Sambungan dari cerita berkunjung ke Mamee Jonker House.
Since dah terlewat nak join aktiviti di Monster Kitchen, alang-alang dah ada kat situ kiteorang pun bayar RM30 untuk anak-anak join aktiviti DIY cawan mi. Kena pergi ke kaunter, bayar dan dapatkan cawan mi lepas tu baru boleh masuk ke kawasan Noodle Doodle. Cuma orang yang dah bayar je boleh masuk, jadi anak-anak je la masuk while aku dan Suami Terchenta tunggu di luar.
Bayaran agak mahal RM15 untuk satu cawan mi, tapi pejam mata je la dah namanya tourist buat macam tourist ek |
Bukan kiteorang je, ramai jugak pengunjung lain yang join aktiviti ni. Pandai betul Mamee Jonker House ni buat duit. Kalau beli satu cawan mi ni tak sampai RM5 pun.
Setiap meja diberi pen Sharpie untuk mewarna cawan mi |
Perasan tak cawan mi yang menghiasi dinding? Nampak berseni je kan. |
Lama jugak kiteorang tunggu anak-anak habis mewarna. Dekat sejam kot. Sempat lagi berjalan-jalan dekat Jonker Street sementara dieorang siapkan cawan mi masing-masing. Bagus jugak macam tu, parents sebenarnya boleh tinggalkan anak-anak buat aktiviti ni lepas tu berjalan-jalan dengan aman! 😆
Bila dah siap, barulah dieorang ke bahagian mengisi mi dalam cawan. Dekat sini boleh pilih perisa samaada nak perisa vegetarian, ayam, tomyam atau kari laksa. Anak-anak pilih perisa kegemaran dieorang iaitu perisa ayam. Proses terakhir ialah seal cawan dengan penutup mi dan balut dengan plastik macam yang kita tengok yang dijual kat kedai.
Sebenarnya staff yang buatkan semua, dieorang cuma perlu serahkan cawan, pilih perisa apa dan selebihnya staff buatkan |
Ta-dah! Inilah hasilnya...
Ambik satu gambar untuk kenang-kenangan. Adik muka tak puas hati sebab lukisannya comot hehe |
Sampai rumah lepas menghadap jem 4 jam, jadi dua-dua kelaparan. Nasib baik ada mi dalam cawan ni untuk dimakan. Lepas makan, Khadeeja terus buang cawan dalam tong sampah. Bye, bye RM15. Yang kakak pulak tanggalkan lukisan tu dengan berhati-hati dari cawan lepas tu dia simpan sebagai cenderahati melawat Melaka. Dua beradik ni memang tak sama langsung perangai, walaupun dua-dua lahir tarikh yang sama hihi.
Memang kakak dan adik kadang perangai berbeda, rasa tak puas hati hasil karya di buang sajalah 😁
ReplyDeleteYa, walaupun 'kembar' tarikh lahir, tapi masing-masing punya personaliti berbeza.
DeleteWow.. Aktiviti yang ohsem.. Sesekalikan.. Menarik bawa anak-anak ni..
ReplyDeleteTu la Sha, fikirkan sesekali bukan selalu pun bawak anak2 ke sini join aktiviti macam ni hihi
Deletesatu aktiviti yg bermanfaat utk anak2. semoga mereka akan terus mengingati momen2 gini...
ReplyDeleteMak ayah pun boleh jalan2 sementara anak2 buat aktiviti ni hehe
DeleteWalaupun dekat je dengan pejabat saya tapi belum berkesempatan ke sini. Lalu je.. Hihi
ReplyDeleteBiasanya yg duduk dekat2 ni tak heran sangat nak pergi sbb boleh pergi bila2 je hehe
Deletebagi saya agak mahal jugalah smpi RM15 secawan... kalau RM10 tu sy boleh terima lagi... supposed harga RM15 tu utk org luar. malaysian bagi RM10 je ;-)
ReplyDeletealaa sayangnya adik buang mcm tu je cup tu...kalau tak boleh buat bekas pencil....
Ye, mahal sebenarnya tapi pejam mata je la bayar. Anak 2 orang je boleh la kasi cannn 🤭
DeleteAdik frust sgt sbb dia tersilap warna lepas tu jadi comot sikit lukisan tu.
best juak aktiviti mcm tok... selalunya mun polah di mall kmk alulah mati kutu x dpt ke sine² nunggu sia jak tp mun tmpt mcm tok nyaman sbb tertutup kita x bingong sidak lari ke sine²
ReplyDeletetauk ada scene x puas hati ooo... hahaha... nmpk muka nya monyok ya.. haha
Aok yalah tek, tok tinggal jak sidak siya kmk duak pegi jalan2 sekitar Jonker Walk. Dah habis berjalan pun sidak lom juak abis mewarna cup ya haha.
DeleteOhhh saya jadi ingat saat ke museum noodle di Jepang 😄. Kita bisa lukis sendiri gelasnya, dan bikin noodle sendiri juga. Tapi saya tak nak masuk saat itu, Krn noodle nya tak halal, jadi percuma kan, dah mahal beli entrance fee, tapi setelah jadi tak bisa dimakan 😂. Mending tak masuk sekalian.
ReplyDeleteKalo yg di mamee, Krn waktu itu memang kita DTG sore, dah ttup pula. Ternyata ada aktifitas seperti ini ya kak. Untuk anak2 pasti buat mereka senang. 👍
Ya, kami datang pun semata-mata nak ke Mamee Jonker House ni. Mula2 ingatkan nak belikan aktiviti membuat mi di Monster Kitchen tapi sayangnya lambat sampai jadi tak sempat join slot terakhir. Lain kali Fanny bawa keluarga jalan2 sini pasti syok bangat.
Delete