Salam Isnin semua,

Macamana weekend korang? Weekend aku baru-baru ni agak sibuk dan padat dengan bermacam-macam aktiviti. Aku mulakan dengan event hari Sabtu. Hari Sabtu lepas dipenuhi dengan aktiviti di sekolah anak-anak. Mula-mula kiteorang ke sekolah Khadeeja untuk ambik buku laporan progres pelajar, lepas tu ke sekolah Khayla pulak untuk join gotong-royong keceriaan di sekolah.

Malam sebelum acara gotong-royong, kiteorang singgah di Mr DIY membeli beberapa barang untuk keceriaan kelas. Kiteorang belikan wallpaper sticker untuk papan notis di belakang kelas dan print beberapa poster simpulan bahasa dan English idioms untuk ditampal di papan notis. Sebelum ni kosong je papan notis tu. 


Anak-beranak bekerjasama menampal wallpaper di papan notis


At least ada la sesuatu ditampal di papan notis kelas

Kehadiran ibu bapa di kelas pun boleh dihitung dengan jari je. Rasanya cuma 2 buah keluarga termasuk kiteorang je yang turun padang. Parents yang lain mungkin kena bekerja hari Sabtu atau dah ada plan lain.


Warna merah jambu jadi pilihan sampai pelajar-pelajar kelas lain menggelar kelas 'Barbie'

Hmm.. Sedih la tengok kelas Khayla ni memang sumbangan dari ibubapa agak kurang, baik dari segi kewangan ataupun tenaga. Tengok kelas sebelah cantik dan ceria je - siap berlangsir, tampal poster, bendera-bendera dan bunga-bungaan bergantungan. Nampak ibubapa dan para pelajar semuanya rajin menceriakan kelas dieorang.

Beberapa bulan lepas Khayla bagitau aku yang kawan-kawan sekelas mintak tolong belikan sticker dinding corak batu-bata. Jadi aku pun sponsor sticker hiasan tu (sebab mengenangkan ada pelajar dari keluarga susah jadi aku tak sampai hati nak mintak Khayla kutip duit untuk belikan sticker tu, lagipun dieorang dah kutip RM5 seorang untuk beli hiasan keceriaan kelas which aku tak nampak pun apa yang dieorang beli). Tup-tup bila buat aktiviti mengecat, hiasan sticker tu semuanya ditanggalkan dan dibuang. Nak marah, tak sampai hati sebab budak-budak lagi. Tapi bila dieorang tanya aku bila nak belikan langsir, aku cuma jawab duit aunty dah habis beli sticker hiasan tu 🙃. 

Jadi pengajarannya, tahun depan tak payah belikan sticker dinding sebab bila kena buat aktiviti mengecat rugi je beli sticker tu. Lebih baik belikan langsir kelas dan dermakan beberapa bahan bacaan.

Korang selalunya bagi sumbangan apa untuk aktiviti keceriaan dan gotong-royong sekolah? Cuba share sikit dalam komen 😉.

30 comments:

  1. Seru sih ya ada kegiatan seperti ini di dalam kelas,mempercantik kelas,tapi sayangnya koq gak kepakai itu stikernya, biasanya dalam bentuk uang untuk sumbangan/patungan, baru di belikan barang".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelas dieorang dah buat kutipan duit untuk keceriaan kelas tapi sayang terlihat macam takde apa2 pun dalam kelas tu.

      Delete
  2. last 2 weeks ariff pegi buat aktiviti deko2 kelas ni tp parents tak terlibat..ariff kata dia mengecat dinding..balik umah memang abih satu suar trek tu kena cat merata2 alahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Student wajib join tapi sekolah jemput jugak ibubapa join gotong-royong. Samalah, seluar Khayla pun comot terkena cat. Saya suruh dia rendam & lepas tu berus untuk hilangkan kesan cat. Nasib baik pakai cat air 😄

      Delete
  3. Kmk selalu berik sumbangan RM jak... hihi.. iman bendahari kelas nya so kmk tolong sidak order brg dr shopee atau beli brg di kedei jak sbb duit kelas ada kat nya... sekolah menengah tok sidak uruskan dirik pun.. yg sekolah rendah cikgu & parents yg aktif yg rajin mendeco.. kmk jarang nk dtg tolong sbb selalu polah ptg masa hari keja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sidak dah polah kutipan duit awal2 tahun riya tapi xtauk apa dibeli sidaknya 😅 Mungkin sik ramai yg berik duit kali.

      Delete
  4. Sejak PKP, SRAI dah takde aktiviti gotong-royong kelas :(
    Kami selalu sumbang tenaga dan RM je, unless cg specify items yg diperlukan. Takut tak kena dgn tema/plan cg..
    Pernah gak bagi bunga hiasan meja sbb cg request :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelas Khayla tu hmm.... macam tak de tema / plan deko je huhu

      Delete
  5. minggu lepas sek ank bungsu jga gotong royong tp x dpt join sb demam. rehat je kat rumah dihujung minggu

    ReplyDelete
  6. Kecewa jugak baca pasal sticker hiasan tu. Tapi yelah, budak-budak fikiran tak matang lagi.

    Kalau di mata akak, kelas tak payah hiasan sebab jadi serabut. Elok minimalis - cat dinding warna pastel, langsir warna senada dan yang penting bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, budak2 tu yg request sticker hiasan so igtkan dieorg dah plan la tema hiasan kelas camane. Betul tu, buat minimalis je tahun depan, beli langsir dan tampal wallpaper di notice board.

      Delete
  7. mmg rmi kwn2 share juga aktiviti gotong royong kt sekolah since lastweek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya aktiviti wajib dalam kalendar KPM kot hehe

      Delete
  8. Saya tukang hias kelas. Letak bunga-bunga kat belakang kelas dan provide kan barangan arts. Nanti kawan2 Dania tampal2 je kat dalam kelas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak 'pinjam' je sis Ezna tolong hiaskan kelas Khayla tahun depan hihi.

      Delete
  9. Gotong-royong unlce selalu tuang... keh keh

    ReplyDelete
  10. Seronok tengok aktiviti macam ni...SA x pernah rasa..x berpeluang join sebab sebelum ni SA stay KL kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kiteorg pun tak rajin jugak nak join aktiviti macam ni tapi kesian sbb bila cikgu buat vote dalam group whatsapp parents, majoriti vote tak pergi.

      Delete
  11. Haritu pun kawan ofis saya ckap masa gotong royong kelas anak dia, sumbangan tenaga ibu bapa kurang..boleh kira baper org je parents yg datang... Biasanya bila part gotong royong ni memang bermasalah sikit..Payah nak dapat kerjasama dari semua parents..

    Alahai sakit pula hati part sticker yg kita beli pastu kena buang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, tapi nak marah pun tak guna sbb budak2 lagi belum matang fikiran tak fikir yg beli sticker tu guna duit parents kawan. Tahun depan dah tau tak payah nak sponsor beli stickers, baik beli langsir kelas.

      Delete
  12. Ini selalu dilakukan saat awal masuk biasanya. Naah sekolah anak saya itu beda kak. Tempat si adik, parents ya banyak yang berkecukupan. Jadi tak susah minta sumbangan untuk mempercantik kelas.

    Tapi sekolah si Kaka, mostly parents ya memang lah tak terlalu mampu dari segi ekonomi. Jadi waktu itu Krn kasihan anak2 kepanasan kalau belajar, sebab fan tak ada, akhirnya saya yg belikan fan utk kelas mereka.

    Tapi saya inikan susah nak keluar karena memang ada kerjaan, walopun hanya dari rumah. Jadi tiap kali sekolah minta parents datang untuk bantu2, saya memilih untuk kasih donasi, ntah membeli peralatan yg mereka butuhkan, atau saya kirim makanan untuk para parents yg datang dan kerja menghias. 😅. Tak enak hati juga kalo tak bisa datang tapi tak ada bantuan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya Fanny, tak dapat datang tapi bagi sumbangan kewangan atau makanan utk parents yg datang. Sekolah anak saya tu dah la tak datang, sumbangan duit / makanan jauh sekali 🥲

      Delete
  13. Replies
    1. Programnya bagus tapi tak byk sambutan dari ibu bapa 😔

      Delete
  14. wahhh best nyaaa aktiviti macam ni...nanti ada lagi ajak saya ya...walaupun tak ada anak nak menyibuk juga hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar betik anies nak pergi gotong-royong sekolah... hehe. Anies ada bakat hias kelas ke? Kalau ada boleh la tolong hias kelas Khayla tahun depan 🤭

      Delete
  15. teringat zaman sekolah.. gotong royong ramai2 mcm ni best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kalau ramai2 parents turun & bagi sumbangan tenaga / duit. Ni setakat 2 org pelajar je yg parents dieorg turun (termasuk kiteorg) huhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .