Semalam Khayla dapat cuti peristiwa sempena hari sukan sekolah Sabtu lepas. Jadi kiteorang pun keluar tengahari tu naik MRT. Balik tu, kiteorang sekali lagi naik MRT dan singgah di MRT Hospital KL untuk jemput Khadeeja pulang dari sekolah.

Dalam perjalanan pulang Khadeeja tanya boleh ke dia nak beli minuman sebab tekaknya rasa haus sangat. Mula-mula nak singgah di Kafe Mesra tapi takde minuman botol dijual di situ. Terpandang vending machine kat sebelah Kafe Mesra so end up beli air di vending machine je la.

Tak ingat bila kali terakhir beli air di mesin layan diri ni, rasanya masih pakai duit kertas lagi kot masa tu. Sekarang dah ada yang bayar guna kod QR rupa-rupanya. Senang macam tu, takde la kita kena pecahkan duit bagai semata-mata nak beli air. Tapi harga air sekarang - erk, setin air Milo tu RM3.50 ok. Mahal nau huhu...


mesin layan diri
Menu paparan sentuh, lepas pilih minuman yang kita nak tekan 'Buy' dan keluar arahan untuk imbas kod QR e-wallet di tepi mesin

MRT Hospital KL
Boleh bayar guna mana-mana e-wallet dengan kod QR

MRT Hospital KL
Lepas bayar boleh ambik minuman kat bawah mesin macam biasa

Banyak jugak minuman yang out of stock masa kiteorang belek menu di paparan sentuh tu. Bermakna walaupun harga mahal tapi ramai jugak yang sanggup beli. Untung siapa yang buat bisnes vending machine ni.

28 comments:

  1. Rupa mesin pun dah canggih tak sama zaman dulu.

    Terkenang dulu kat asrama, akak kena jaga vending machine. Tukang top up stok air dalam tu, keluarkan duit, masukkan duit syiling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, vending machine tu sekolah belikan ye? Dulu kat sekolah saya ada org datang tiap2 minggu top up stok minuman dalam mesin tu.

      Delete
    2. Vending machine koop punya. Akak AJK Koop, itu yang kena uruskan hal-hal vending machine.

      Delete
    3. AJK koop ada keistimewaan tak kak? hehe. Mana tau percuma setin dua air tiap2 bulan 😅

      Delete
  2. Memang laku, pelajar kolej sy tiap hari sarapan air vending machine 😆. Tapi, kami sebut, air gedegang!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Mesti panggil tu sebab bunyi botol / tin tu jatuh ke bawah hehe

      Delete
  4. Air gedegang kitorang panggil masa kecik2 😆😆...lepas tu suka beli kat sotu sebab sejukkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, baru tau dipanggil air gedegang 😅

      Delete
  5. air gedegang, tapi sekarang dah moden, dah tak bunyi gedegang. bunyi air slow je. saya kalau kat hentian sebelah selalu juga beli kopi ais kat mesin, sedap, pekat, lemak,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye dia jatuh pun tak sedar sbb takde bunyi gedegang lagi hehe. Tau2 bila bukak flap kat bawah tu dah keluar botol air nya.

      Delete
  6. Alamak mahalnya air!
    Canggih sudah mesin jual air layan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal kan, tapi tak sampai hati kata tak boleh dekat anak yg kehausan haha.

      Delete
  7. Senang ada machine gini..Xperlu beratur panjang sgt tunggu air siap dibuat, settle cepat..hahaa..

    ReplyDelete
  8. memang dh byk jugak vending machine yg kena byr guna e-wallet dan yg sewaktu dgnnya..from positive side, senang tak pyh nak sediakn coins or duit kecik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, sekarang kan semua dah ke arah cashless. Bayar guna e-wallet tak payah la nak kira cukup ke tak coins / duit kertas hehe

      Delete
  9. dia park vending machine dia tempat popular mmg cepatlah laku..
    anak-anak asrama panggil mesin gedegang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang melekat nama tu walaupun mesin skrg dah tak bunyi gedegang lagi hehe

      Delete
  10. Saya jarang beli dari vending machine 😂. Tapi ntah kenapa paling sering beli waktu di Jepang. Krn vending machine nya jual banyak barang, tak hanya minuman kan. Jadi menarik.

    Di JKT pun waktu itu ada vending machine jual parfume. Bukan sembarang parfume, tapi seperti jo Malone, kenzo dan semacamnya. Yg punya vending machine dari CIMB. 😄. Pintar betul marketingnya. Pakai qris mereka, dapat tambahan diskount. Lumayan sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, unik tu jual perfume guna vending machine. Kalau di Malaysia org lagi suka test bau dulu baru beli hehe.

      Delete
  11. sy lupa kat mana sy baca. yg buat bisnes vending machine ni, dlm sebulan tu boleh untung sng2 RM1k kalau VM tu dia letak kat tmpt strategik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah terbaca jugak. Teringin nak join tapi takut scam hehe

      Delete
  12. air gedegang....ni kalau anak MA jumpa pun dia mesti nak beli...MA kalau ada coffee..terjebak jugak ni.. he hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ternampak juga mesin jual kopi di stesen MRT Titiwangsa. Terus teringat dekat MA hehe

      Delete
  13. skrg lagi canggih boleh bayar guna cashless aje kan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .