Masa cerita ni keluar, aku teringin nak pergi tengok tapi takde geng nak pergi sama-sama. Nak tengok sorang-sorang takut pulak, dasar penakut hihi... So bila mak ada kat KL, aku pun ajak mak tengok sama-sama.
Sebenarnya dari dulu lagi aku curious pasal budaya orang Melanau berkaitan jerunai. Jerunai ni ialah tiang pengebumian golongan bangsawan Melanau yang diperbuat dari kayu jati. Orang bangsawan yang meninggal dunia, mayatnya akan disimpan dalam lubang yang dikorek pada batang kayu jati beserta dengan harta si mati untuk dibawa ke alam sana. Pada masa yang sama, sebuah lagi lubang dibuat di bahagian atas tiang untuk mengikat seorang hamba abdi yang dipilih untuk menjadi peneman si mati di alam sana. Hamba abdi ni diikat dalam keadaan meronta-ronta dan dibiarkan mati perlahan-lahan akibat kebuluran.
Aku pernah terbaca tentang adat pengebumian golongan bangsawan yang kejam ni tapi tak boleh nak bayangkan. Jadi bila cerita ni keluar, baru aku faham betapa sedihnya nasib seorang hamba abdi yang terpilih sebagai korban adat pengebumian kaum Melanau satu masa dulu. Tapi sama ada adat ni sahih atau mitos yang diceritakan turun-temurun, wallahualam. Sebab sejarah ni dikutip dari cerita orang tua-tua iaitu melalui rekod lisan. Kadang-kadang benda mitos tapi bila kerap diceritakan ke anak cucu terus dianggap fakta sejarah.
Posing dengan poster dulu sebelum masuk wayang |
Cerita ni dibintangi oleh Uqasha Senrose, Bront Palarae, Tony Eusoff, Ruminah Sidek dan Amerul Affendi. Setau aku, Tony Eusoff je pelakon yang memang berasal dari Sarawak walaupun bukan orang Melanau.
Cerita ni mengisahkan tentang seorang pengkaji sejarah iaitu sekumpulan pengkaji sejarah diketuai Dr. Sani (Bront Palarae) menjalankan ekspedisi menjejak isteri Dr. Sani, juga pengkaji sejarah yang hilang semasa mengkaji tentang jerunai yang ditemui di sebuah hutan. Semasa masuk ke dalam hutan, setiap ahli ekspedisi telah mengalami gangguan misteri yang menakutkan. Selepas menemui tiang jerunai di tengah-tengah hutan, salah seorang mereka (Uqasha) telah dirasuk oleh semangat / roh hamba abdi yang telah dijadikan korban jerunai.
Lepas tengok cerita ni, here's my mixed review:
Major love:
- Plot cerita - Bagi aku plot ceritanya memang sangat menarik. Ia ialah sebuah kisah dendam lama akibat penindasan hamba abdi satu masa dulu. Flashback dalam cerita ni cukup menjelaskan apa yang berlaku bila seorang golongan bangsawan Melanau meninggal dunia beratus-ratus tahun dulu.
- Lakonan - Aku puji lakonan Yuyun Hikmah yang membawa watak Matalau iaitu gadis hamba yang dikorbankan tu sebab walaupun dia bukan orang Melanau tapi dialog dalam bahasa Melanaunya memang cukup real sampai aku ingat dia ni orang Melanau tulen. In fact, aku rasa lakonan dia lagi mantap dari lakonan Uqasha dalam cerita ni.
Major issue:
- Setting cerita ni yang tak real. Haha. Macamana nak explain ye. Contohnya, masa team Uqasha nak ke satu kampung ni untuk menjejak kumpulan pengkaji sejarah yang hilang tu, dieorang naik sampan padahal semua kampung kat daerah Mukah tu boleh lalu jalan darat 😂. So apa motif nak naik sampan jugak? Lepas tu ketua kampung (Tony Eusoff) datang sambut dieorang lengkap berbaju Melanau. Dia ibarat kau tengok cerita Melayu nak masuk kampung lepas tu penghulu datang sambut dengan pakai baju Melayu lengkap dengan bertanjak dan keris. Mana ada beb. Tau la nak bagitau setting cerita ni dekat Sarawak tapi tak perlu rasanya tunjuk scene naik sampan dan ketua kampung berpakaian tradisional. Mesti mat salleh dekat Florence Film Awards tu ingat orang Sarawak mendayung sampan nak bergerak ke mana-mana padahal kiteorang naik pacuan empat roda lagi cepat sampai kot. Penduduk rumah panjang paling ramai guna Hilux tau! 😂
- CGI cerita ni menjadikan filem ni kurang seram walaupun plot tu dah cukup seram.
Overall, bagi aku filem Sumpahan Jerunei ni kalau diumpamakan dengan sebiji kek, bahan-bahan dan resipi kek dah cukup lengkap. Tapi masa nak bancuh tu somehow sukatan tak cukup dan step tak ikut resipi jadi hasilnya pun kurang memberangsangkan. Haa gituh....
Still, a good effort untuk memperkenalkan budaya dan kaum Melanau di peringkat antarabangsa dan aku pun sekarang dah jelas macamana adat pengebumian menggunakan tiang jerunai tu dibuat beratus-ratus tahun dulu. Bersyukur adat ni dah lama pupus bila datangnya agama sejagat (Islam/Kristian) ke bumi Sarawak.
Sumpahan Jerunei - checked! ✅ |
Sadis sungguh cara hamba tu mati. Terseksa.
ReplyDeletePandai Carneyz buat ulasan, mudah akak nak membayangkan cerita ni macam mana.
Cerita yang menarik tapi penyampaiannya agak hambar. Dari rasa seram terus tak jadi seram Kak Ujie hehe.
DeleteHahahahaha kocak baca minor issue yg kakak tulis 😅. Tapi memang terkadang selalu ada aja film yg terlalu berlebih dalam describe sesuatu. Jadi ini legendanya berasal dari Serawak ya kak. Sebenarnya tak heran, kaum di pulau Kalimantan sana memang banyaaak sangat mitosnya. Termasuk kaum Dayak Indonesia. Seram2 dari yg saya baca.
ReplyDeleteSayang film ini tak masuk ke sini. Semoga saja kalo dah turun dari pawagam bisa masuk ke Netflix atau viu lah. Jadi saya bisa tonton juga.
Saya baca filem ni merangkul anugerah di Florence Film Awards, jadi ada kemungkinan akan masuk ke Netflix hehe. Setiap kaum ada mitos sendiri, sebab dulu2 cuma ada penglipur lara yang kerjanya menyampaikan cerita yang menghiburkan. Kadang2 cerita yang disampaikan tu fakta bercampur dengan rekaan/mitos. Jadi makanya cerita hamba abdi dijadikan korban jerunai ni pun saya cuma percaya 50-50.
Deleteseram tp tak seram
ReplyDeletealamakkk cancel la. nk pi tgk
jalan cerita tu dah seram tapi bila efek CGI tu tak real tu yang tak jadi nak seram ðŸ¤
Deletemcm seram je.. MA ni seram sikit pun dah takut dah.. Iris suka la ni
ReplyDeleteTrailer kemain seram tapi tak seram pun MA. Boleh je tengok ni, lepas movie malam tu tak mimpi hantu pun hihi.
Deleteuniknya plot movie ni...tp MZ tak tgk movie genre seram2 hahahah nanti stress...suka yg happy2 light2 jerrr
ReplyDeleteSaya suka cerita seram tapi kalau nak tengok kena ada teman sbb takut tengok sorang2 🙈
DeleteRuminah Sidek selalu ada kat cerita hantu kan?
ReplyDeleteAah, kalau tak jadi hantu, jadi bomoh atau nenek kebayan hihi ðŸ¤
DeleteMenarik juga jalan ceritanya..
ReplyDeleteKalau suka cerita mitos sejarah dan seram boleh layan cerita ni.
DeleteComel jer mak carneyz..boleh joint tengok filem sekali.
ReplyDeleteMak siap komen macam2 pasal adat dan bahasa Melanau hihi
Deletejalan cerita macam menarik ada rasa teringin nak tengok,tapi risau tak boleh bangun awal pagi nak masak bekal risau duk terbayang2 cerita seram hahah
ReplyDeletePercayalah, bila tengok CGI cerita ni confirm boleh tido lena 🤣
DeleteTunggu Netflix je la, kalau masuk..sebab ada pelakon yang kita x suka lakonan dia..hahaha...Bront Palare tu dah ok dah...
ReplyDeleteSapa pelakon yg SA tak suka lakonan dia tu? Uqasha ke? 🙈 Hahaha!
Deletejerunei ni macam keranda tapi berbentuk tiang besar ya?
ReplyDeleteRasanya kot. Cuma dia tergantung / menegak bukan ditanam.
Delete