitchen tu bukak Selasa dengan Sabtu je.
DeleteAda orang beri gelaran Melaka Darul Mamee... hahaha
ReplyDeleteSesuai la sangat, mana2 ada iklan Mamee kat Melaka hehe
DeleteOhh patut dulu tengok banyak iklan besar Mamee kat Melaka. Boleh pergi ni nanti.
ReplyDeleteKan, kiteorang pun perasan jugak. Bila Google baru tau Mamee ni asal dari Melaka dan kilang di Melaka hehe
Deletewaaa menariknya tmpt ni...bolehlah masuk dlm list to visit kalau MZ pergi melaka...anyway MZ suka mkn mamee, dari zmn tadika lagi hahahahha
ReplyDeleteRasanya mostly kanak2 kat Malaysia ni suka makan mamee hehe.
DeleteSeronok kilang di Melaka, orang Melaka selalu juga dapat Mamee percuma.
ReplyDeleteBelum ada kesempatan pergi lagi Mamee di Jonker Walk.
Bestnya dapat Mamee percuma. Mesti dah tak heran makan Mamee hehe
DeleteFuhyooo..tak pernah ke sini walaupun dah lama kewujudannya.. Boleh try la..tapi bawak budak lagi Syok kan..Kalau yang dewasa pergi pun best keee..huhu
ReplyDeleteHaha yang dewasa pun boleh jee mewarna cup mamee tu hehe
Deletetempatnya gemes sekali, lucu, cute gitu
ReplyDeleteKalau ke Malaysia lagi dan mampir ke Melaka, harus coba masuk sini juga
Harusss. Boleh bawa pulang snek mamee monster sebagai cenderahati 😁
DeleteNampak menarik juga ke sini ya Carneyz. Nampak klasik dan moden juga bangunan ni. Mamee......dengan monster warna biru berbulu.
ReplyDeleteRasanya tempat ni baru lagi. Anak2 seronok ke sini lagi2 mamee monster ni faveret jajan dieorg hehe.
Deletepandai marketing mamee ni... letak kat jonker walk. kawasan tumpuan ramai... FYI salah seorg org kuat mamee ni, jiran arwah mak cik sy. pernah jg laa sy beraya rumah dia masa kecik2 dulu ;-)
ReplyDeleteBagus marketing Mamee. Buat aktiviti yg menarik supaya org tertarik nak beli barang2 dieorg.
Delete