koc wanita MRT
Koc khas wanita

KLANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memperkenalkan koc khas transit aliran massa (MRT) untuk wanita dengan permulaan membabitkan laluan Kajang bulan depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata langkah itu berikutan pihaknya mengambil maklum mengenai kebimbangan dibangkitkan penumpang wanita dengan risiko gangguan seksual setiap kali berada dalam koc yang penuh sesak.

Beliau berkata, ia juga mengambil kira kadar aduan diterima Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) berkaitan gangguan seksual dalam MRT yang semakin meningkat.

Selain MRT, katanya MOT turut merancang untuk memperkenalkan koc khas untuk wanita dalam kemudahan transit aliran ringan (LRT) memandangkan ia berdepan cabaran besar kerana jumlah pengguna lebih tinggi.

"Koc ini (khas untuk wanita) adalah yang pertama membabitkan pengangkutan awam dalam bandar dan untuk percubaan, kita akan mulakan pertengahan bulan ini.

"Kami faham perasaan pengguna wanita...walaupun tiada desakan daripada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita akan sediakan koc wanita Laluan MRT Kajang sebagai percubaan dan diikuti laluan lain selepas itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Wanita DAP 2023 di Grand Centrio Mall, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Loke mengakui isu gangguan seksual adalah masalah besar dalam sistem pengangkutan awam dan ia bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi juga di negara lain termasuk Jepun.

"Ini (pengenalan koc khas untuk wanita) dilakukan untuk keselamatan dan keselesaan pengguna wanita dan saya mengambil tanggungjawab ini, walaupun saya lelaki dan ramai lelaki yang marah serta persoalkan perkara ini," katanya.

Setakat ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) satu-satunya pengangkutan awam yang memperkenalkan koc wanita yang menggunakan label warna merah jambu yang dilaksanakan pada 28 April 2010 .

Langkah itu dibuat bagi menarik perhatian penumpang wanita yang merangkumi 60 peratus pengguna pengangkutan awam itu.

Sumber berita: Berita Harian


Nota kaki: Idea ni aku rasa bagus, tapi kurang praktikal. Pertama, kalau wanita ialah 60% dari pengguna MRT bermakna wanita ialah majoriti pengguna MRT jadi kenapa khaskan satu koc je? Kalau macam tu masih akan ada masalah gangguan seksual dalam MRT sebab pengguna wanita ramai tapi koc khas wanita sikit. Tempoh percubaan pun kena siap-siap khaskan lebih banyak koc khas wanita barulah boleh tengok berjaya ke tak. Kedua, boleh ke pastikan tahap penguatkuasaan tu setiap masa dekat koc wanita dalam MRT?  Dulu seingat aku ada je lelaki yang selamba naik koc wanita tren KTM. Sekarang dah lama tak naik tren KTM jadi tak tau masih sama macam dulu ke atau dah ada polis bantuan ditugaskan menjaga koc wanita. 

18 comments:

  1. Sangat sokong la kalau ada koc wanita ni. Pernah naik koc wanita komuter. Memang selesa. Takde la lelaki berdekatan yang tengok2 kita ke....duduk sebelah ke....tapi pernah nampak orang luar masuk koc wanita. Eiii geram pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Kemudahan dah ada tapi kalau takde penguatkuasaan mesti ada je yg tak faham bahasa akan mencoroboh masuk dgn muka tak bersalahnya.

      Delete
  2. kat msia ni majoriti minda kelas ke3 apatah lg dgn immigrants/warga asing yg rata2 bkn dari negara maju..so buat koc wanita pun, lelaki2 akan masuk jugak...unless ada pelaksanaan dan monitoring yg ketat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye setuju... kalau takde pemantauan tetap tak lama tu mesti ada je puak2 yang MZ cakap tu masuk dalam koc wanita jugak.

      Delete
  3. Setuju tapi kena letak la polis bantuan kat koc wanita, kadang org belasah je especially warganegara asing yg x fhm

    ReplyDelete
  4. Di Jakarta pun sudah ada kak kereta khusus wanita,warna pink😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Jakarta macamana penguatkuasaannya? Ada ke lelaki yang masuk ke koc wanita?

      Delete
    2. Di dinding nya ada tulisan khusus untuk wanita, kalau pun ada lelaki yang tetap naik ke sana berarti dia gak punya rasa malu😁.

      Delete
    3. Memang wujud spesies takde rasa malu ni Mreneyoo 😅

      Delete
  5. Oh kalo di jakarta, koc khusus wanita ini seram2 penggunanya kak . Kalo sampai ada lelaki berani masuk, bisa dibelasah Ama para ibu2 di dalam 😂😂.

    Tapi security staff pun tetap ada biasanya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bagus la pengguna di Jakarta. Kalau di Malaysia tu cuma jeling2 lepas tu mengadu di sosmed je 😂

      Delete
  6. KTM komuter dah buat lama dah tp mcm x berjaya je. ada je lelaki2 sibuk menempel dlm koc tu. kdg buat2 x nmpk. sy perhati benda ni dah lama dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ada lagi yg tak faham bahasa dan tak hormati inisiatif macam ni. Sebab tu kalau nak buat mcm ni kena ada penguatkuasaan ketat dan pemantauan kerap.

      Delete
  7. betul kata kak SA...org kita so fara faham, yg x faham bahasa & buat dek je..warga asing. bila di tegur pun buat x tau & kadang2 kita lak yg kena marah..geram je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kena ada pemantauan dan penguatkuasaan bila buat fasiliti macam ni.

      Delete
  8. alhamdulillah, gunakan sebaiknya. harap yg lelaki faham bahasa la esp warga asing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok kat IG benda ni dah berkuatkuasa tapi ramai je lelaki yg buat2 tak peduli.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .