Ni throwback sebelum aku mula IF bulan lepas. Lama dah peram dalam galeri foto hp hehe. Tapi nak cerita jugak sebab makanan kat sini sedap-sedap.

Hari tu kebetulan Suami Terchenta ambik cuti ganti. Petang tu kiteorang jemput Khadeeja balik dari sekolah lepas tu singgah di Sunway Putra Mall sebab Suami Terchenta nak ambik cermin mata yang ditempah.

Selesai urusan di kedai cermin mata, kiteorang singgah di Onde-onde untuk minum petang. Sebelum ni tak pernah jejak kaki ke sini dan hari tu kiteorang rasa nak cuba tempat makan yang lain dari kebiasaan.


Sunway Putra Mall
Restoran Onde-onde di aras 1 Sunway Putra Mall

Sunway Putra Mall
Hiasan mangkuk tingkat, botol air panas, kole dan cerek klasik yang menarik

Menu di Onde-Onde ni terdiri dari citarasa tempatan dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Kalau tengok kat website dieorang, bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan menu diambil dari sumber terbaik, contohnya dieorang guna gula melaka dari Melaka dan biji kopi dari Ipoh.

Untuk minum petang, kiteorang pesan beberapa menu. Semuanya sedap-sedap.


Restoran Onde-Onde
Char kuey teow - aku bagi 4.5/5 bintang (setengah bintang lagi sebab takde cili jeruk hehe)

Restoran Onde-Onde
Rojak - kuah rojak pekat, cukup manis dan pedas - 4.5/5 bintang (kacang tanah hancur tak cukup bagi aku)

Restoran Onde-Onde
Sotong kangkung - 4/5 bintang (ni sebab aku compare dengan sotong kangkung kat Bintulu yang bagi aku tersedap setakat ni hehe)

Restoran Onde-Onde
Tauhu bakar - 4/5 bintang (ada something slack sikit tapi aku lupa pulak apa. Rasanya isinya kurang kot)

Restoran Onde-Onde
Khadeeja pesan sagu gula melaka, aku tak rasa so tak boleh bagi rating

Restoran Onde-Onde
Minuman - tembikai laici, sirap selasih dan teh ais

Memandangkan kiteorang sampai akhir dalam pukul 6 petang, jadi kuih-muih semua dah habis. Kalau tak, memang aku pesan kuih-muih je untuk minum petang. Since petang tu kiteorang dah makan berat, sudahnya malam tu kiteorang tak makan langsung. Khayla pulak balik dari sekolah dia nak makan mac & cheese jadi buatkan mac & cheese untuk makan malam Khayla.

16 comments:

  1. semua nampak sedap dan very nice lah food presentationnya

    ReplyDelete
  2. pernah mkn cawangan nya dlm aeon shah alam tp tklama dh tutup....menariknya tgk menu sago gula melaka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kat Shah Alam banyak persaingan yg lagi hebat sebab tu tutup kot.

      Delete
  3. nampak sedap2 pakkal jauh kalau dekat dah terjah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera Malaysia memang kena dengan tekak kita hehe.

      Delete
  4. Aduhai..x leh tahan tengok sotong kangkung tu..scroll terus laju2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan ke SA baru je buat sotong kangkung? Tapi memang sedap sotong kangkung kat sini.

      Delete
  5. Cantik ya penyajiannya...bikin ngiler yang sotong kangkung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyajian makanan juga jadi salah satu aspek penilaian rating saya 😄

      Delete

  6. waahhhh besarnya sagu tu... betul ke sagu tu? sebab selalu tengok kecik2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, maybe dieorg buat sendiri sagu tu hahaha!

      Delete
  7. eh rasa macam pernah makan kat sini tapi dah lama dah..dkt je dgn ofis saya ni cuma jarang lah nak ke sini sbb x ada geng nak lepaks makan...

    ReplyDelete
  8. Saya pikir jualannya ada onde2 kak 🤭. Naah menu lokal gini yg saya suka, drpd western punya. Lebih masuk ke lidah saya 😁👍.

    Tapi dari dulu penasaran banget Ama sotong kangkung. Udh sering denger, tapi belum pernah coba aja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih-muih semua udah habis masa kami sampai. Rasa pelik jugak sebab patutnya kuih-muih tu kan menu minum petang tapi udah abis haha.

      Sebenarnya hari yang jumpa Fanny sama Farah, saya ingat nak ajak makan di Little Penang kafe / di Onde2, tapi sebab jumpa lepas waktu makan tengahari ingatkan kalian berdua dah makan tengahari dulu sebelum ke KLCC 😅. Lain kali datang ke KL lagi, Insha Allah saya bawak minum2 di restoran menu lokal 😉

      Delete
  9. cantik tempatnya and foods pun nampak sedappp and cantik presentation nya....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .