Sekarang tengah berlangsung jelajah kembara kenali Borneo YDPA dan Raja Permaisuri Agong bermula dari Sabah dan berakhir di Sarawak. Hari ini DYMM Seri Paduka Baginda Raja dan Permaisuri Agong dijangka akan memulakan lawatan ke bahagian pertama di Sarawak iaitu di Lawas.
Tapi tau tak pada tahun 1964 selepas penubuhan Malaysia, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Budriah ibni Almarhum Tengku Ismail pernah mengadakan lawatan ke Borneo jugak? Masa tu baginda berdua memulakan lawatan dari Sarawak selama 3 hari dan seterusnya ke Sabah selama 3 hari jugak. Cuma masa tu baginda berdua menghabiskan 3 hari dengan melawat beberapa kawasan di Kuching je, iaitu Bandar Kuching, Muzium Sarawak dan Markas Batalion ke-7 Askar Melayu Diraja. Mungkin sebab kekurangan infrastruktur jalan darat menyukarkan baginda berdua untuk melawat ke bahagian-bahagian lain di Sarawak.
Kembara kali ini unik sebab DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan mengadakan lawatan ke beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak untuk beramah-mesra dan melihat sendiri kehidupan rakyat-jelata di Wilayah Borneo.
Orang-orang Sarawak yang ingin bertemu dengan Raja dan Permaisuri boleh berkumpul di beberapa lokasi pit stop yang dijadualkan. Sebagai tuan rumah yang terkenal dengan Sarawak hospitality, mari menyambut kedatangan baginda berdua sebagai tetamu Sarawak dengan penuh mesra dan sopan-santun. Ooohaaa!
Nota kaki: Belum pernah lagi berjumpa dengan YDPA atau Raja Permaisuri Agong sekarang ni. Satu-satunya pengalaman berjumpa dengan kerabat diraja ialah dengan kerabat diraja Johor - masa terima skrol ijazah sarjana muda daripada Canselor UTM, Almarhumah Tengku Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad dan menghadiri acara makan malam di Istana Johor dengan Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail bersama pelajar-pelajar UTM yang terpilih.
Rasanya tak sempat nak jumpa ..sebab di Kuching berada di hotel ...mungkin boleh jumpa di Waterfont kot
ReplyDeleteSemoga ada rezeki berjumpa dgn Raja dan Permaisuri Agong.
DeleteWah, mesti Carneyz hebat sebagai mahasiswi dulu.
ReplyDeleteDulu saya aktif banyak kali jadi wakil universiti hehe.
DeleteBanyak orang share video ydpa & permaisuri kat ig
ReplyDeleteHaah ada nampak, kelakar jugak sesetengah video tu, boleh pulak panggil YDPA Daulat 🤭
DeleteBaginda berdua serta putera puteri sudah meninggalkan Sabah. Banyak kenangan manis yang ditinggalkan.
ReplyDeleteKak Amie sempat tak jumpa baginda berdua di Lahad Datu? Tengok video di IG ramainya orang nak bersalaman dgn Raja dan Permaisuri Agong.
DeletePanjang juga rutenya ya kak. Brunei pun dilalui. Di Brunei Baginda akan ketemu dengan Sultan Brunei juga kah?
ReplyDeleteSaya baca banyak sangat warga di Sabah Serawak dan Kuching yang menantikan kedatangan beliau ❤️
Mungkin kot, tapi di Brunei acaranya personal jadi pasti mereka berjumpa dan barangkali menginap di istana Sultan Brunei.
Deletemeriah sgt lawatan baginda sekeluarga.. and both of them are very lovely & so humble.. kelakar & sweet sgt posting2 visit baginda di media sosial and both of them x kisah pun apa yg rakyat panggil.. datin la, agung la... siap boleh salam, selfie bagai. seronok diaorang di sana kan... alhamdulillah
ReplyDeleteHaha tu la pasal. Kita pun terhibur baca.
DeleteSuka sangat tengok perkongsian video baginda sekeluarga.. Memang sangat berjiwa rakyat..
ReplyDeleteYa, semoga YDPA selepas ni pun akan teruskan tradisi menyantuni rakyat jelata 👍🏻
Deletesemalam terbaca kat fb ada seorang penduduk sabah tu siap bagi duit kat anak agung. pemurah betul!
ReplyDeletesy sokong jelajah ni sebab at least jalan2 di sabah dapat diperbaiki... kesian diorang dah lama tunggu jalan raya dibaiki dari sehari ke sehari...
Itulah, tahap kesabaran penduduk Sabah dan tak boleh diuji lagi. Bertahun2 hadap jalan raya yang teruk dan masalah air.
Delete