Baru-baru ni Khayla terpilih mewakili sekolah untuk program Karnival Briged Bakti Malaysia yang dibuat di salah sebuah hotel di Chow Kit. Program ni berlangsung 3 hari dan peserta diwajibkan bermalam di hotel tu sebab kena join aktiviti program dari pagi sampai ke malam.
Pagi Selasa tu kiteorang hantar Khayla ke sekolah berkumpul dengan peserta-peserta yang lain sebelum dieorang dibawa ke hotel. Sebelum meninggalkan Khayla, aku pesan kat dia supaya sentiasa update lokasi dia berada memandangkan pelajar dibenarkan bawak h/p. Biasalah mak yang tak pernah berpisah dengan anak ni memang risau memanjang je nak melepaskan anak lagi-lagi anak dara padahal bukan jauh mana pun, kat Chow Kit je 😆.
Mula-mula sampai sana elok je Khayla update aku tapi lepas tu lupaaa.... Mak dia kena mesej banyak-banyak kali tanya baru jawab 😂 |
Ada seorang classmate Khayla yang terpilih join program ni jugak lepas tu dapat pulak bilik sama dengan Khayla, so takde la risau sangat.
Malam pertama Khayla takde kat rumah, sunyi rumah kiteorang macam dilanda garuda. Biasanya malam-malam bising dengan suara dua beradik ni sakat-menyakat tak pun bergaduh mulut. Aku sebagai mak yang clingy ni kejap-kejap mesej tanya buat apa, kat mana, dengan siapa. Malam pertama tu aktiviti dieorang ialah mengedarkan pek makanan dengan gelandangan KL. Dah nama Bridged Bakti, kenalah berbakti kepada masyarakat kan 😊.
Gambar esok pagi masa sarapan yang Khayla hantar |
Hari kedua pulak, dieorang mengikuti kursus pertolongan kecemasan. Zaman aku sekolah dulu, asas pertolongan kecemasan ni cuma diajar kat budak-budak yang join Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) je. Bagus kursus ni diajar kat budak-budak sekolah sebab bermanfaat dalam situasi kecemasan. Cuma harap-harap dieorang ingat apa yang dipelajari 😅.
Nampak kemas ikatan kain anduh yang Khayla buat tu, good job! 👏🏻👏🏻 |
Hari ketiga lepas sarapan pagi peserta berkemas dan bersedia untuk daftar keluar hotel. Lepas tu berkumpul dan buat recap balik aktiviti-aktiviti yang dieorang buat selama 2 hari tu. Akhir sekali bergambar dan makan tengahari sebelum dihantar balik ke sekolah. Hari ketiga tu akulah orang yang paling happy sebab dah boleh ambik Khayla pulang ke rumah. Adoi, camane la nak melepaskan anak belajar ke kolej / universiti bila habis sekolah menengah nanti! 😅
Saya belum merasakan lepas anak nginap di luar rumah 🤣. Ntahlah kalo nanti sudah masanya. Dari sekolah belum ada kegiatan seperti itu. Tapi paham, pasti lah ada rasa cemas ya kak.
ReplyDeleteCuma kalo dipikir-pikir, saya pun zaman sekolah dah dari high school di lepas sekolah di luar kota. Lalu pindah Malaysia, lalu pindah Jakarta. Semoga anak2 pun kalo nanti waktunya dilepas, mereka tetap bisa mandiri dan menjaga akhlak
Perasaannya tu tak tenteram, sentiasa teringat2 anak bila dia jauh dari pengawasan kita 🥺.
DeleteYa kan, bila fikir2 saya dulu dari zaman sekolah rendah pun kerap ikut wakil sekolah ke luar daerah dan luar negeri Sarawak. Masuk universiti pindah ke Semenanjung Malaysia, pernah beberapa kali ikut rombongan universiti ke luar negara paling jauh ke Afrika Selatan. Tapi masa tu sekalipun tak terfikir macamana perasaan mak dan bapak saya melepaskan saya pergi jauh2 😅 Bila dah jadi mak ni, baru tau perasaan dieorang, tapi dieorang tak tunjuk risau pun masa tu mungkin taknak saya takut explore dunia hehe.
ni MZ tgh sunyi ni hahah tinggal razeen sorang jer kat rumah sbb ariff ada camping 3h2m kat ulu langat, zharfan memang dh kat matriks uia gambang
ReplyDeleteMZ tak berendam air mata ke masa Zharfan mula2 duduk kat matriks kat gambang tu? hehe
Deletesama ngan MA, kalau anak pegi mana mesti minta diaorang update selalu so that kita tau what happen..but sama kes jugak la..kita yg whatsapp panjang2, jawapan diaorang dah la lambat.pendek plak tu ...alahai, bertabah je la
ReplyDeleteTu la kan. Kita kemain excited nak tau pasal dieorang tapi agaknya dieorg lagi excited dgn aktiviti & kawan2 🤭
Deleteagaknya kalau khayla masuk asrama nanti...lagi laaa bertambah sunyi hari-hari kan?
ReplyDeleteSebab tu x galakkan dia apply sekolah asrama 😂 lagi2 dulu saya ada pengalaman kena buli kat sekolah asrama masa form 4, 3 bulan je tahan lepas tu terus mintak pindah balik sekolah lama 😢 taknak Khayla melalui pengalaman trauma macam saya.
Delete