resipi avokado
Avokado untuk sarapan rendah kolesterol

Semalam aku tengok avokado yang beli hari Isnin tu dah masak. Cara nak tengok avokado dah masak ialah kulitnya jadi lebih gelap hijau kecoklatan dan buah lembut sikit bila dipicit.

Jadi 'sarapan' pagi semalam aku buat avokado hancur letak serbuk lada hitam dan garam secubit, lepas tu sapu atas roti bakar. Untuk protein, aku letak poached egg sebiji atas tu. Ni antara menu breakfast yang aku suka sebab senang nak buat. Sedap pun sedap.

Avokado beli 3 biji RM10, tapi makan separuh buah sehari, dapat la tahan dekat seminggu. 


Kelebihan buah avokado

Selain dapat menurunkan kolesterol badan, buah avokado mempunyai pelbagai manfaat lain terhadap kesihatan. Antaranya ialah:

1. Mengandungi potassium yang tinggi

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, 100 gram avokado mengandungi 485 miligram potassium, hampir 100 mg lebih daripada potassium yang terkandung dalam sebiji pisang.

Mineral ini amat penting untuk sistem saraf manusia. Malah, ia juga amat bermanfaat untuk mengawal tekanan darah badan.

Menurut Persatuan Jantung Amerika Syarikat, potassium akan menyingkirkan lebihan garam dari badan dan menurunkan tekanan darah kita.


2. Buah avokado kaya dengan serat

Sedang menjaga berat badan? Makan sahaja buah avokado! Setiap 100 gram avokado mengandungi hampir 7 gram serat.

Makanan yang mengandungi serat bukan sahaja baik untuk perut. Ia juga membolehkan kita rasa kenyang dengan lebih lama.

Oleh sebab itu, avokado amat sesuai untuk orang yang sedang berdiet atau menjaga berat badan masing-masing.


3. Kaya dengan folat

Folat merupakan sejenis vitamin B yang baik untuk perkembangan otak. Ia juga penting untuk memupuk kehamilan yang sihat. Malah, sebiji avokado mengandungi hampir 81 mikrogram folat setiap 100 gram.

Menurut National Institutes of Health (NIH), wanita yang berada dalam usia reproduktif memerlukan 400 mikrogram folat setiap hari. Wanita hamil pula perlu meningkatkan pengambilan folat kepada 600 gram setiap hari.

Folat amat penting untuk menghalang kecacatan semasa hamil, terutamanya yang memberi kesan terhadap otak dan saraf bayi.

Hampir separuh kehamilan tidak dirancang. Sebab itulah, wanita perlu mengambil folat dalam diet seharian.


Kesimpulannya, buah avokado kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Ia juga kaya dengan lemak tidak tepu yang dapat mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan.

Bukan itu sahaja, avokado juga mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang dan kaya dengan vitamin B, C dan K.

Kajian telah menunjukkan kemampuan avokado untuk menurunkan kolesterol. Malah, ia juga mampu mengurangkan risiko strok, kanser serta penyakit arteri koronari.

Disebabkan manfaatnya yang pelbagai, buah avokado sesuai diambil sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.

Walau bagaimanapun, sebiji avokado mengandungi hampir 200-300 kalori. Oleh sebab itu, pengambilan avokado yang terlalu banyak mungkin boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Sumber: Hellodoktor.com

20 comments:

  1. bagus byk kebaikkannya kan
    tqq info
    sblm ni memang tak sukmkn

    ReplyDelete
  2. MZ tak berapa reti nak mkn avocado, pernag try mkn sekali tp tu lah tak berapa nak ngam dgn tekak. pg ni MZ mkn roti toast letak kaya dan butter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak sihat, boleh ganti butter dgn avokado sebab lemak avokado lebih sihat dari lemak butter.

      Delete
  3. Replies
    1. Kalau buat avokado hancur saya letak sikit garam dan lada hitam baru sedap rasanya.

      Delete
  4. aritu ada opismate buat sandwich ltk avocado juga...tp tk byk la..merasa la juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Avokado hancurkan boleh buat spread ganti butter. Letak tuna, chicken ham / telur rebus hancur pun sedap jugak.

      Delete
  5. Sedap tu, senang nak dibuat, boleh lah jadi menu harian..Kan.. Saya buat jus Avocado haritu...Not bad jugak...Buah Avocado Kalau dimakan gitu je, tak berapa ngam pada tekak saya.... Kena ada mix mix baru sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah avocado ni lebih kurang sama dengan rasa dabai Sarawak hehe. Sebab tu kot saya suka je makan avokado selain lemak sihat yg penting utk kesihatan jantung.

      Delete
  6. Wah..sarapan saya lumayan berat,bubur ayam 😀,alpukat memang mengandung lemak sehat yg baik untuk tubuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarapan bubur ayam pun sedap jugak hehe. Tapi buat avokado ni senang dan cepat.

      Delete
  7. avocado ni sy penah minum jus je. alpukat. tp tu pun dah campur dgn nutella. mkn begitu je x penah lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya sedap bila hancurkan dan perasakan dengan garam sikit & lada hitam. Sapu atas roti makan dengan telur poached egg fuhhhh.... Terus rasa golongan 'atasan'! 😂

      Delete
  8. Sejak jaga pola makan, sarapan pakai roti gandum dan avocado ini saya jadi sukaaa sangat 👍..gampang dibuat, dan enak memang kak.

    Untuk tambahan protein saya prefer telur rebus. Jadi nak beli alpukat mentega 😁. Dimakan gitu saja pun dah sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay sama kita ya Fanny. Saya skrg ni tiap2 minggu wajib beli avokado buat stok di rumah. Semalam baru beli avokado dari NZ.

      Delete
  9. avocado ni tasteless so kena pandai adjust skt rasanya..kalau kena gaya dap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, rasanya lemak2 kena perasakan dengan seasoning baru nikmat. Buat ganti mentega sapu dgn roti pun sedap.

      Delete
  10. sampai skrg mama tak reti makan avocado, dia takde rasa dan rasa buah mentah kan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok makan dgn apa. Buah avokado mmg kena makan dgn sesuatu baru sedap hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .