Masa mak di Bintulu, mak terlibat sebagai volunteer untuk Program ROSE, iaitu program kempen kesedaran membuat pemeriksaan saringan serviks / cervical screening di kalangan golongan wanita di Malaysia. Yayasan ROSE bukan setakat bantu wanita Malaysia buat pemeriksaan saringan serviks, malah uruskan temujanji susulan jika didapati keputusan screening positif, membuat kaedah kolposkopi dan menghantar sampel ke makmal untuk menentukan kehadiran sel kanser.


Program ROSE
Sumber: Laman web Program ROSE

Sebagai seorang sukarelawan, mak pun dengan sukarela menjadi orang pertama di Bintulu yang membuat pemeriksaan saringan serviks kendiri menggunakan HPV PCR self-sampling test. Lepas 2 minggu, keputusan ujian mendapati positif HPV, maksudnya virus HPV dikesan pada pangkal rahim.

Sebelum aku cerita keadaan mak seterusnya, aku nak cerita tentang HPV PCR self-sampling test ni. Ramai wanita 30 tahun ke atas di Malaysia tak buat pemeriksaan saringan pangkal rahim / serviks sebab seriau nak buat ujian pap smear, betul tak? Walaupun bagi aku ujian pap smear ni tak sakit tapi tetap rasa malu dan tak selesa setiap kali nak pergi buat. Tapi alhamdulillah setakat ni aku buat pap smear keputusan menunjukkan normal.

Kalau korang rasa malu nak buat ujian pap smear, boleh cuba buat HPV PCR self-sampling test pulak. Dah namanya PCR, mestilah melibatkan batang kapas untuk ambil sampel. Tapi jangan risau sebab ujian ni kita buat sendiri tanpa perlu bantuan doktor. Tak sakit langsung ye. Boleh rujuk gambarajah kaedah buat HPV PCR self-sampling test di sini

Back to my mom's story. Bila mak dapat result bagitau virus HPV dikesan pada pangkal rahim, mak pun disuruh hadir ke temujanji susulan bersama dengan doktor pakar Yayasan ROSE di Kompleks Wanita dan Kanak-kanak PPUM.


PPUM
Seawal 7.30 pagi lagi dah sampai ke PPUM untuk temujanji susulan dengan doktor pakar Yayasan ROSE

Kiteorang kemudiannya dibawa ke tingkat 4 dan kena bayar RM30 untuk mendaftar. Lepas daftar, rutin biasa kena ambik tekanan darah lepas tu tunggu giliran untuk dipanggil masuk.


PPUM
Tunggu dipanggil masuk berjumpa doktor pakar untuk pemeriksaan kolposkopi


Sementara menunggu, aku baca tentang prosedur kolposkopi ni di Internet. Secara ringkasnya,  kolposkopi ialah satu prosedur untuk memeriksa serviks, vagina dan vulva dengan lebih mendalam untuk sebarang tanda-tanda penyakit seperti pra-kanser. Semasa kolposkopi, doktor menggunakan alat khas yang dipanggil kolposkop yang berfungsi seperti mikroskop untuk melihat imej dengan lebih dekat.


kanser pangkal rahim
Prosedur kolposkopi dan keadaan pangkal rahim (Sumber imej: Google)

Dalam 10 minit kemudian, mak dipanggil masuk. Sebelum buat prosedur kolposkopi, doktor pakar bertanya soalan-soalan berkaitan kesihatan mak. Selepas tu barulah doktor buat prosedur tu.

Alhamdulillah doktor pakar inform mak yang sel pangkal rahim nampak sihat tapi sebagai langkah berjaga-jaga dia buat juga rawatan iaitu buang lapisan atas pangkal rahim (tak sakit sebab doktor bagi ubat bius dulu) iaitu lapisan di mana virus tu berada. Lepas tu dia ambik sikit sampel untuk dihantar ke makmal untuk periksa kewujudan sel kanser. Dalam seminggu result dah dapat - alhamdulillah, ujian makmal mengesahkan tiada sel kanser dikesan pada pangkal rahim.

Dah alang-alang kat situ, atas saranan doktor pakar aku pun buat jugak HPV PCR self-sampling test. Sekejap je tak sampai 5 minit pun dan tak sakit langsung. Untung jugak temankan mak buat temujanji susulan ni sebab kalau buat kat luar, kena bayar RM400 lebih sebab alat ujian ni mahal. Since aku temankan mak dan doktor pakar Yayasan ROSE tu yang mintak aku buat, jadi aku tak dikenakan sebarang bayaran. Cuma kena tunggu 2 minggu untuk keputusan ujian sama ada virus HPV dikesan (positif) atau tak (negatif). Doakan semoga result PCR tu nanti negatif ye huhu.

Harap lepas ni lebih ramai wanita yang sudah berkahwin dan pernah melakukan hubungan seks buat pemeriksaan saringan barah pangkal rahim / kanser serviks sebab kanser ni ialah kanser ketiga terkerap dikesan dalam kalangan wanita. 


cervical cancer symptoms
Kredit: Hello Doktor

Biasanya kalau dah ada simptom-simptom kanser serviks, kanser tu dah merebak atau dah pada tahap advanced. Sebab tu wanita digalakkan buat pap smear 3 tahun sekali. Tapi dengan adanya HPV PCR self-sampling test yang lebih tepat, ujian saringan kesihatan pangkal rahim ni boleh dijarakkan dari 3 tahun ke setiap 5 tahun.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang HPV PCR self-sampling test, boleh hubungi Yayasan ROSE di talian 03-8408 2211 (9 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat) untuk buat temujanji.

Balik dari PPUM, aku bawak mak makan nasi kukus sotong besar di Shah Alam untuk celebrate result mak. Semoga mak terus sihat dan bebas kanser sampai bila-bila, اللَّهم آمين...


Program ROSE
My mom, cancer survivor

24 comments:

  1. Replies
    1. Ye Uncle, mak pernah kena kanser nasopharyngeal (NPC) tahun 2020. 4 bulan buat kimo dan radioterapi. Ni dah tahun ke-3 mak bebas kanser alhamdulillah.

      Delete
  2. alhamdulillah....minta2 your result nanti pun ok la hendaknya ..aamiin..

    ReplyDelete
  3. Seriau!! Betul Carneyz, kita akui, takut dan malu menyebabkan tak nak buat test tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. kalau camtu SK kena try buat HPV PCR self-sampling test ni. Result PCR lebih tepat berbanding pap smear dan swab guna batang kapas yg kita buat sendiri dalam toilet. Tak sakit langsung.

      Delete
  4. Moga Mak Carneyz baik-baik saja dan bebas kanser. Doa untuk kita semua juga.

    Terima kasih atas perkongsian bermanfaat 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ 🤲🏻
      Sama2 Kak Ujie. Kalau ada kesempatan boleh buat HPV PCR test ni. Senang tak sampai 5 minit 😉 Kalau result negatif, tak payah buat pap smear / HPV test dalam tempoh 5 tahun 🥰

      Delete
  5. Memang kena check 3 tahun sekali kan...tahun ni SA patut dah kena pi check ..kena buat la mcam ni pap smear, risau plak walau xde simptom tu semua..simptom normal time period je..SA doakan Mak Carneyz terus bebas dari Cancer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dulu guideline kata kena buat setiap tahun bila dah umur 30 tahun ke atas tapi skrg dah tukar jadi 3 tahun sekali sbb kanser serviks ni ambik masa utk develop. Tapi kalau buat HPV PCR self-sampling test ni dan negatif, buat 5 tahun sekali dah cukup.

      Delete
  6. Mcm ne nk apply hpv pcr self test tok oo? Mok jd volunteer yayasan rose kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Call nombor nok kmk engkah ya cuba tanyak di Sarawak siney boleh polah appointment?

      Delete
  7. Lepas ujian kendiri positif kena pergi hospital juga untuk kepastian betul atau tidak.
    Alhamdulillah bukan kanser walaupun awal ujian positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, lepas buat ujian kendiri, akan dpt whatsapp samaada positif atau negatif. Kalau positif, dieorg akan buat temujanji susulan untuk buat prosedur kolposkopi dan ambil sampel pangkal rahim untuk memastikan kewujudan sel kanser.

      Delete
  8. memang kena buat lah test2 gini...MZ pernah buat pap smear sekali jer and that was many years ago

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penting kalau kita dah berumur 30 tahun ke atas dan ada kanser dalam sejarah keluarga.

      Delete
  9. Alhamdulillah utk your mom. And may Allah protect you too 🤲
    Bab² ni sebenarnya PH pun takut huhu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PH, bila dgr perkataan kanser je mmg timbul rasa takut macam kena hukuman mati je. Sebab tu penting buat saringan supaya kalau detect awal, boleh dirawat dengan segera.

      Delete
  10. Semoga Mak sehat selalu..memang sebagai perempuan kita harus pandai jaga" diri di daerah kewanitaan yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju, kita wanita kena prihatin dengan kesihatan sendiri. Soalnya HPV ni bukan disebabkan tak menjaga kebersihan wanita tapi dari aktiviti suami isteri. Jadi wanita yang sudah atau pernah aktif hubungan intim kena buat ujian HPV berkala untuk mengesan kehadiran virus di pangkal rahim.

      Delete
  11. tiba-tiba sy teringat... kalau pelacur lg mudah terdedah kan nak kena kanser ni? tp bkn kanser ni je, penyakit lain pun sama...serius pulak memikirkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelacur atau orang yang kerap bertukar-tukar pasangan lebih tinggi risiko dijangkiti virus HPV. Virus HPV ni selalunya sistem imuniti badan boleh musnahkan tapi bila sistem imuniti lemah, tu yg sampai jadi barah pangkal rahim.

      Delete
  12. Tak sekalian vaksin HPV nya kah kak? Saya pun pernah cek utk serviks Bbrp THN lalu. Alhamdulillah normal. Setelah dpt hasil saya langsung daftar utk vaksinnya yg 3x suntik itu, dalam JK waktu berbeda. Kebetulan sedang promo. Mahal sangat kan vaksin HPV ini. Utk 3x suntik sekitar Rp5 juta . Tapi saat saya daftar Krn promo jadi hanya Rp3 juta.

    Bersyukurnya vaksin ini Skr di kasih gratis oleh pemerintah melalui sekolah2. Jadi anak yg sudah 9 tahun sudah boleh vaksin HPV. Anak saya kemarin baru saja suntik di sekolah. Tinggal tunggu utk yg kedua dan ketiga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini pun sama, vaksin HPV diberi percuma di sekolah-sekolah untuk pelajar perempuan tingkatan 1 (13 tahun). Tapi disebabkan pandemik program vaksinasi tertangguh 2 tahun jadi sekarang ni Kementerian Kesihatan beri keutamaan kepada pelajar tingkatan 3 (15 tahun) dan tingkatan 2 (14 tahun) dulu.

      Vaksin HPV ni melindungi dari kebanyakan virus HPV tapi tak semua. Masih perlu buat screening test selang 3 tahun sekali untuk pap smear / 5 tahun sekali untuk HPV screening test:
      "Yes, vaccinated women will still need regular cervical cancer screening because the vaccine protects against most but not all HPV types that cause cervical cancer. Also, women who got the vaccine after becoming sexually active may not get the full benefit of the vaccine if they had already been exposed to HPV."

      Delete
  13. Sha memang segan betul tiap kali nak buat pap smear tu tapi setakat ini tak pernah culaslah buat.. Cuba buat setiap tahun sebagai langkah mencegah..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .