Bulan lepas, Suami Terchenta ajak pergi camping lagi. Dia ni asal stress dengan kerja je pergi camping. Cuba ajak pergi Langkawi ke, tak pun pergi jalan-jalan overseas ke hihi. Takpe, tahun ni kita layan je request dia nak pergi camping tapi tahun depan nak buat proposal gi jalan-jalan pulak. Doakan sis berjaya! 😂
Plan asal nak try camping di PD Mayang Sari Campsite sambil layan view laut tapi dah penuh la pulak sampai hujung bulan Julai tu. End up kiteorang pun decide nak repeat camping di Sojuk Riverside memandangkan trip camping lepas kiteorang memang enjoy suasana tepi sungai kat sini.
Memandangkan ni kali ke-2 ke sini, jadi aku malas nak ambik gambar banyak-banyak. Cukup ambik gambar aktiviti memanggang dan makanan kiteorang time camping. Malam sebelumnya aku dah siap-siap memasak dan standby bahan-bahan memasak dalam peti sejuk. Bahan-bahan kering pulak aku dah pack dalam kotak makanan, esok paginya tinggal nak pack bahan mentah, ayam yang dah diperap dan bahan-bahan dalam peti sejuk ke dalam ice box.
Pagi tu aku sibuk sikit jadi Suami Terchenta la yang keluarkan bahan-bahan dari peti sejuk dan masukkan dalam ice box. Tengah-tengah perjalanan menuju ke Sri Gombak, aku tanya dia ada keluarkan sambal petai dari dalam peti sejuk. Boleh pulak Suami Terchenta lupa... Terpaksa la patah balik ambik sambal petai tu sebab menu aku dah plan guna sambal petai.
Lepas set up khemah, mulalah aktiviti memanggang ikan untuk makan tengahari. Menu tengahari ialah ikan bakar sambal petai. Sebab tu la kena ada sambal petainya hehe.
Ikan siakap bakar dengan sambal petai. Sambalnya menyorok bawah tu |
Petang, bakar sayap ayam, sosej dan udang pulak sambil enjoy view sungai |
Khadeeja tolong bakar udang lepas 2 jam berendam dalam sungai |
Nampak je macam takde bara api tapi rentung jugak la sayap ayam tu dari haba arang tu |
Makan malam kiteorang - roti sosej, nasi, telur rebus, timun dan ayam bakar |
Esok paginya buat nasi lemak dengan lauk sambal petai, telur goreng, sosej lebih bakar malam tadi dan telur rebus |
Nasi lemak |
Kali ni kurang enjoy masa packing nak balik sebab banyak semut masuk celah-celah batang khemah jadi kena betul2 pastikan takde semut baru boleh packing. Kalau tak berkampung la semut kat rumah kiteorang pulak. Nak bunuh, berdosa sebab Nabi pernah bersabda semut ialah antara binatang yang tak boleh dibunuh secara sengaja. Jadi memang ambik masa sikit nak ketuk2 batang-batang khemah bagi semut tu semua jatuh keluar. Agaknya kiteorang tak sengaja set up khemah atas rumah dieorang kot.
Bila pergi camping sehari je, aku rasa macam tak berbaloi pulak hahaha! Sebabnya bukan release penat, tapi tambah penat lagi ada. Sekurang-kurangnya pergi 2 hari baru la betul-betul dapat enjoy suasana santai kawasan perkhemahan tu. Tapi dah Suami Terchenta busy sokmo, nak tunggu dia dapat cuti dua hari tu memang payah la. Yang penting dapat spend quality time dengan keluarga. Betul tak?
yg penting dpt spend masa sama2 kan :)
ReplyDeleteSetuju 100%. Nanti anak2 dah besar & duduk asing-asing susah nak dapat moment macam ni kan.
DeleteBiasa ada kala tidak dapat rasa seronok bercuti.
ReplyDeleteItulah banyak juga persediaan kena buat srbelum berkhemah.
Pergi camping ni seronok je, tapi masa nak setup dgn nak packing tu yg tak seronok sgt hehe.
DeleteBest ni. Camping memang syok, bersih udaranya. Tapi betul, packing unpacking tu penat jugak.
ReplyDeleteSbb tu faham sgt kenapa kaki camping sanggup beli khemah beribu-ribu ringgit. Biasanya khemah mahal ni senang nak setup. Khemah kiteorg ni mid-range bawah 1000 jadi kena setup secara manual hehe.
Deleteseronoknya bakar2 pastu mkn. happy tgkk
ReplyDeleterinduuu nk camni tp tu la keadaan x mengizinkan
Kalau tak dpt pergi camping, pergi berkelah sambil bbq pun seronok jugak ciknor 😊
DeleteTak pernah camping lagi tapi Glamping pernah. Teringin gak nak BBQ tepi sungai macam ni.
ReplyDeleteSaya pulak tak pernah glamping lagi. Teringin gak nak pergi glamping, tak penat nak setup dan turunkan khemah lepas tu 😅
Deletenak pergi bercuti tu seronok kadang tak lena tidur punya la excited tapi mengenangkan balik dari bercuti tu penatnya ya ampun...
ReplyDeleteYe betul tu Afzan. Balik dari bercuti dgn baju berlonggok nak kena basuh, barang nak kena simpan kadang2 seminggu pun tak habis clear lagi hehe.
Deletesedapnya makan ikan siakap bakar kat tepi sungai gini :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, siakap bakar sambal petai bertambah2 nasi dibuatnya 😁
DeleteBoleh buat aktiviti bulanan ni....
ReplyDeleteBoleh je sebenarnya tapi asben sibuk keja skrg.
Deletesik baik x jauh nak patah balik ambil sambal petai. kalau dahsampai baru teringat... habis laa hehe
ReplyDeleterentung pun rentung laa kan... janji sedap time perut lapar2 ;-)
tu la, mampu berhuhu je la kalau dah sampai baru teringat 😝
Deletesedap nih, makan2 tepi sungai..saya doakan sis berjaya utk proposal jalan-jalan!
ReplyDelete
Deleteآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْ! 🤲🏻
syok tu layan siakap bakar tepi sungai
ReplyDeletesyok, sambil menikmati suasana.
Delete