Petang semalam cuaca agak panas. Balik dari ambik Khadeeja dari sekolah, kiteorang singgah di gerai cendol tepi jalan. Dah terbayang-bayang cendol yang sejuk tu lalu kat tekak!
Dari jauh lagi nampak papan tanda cendol durian ni. |
Mula-mula kena tanya dulu boleh guna QR pay ke, sebab aku keluar memang tak pernah bawak cash. Nasib baik adik tu kata boleh.
Laksa utara |
Kuah laksanya sedap, cukup rasa. Cuma cair sikit, dan isi ikan pun tak banyak. Kalau kuah pekat dan isi ikan banyak mesti bertambah semangkuk lagi hehe. Tapi masam, masin, manis tu semua cukup dan seimbang. Aku bagi 4/5 bintang.
Cendol durian dengan pulut |
Lepas pekena laksa yang pedas, barulah pekena cendol untuk hilangkan rasa pedas tu. Durian dalam cendol ni memang besar dan tebal isinya, puas hati makan. Tapi cendol tu agak manis bagi aku jadi aku tak dapat nak habiskan. Aku bagi 4/5 bintang jugak.
Khadeeja menikmati cendol durian |
Alhamdulillah, kenyang sampai ke malam. Boleh la repeat gerai ni lain kali.
Mungkinkah cendol tu terlebih manis sebab ada durian?
ReplyDeleteManis leting dari air gula melaka kat bawah ais tu SK.
Deletetak pernah singgah lagi, asik lalu lalang je...kwn pun ckp sedap laksa dia...boleh lah try nanti...
ReplyDeleteSemalam pun first time try. Laksa dia memang sedap cuma isi ikan sikit sbb tu kuah laksa tak kaw.
DeleteNampak padu cendolnya. Besar-besar durian. Sedapnya, pekena cendol di hari panas.
ReplyDeletePekena cendol hari panas memang heaven!
DeleteSerious Deej makan! hehehe
ReplyDeleteBersungguh2 haha
Deletesiap ada pulut tu. ada sesetengah cendol durian, tak ada pulut langsung. sbb dia kira cendol pulut tu lain 'menunya'. kalau cendol durian, durian je laa dia letak selain bahan utama dlm cendol spt kacang merah, air gula dan cendol tu snediri...
ReplyDeleteAah surprised jugak jumpa pulut dalam cendol durian ni. Kira ok la tu, buat kurangkan rasa manis air gula melaka.
Deletebetul... boleh kurangkan rs manis... tp tu pun ada yg x suka sbb katanya pelik hahaha
DeleteKhadeeja tak suka.. dia tak makan pun pulut tu sayang pulak.
Deletewaduhhh waduhhhhh cendol durian & laksa sedapnyaaa!
ReplyDeleteCombination yg mmg padu
Deletenak cari cendol yg ais mesin tu laaa hhehe..
ReplyDeletekat mana agaknya tu ye?
DeleteUish sedap dapat makan2 kat luar...
ReplyDeleteMemang nikmat hehe
DeleteAllahu sedap nyer .. musim2 panas ni dpt cendol durian mmg tak ingt dunia kejap huhuuu
ReplyDeleteHehe, terus hilang panas bila dapat minum cendol sejuk
DeleteOh, nikmatnya cendol durian!
ReplyDeleteSedap...sedap...sedap!
Memang sedap dan nikmat Kak Amie hehe
DeleteNyamannya tekak kalau dapat cendol or abc time panas² ni. Lagi kalau lepas ambil anak sekolah, makin syok hirup sejuk² tu. Hihihi
ReplyDeleteHari panas lit2 pekena cendol mmg terbaik hehe
Deleteari tu masa pegi kuantan, my hubby order cendol durian jugak. not bad lah, sedappp
ReplyDeleteMemang kena cendol dgn durian kan. Tapi cendol kena kurang manis sbb nak balance dgn durian yg mmg dah manis
DeleteSedapnya
ReplyDeleteAlhamdulillah dua2 laksa dgn cendol tu sedap.
DeleteNgences tengok laksa tu...sedpanyaaa...nasib dah makan Jumaat lepas...tapi nampak yang Carneyz makan ni lagi sedap laaa
ReplyDeleteMmg ori rasa laksa utara ni, cukup semua rasa.
Delete