Salam Jumaat kawan-kawan,
Malam semalam aku tengah clear kan galeri gambar dalam hp aku ni sebab dah tak boleh nak update iOS gara-gara tak cukup storage 😤. Baru aku perasan yang aku tak update lagi pasal pengalaman pertama makan mee tarik di MyTown ðŸ¤.
Minggu lepas aku naik MRT ke MyTown Cheras. Saja nak tukar angin asyik duduk di rumah je kan. Lepas jalan-jalan cuci mata, tiba-tiba rasa lapar la pulak. Masa tu aku tiba-tiba teringat ada someone buat blog entry pasal mee tarik. Eh, ada ke mee tarik kat MyTown ni? Jalan-jalan lagi tiba-tiba aku terpandang kedai Mee Hiris China Muslim.
Lupa nak ambik gambar dari luar kedai, jadi pinjam gambar dari FB MyTown je la! |
Mee hiris pun boleh la. Aku pun masuk kedai ni dan staff kedai terus bagi buku menu. Belek punya belek, eh ada jugak mee tarik rupa-rupanya. So apa lagi, aku pun order la mee tarik sup dengan daging ayam hiris. Ambik set hidangan sekali dengan dumpling ayam dan minuman. Lupa pulak harganya, kalau tak silap dalam RM20+.
Sementara tunggu mee sampai, aku ambik la gambar apa-apa yang patut untuk update dalam blog. Macam tu la jadi blogger kan, pergi mana-mana wajib ambik gambar memenuhkan galeri hp hehe.
Asal-usul mee hiris dari masyarakat Muslim di China |
Dalam 5 minit je set mi sup yang dipesan pun sampai. Macam ni la rupanya.
Set mee tarik sup dengan hirisan ayam dan dumpling ayam |
Portion mee tarik agak besar, nasib baik aku tengah lapar giler masa ni |
Close up tekstur mee tarik |
Rasa mee tarik ni kenyal dan sedap. Sup pulak ada rasa berempah dan rasa lada sulah yang agak ketara. Tapi tu la, supnya tu agak tawar bagi aku. Kena tuang chili oil baru sedap sikit. Chili oil pun aku rasa macam ada something yang kurang. Mungkin aku dah terbiasa chili oil yang ada udang kering dalamnya sebab tu chili oil versi cili dengan minyak je tak berapa ummph di lidah aku.
Dumpling ayam ni OK la boleh diterima oleh tekak aku |
Overall, hidangan yang mengenyangkan tapi dari segi rasa agak subjektif mungkin sebab aku tak biasa dengan masakan yang betul-betul dari negara China haha. Lain kali aku nak cuba mee yang digoreng atau hidangan lain dekat restoran ni.
Kat Putrajaya ni pun ada restoran macam ni..tetapi dah tutup. Akak ada tengok di Taman Melawati..sebelah syed bistro..dengarnya dah lama beroperasi disitu. Masaalahnya...setiap kali lalu..tak buka lagi..bila dah buka ramai pulak orang..hehehehehe..
ReplyDeleteFirst time makan mee tarik ni. OK la boleh la diterima tekak hehe.
DeleteSA suka Mee Tarik..eh..semalam SA kat Mytown Shopping Centre, bawak anak dara 4 orang tu berjalan lepas pi Muzium Negara...baca balik ooo Carneyz pi sebelum ni..hehehe...cuam A x perasan plak Restoran Mee Hiris ni...
ReplyDeleteRestoran ni dekat B1 SA. Dekat bawah tu byk kedai makan.
Deletemee tarik ,nampak sedapp
ReplyDeletemy town mcm2 ada kan kalau nak mkn
Aah tu yg bosan2 jalan2 ke situ.
DeleteAlah... 10 mins je dari rumah uncle tu!
ReplyDeleteBawak aunty makan mee tarik uncle!
DeleteSaya pernah makan mee tarik di restoran Cina Muslim di Tawau. Memang rasa kuah supnya agak tawar. Tuang chilli oil banyak sikit baru ada rasa.
ReplyDeleteIngatkan saya sorang je rasa supnya tawar, rupa2nya Kak Amie pun sama 😃
Deletenampak sedap, dh lama mama terigin nak makan mee tarik tapi belum kesampaian
ReplyDeleteMinggu lepas pertama kali saya cuba mee tarik padahal dah lama mee tarik ni dijual di Malaysia 😄
DeleteMee tarik tu nampak sedap makan dengan sambal dia yumyum
ReplyDeletePeminat mee mesti suka ni
DeleteAduh menyesal nangga jam tok. Lapar terus kmk nangga :o
ReplyDeleteHaha, sorry mun auto lapar nangga mee tarik tok 😜
DeleteSaya pikir td kakak akan pesan yg mee hiris 😄. Kalo mee hiris, mee nya kah yg dihiris2 ?
ReplyDeleteMee china halal ini ada di jakarta juga, tapi beda brand lah. Namanya Lanzhou noodle. tapi saya dah lama tak kesana. Trakhir sebelum pandemi, semoga saja msih ada. Owner-nya orang China lanzhou yang sudah pindah ke Indonesia.
Bedanya, yg ini enak sih kak. Pedas dan gurih.
Tapi memang mereka nih suka Pakai Chili oil yg hanya minyak itu saja yaa. Saya pun LBH suka yg ada kandungan ebi nya.
Pengen coba yg di KL inj kalo nanti ke sana 😄. Tempatnya baguus dan nyaman terlihat
Mee hiris ni bentuknya lebih leper. Dinamakan mee hiris sebab guna pisau hiris mee masa dimasukkan dalam periuk semasa memasaknya.
DeleteSaya Google mee lanzhou, rupanya sama dgn mee tarik. Entah2 mee yang sama tak? Hehe
Lama tak makan Mee tarik...dekat prima ni ada kedai Mee tarik warisan kot...
ReplyDeleteKedai mee tarik ni dah bukak merata-rata, saya je yg baru nak cuba hihi
Deletemy fav ni!! kdg2 mkn jugak tp kat restoran area prima gombak jer laaaa or kat food court dlm giant batu caves hehehe
ReplyDeleteWah, dah lama tak makan kat food court Giant Batu Caves tak tau dah ada stall mee tarik hehe
Deletemee tarik fav anak anak LM.biasanya kami makan di cyberjaya je sebab dekat dengan rumah
ReplyDeleteRamai jugak peminat mee tarik kat sini hehe
DeleteKalau lihat satu set tampaknya sedap, tapi saya kurang terlalu suka tipe mie kuah bening atau sejenis ramen,karena rasa gak cocok di lidah saya😀
ReplyDeleteKalau di Indonesia mesti dah terbiasa mee yang digoreng kan? 😉
DeleteMasuk kedai mee tarik, mesti order dumplings. Atau tahu busuk yang masam masin hehe tapi tak semua kedai ada.
ReplyDeleteTak pernah try lagi stinky tofu / tauhu busuk tapi ada jugak rasa nak cuba. Tak silap bulan lepas ada terbaca kisah someone makan stinky tofu beli kat pasar malam kena masuk hospital sebab keracunan makanan. Tu yg teragak2 nak try 😅
Deletesuka mee tarik tp dlu2 yg femes mee tarik warisan asli..skarang ada mee hiris...pernh cuba juga tp kita mkn menu dumpling juga kwn yg mkn menu mee tarik
ReplyDeletelain kali boleh cuba mee tarik pulak. Yg bergoreng tu nampak sedap.
Deletetak cuba tak tahu, yea tak..dah try baru tahu okey ke tak dengan selera kita..yg ni tak okey, next time tukar menu lain pulak..
ReplyDeleteYa betul. Lain kali nak try mee hiris / mee tarik yg digoreng pulak.
DeletePergi Jusco nampak, pergi Paradigm nampak tai belum terasa nak singgah, nanti nak jugalah try ..
ReplyDeleteSama la, selalu nampak kedai mee tarik tapi tak pernah singgah hehe.
DeleteSha pernah makan di Mee Tarik Warisan Asli je.. Mee Hiris ini tak pernah cuba.. Nampak menarik..
ReplyDeleteMee Tarik Warisan Asli ni famous kan. Kalau ternampak cawangan ni boleh la cuba utk buat perbandingan dengan mee tarik di Mee Hiris China pulak.
Deletemaaf ckp.kuah dia mcm krg pekat... tp kalau sedap... thats ok. so far mi tarik yg sedap penah sy mkn kat foodcourt pavilion BB. kalau ke sn boleh laa try
ReplyDeleteSama la, kurang kena dengan selera saya. Ok, Ahad ni Insha Allah nak ke Pavi BB boleh la cari.
Delete