masbuq vs muwafiq
Kredit: Saripkay.com

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Pertama hendaklah difahami terlebih dahulu maksud makmum muwafiq dan masbuq. Makmum yang muwafiq ialah makmum yang mempunyai masa yang cukup untuk membaca al-Fatihah selepas takbiratul ihram dengan bacaan kadar kelajuan sederhana ketika imam sedang berdiri pada rakaat pertama.[1]

Manakala makmum yang tidak sempat menyempurnakan bacaan al-Fatihah selepas takbiratul ihram pada rakaat pertama dan berjemaah bersama imam selepas itu maka ia merupakan makmum masbuq.[2]

Dalam hal ini seorang makmum sama ada masbuq atau muwafiq hendaklah mengikut kepada imamnya dalam solat berjemaah. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda:


إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا رَكَعَ، فَارْكَعُوا وَإِذَا رَفَعَ، فَارْفَعُوا

Maksudnya: Sesungguhnya imam itu untuk diikuti. Justeru apabila dia rukuk maka hendaklah kalian rukuk. Apabila dia berdiri untuk iktidal, maka hendaklah kalian berdiri iktidal.
Riwayat al-Bukhari (688) dan Muslim (412)


Oleh yang demikian, makmum hendaklah mengikuti kepada perbuatan zahir imam dalam solat berjemaah. Apabila makmum mengikuti imam ketika sedang duduk tahiyyat akhir, maka hendaklah makmum membaca bacaan tahiyat akhir.

Ini sepertimana yang disebutkan dalam banyak kitab Fiqh al-Syafie, antaranya dijelaskan oleh Imam Zakaria al-Ansari bahawa:


أَمَّا الْمَسْبُوقُ إذَا أَدْرَكَ رَكْعَتَيْنِ مِنْ الرُّبَاعِيَّةِ فَإِنَّهُ يَتَشَهَّدُ مَعَ الْإِمَامِ تَشَهُّدَهُ الْأَخِيرَ وَهُوَ أَوَّلُ لِلْمَأْمُومِ وَلَا يُكْرَهُ لَهُ الدُّعَاءُ فِيهِ بَلْ يُسْتَحَبُّ.

Maksudnya: Adapun makmum yang masbuq, jika dia sempat mengikut imam dua rakaat terawal daripada solat empat rakaat, maka dia hendaklah membaca bacaan tahiyat akhir bersama imam walaupun ia merupakan tahiyat awal baginya (makmum). Selain itu, tidak makruh baginya untuk membaca doa yang lain ketika duduk tahiyat tersebut bahkan disunatkan. [3] (Rujuk Asna al-Mathalib, 1:166)

Apa yang dimaksudkan dengan ‘doa’ tersebut ialah selawat dan salam ke atas ahli keluarga Nabi SAW dan selepas itu daripada bacaan tahiyat akhir. Ini apa yang disebutkan oleh Imam al-Syarwani dalam Hasyiah-nya bahawa:


وَالْمُرَادُ بِالدُّعَاءِ الصَّلَاةُ عَلَى الْآلِ وَمَا بَعْدَهُ كَمَا يُصَرِّحُ بِهِ مَا يَأْتِي عَنْ سم وَقَوْلُهُ م ر أَنَّهُ لَا يُكْرَهُ لَهُ الدُّعَاءُ إلَخْ وَمِنْهُ الصَّلَاةُ عَلَى الْآلِ كَمَا نَقَلَهُ سم عَلَى حَجّ عَنْ إفْتَاءِ الشِّهَابِ الرَّمْلِيِّ اهـ

Maksudnya: Apa yang dimaksudkan dengan doa tersebut ialah selawat dan salam ke atas ahli keluarga Nabi SAW dan bacaan yang selepasnya daripada tahiyat akhir seperti yang dijelaskan Imam Ahmad Ibn Qasim al-’Abadi. Kata beliau iaitu Imam Syamsuddin al-Ramli, bahawa tidak dimakruhkan baginya doa, antaranya ialah selawat dan salam ke atas ahli keluarga Nabi SAW seperti dinyatakan oleh Imam al-’Abadi daripada Ibn Hajar al-Haitami dinukil daripada fatwa Imam Syihabuddin al-Ramli.[4] (Rujuk Hasyiah al-Syarwani, 2:87)

Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa makmum masbuq yang berjemaah bersama imam yang sedang keadaan tahiyat akhir, maka makmum disunatkan membaca bacaan tahiyat akhir juga iaitu termasuk selawat dan salam ke atas ahli keluarga Nabi SAW dan bacaan selepas daripada itu.

WaAllahu a’lam.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

26 comments:

  1. Alhamdulillah.. Terima kasih untuk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. Refresh ilmu 👍🏽

    Sekarang ni dah lama tak jadi makmum masbuk/muafik. Belajar pasal ilmu begini masa sekolah asrama sebab selalu jadi makmum masbuk/muafik 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye zaman sekolah dulu kena beratur ambik wudu' sebab tu memang selalu kena tinggal imam 😆

      Delete
  3. dulu waktu kecil penah ngaji di msjid jadi ilmu tentang sholat gini lumayan pah betul, jadi noatalgia waktu kecil dulu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 ilmu lama perlu diulangi kembali kerana sudah lupa, apa lagi yg jarang2 dilakukan.

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Moga bermanfaat untuk semua.

    ReplyDelete
  5. Kelmarin sblm g kerja tertengok rancangan Assalamualaikum. kebetulan ustaz cerita fasal masbu' dan muafiq ni... rupanya masih banyak lagi benda yg kita tak tahu...allahu...

    terima kasih berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  6. Semoga menjadi amal jariah dengan perkongsian ilmu bermanfaat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA. Sama2 saling mengingati dan semoga jadi amalan kita 🤲🏻

      Delete
  7. Good sharing... tq carney.. boleh print terus tok... br last week kmk dgn member ustz kmk nk molah kursus tok dgn miak... sbb miak x tauk cmne nk selit² gitok masa solat berjemaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok yalah. Kita org tua tok pun kadang2 confuse juak hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .