Filem yang bagi goosebump sebab hebat giler! |
Semalam aku bawak anak-anak pergi tengok Malbatt : Misi Bakara sebab ramai kawan-kawan blogger bagi ulasan yang memberangsangkan. Lagipun dulu anak-anak memang suka giler filem Paskal, so bila dapat tau je ada cerita genre aksi ketenteraan Malaysia, apa lagi dieorang pun request nak tengok cerita ni. Semangat giler dieorang nak tengok sampai malam sebelumnya dieorang tengok trailer filem ni dan beberapa video kat Youtube tentang macamana askar Malaysia menyelamatkan askar US di Bakara lepas helikopter Black Hawk terhempas.
Sinopsis:
Sedikit background info tentang filem ni.
Filem arahan Adrian Teh yang menelan belanja RM20 juta ni berdurasi 131 minit dan membariskan pelakon-pelakon veteran dan baru antaranya Bront Palarae, Fauzi Nawawi, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Dini Schatzmann dan ramai lagi. Penggambaran dilakukan di beberapa lokasi termasuk luar negara iaitu di Gaziantep (Turki), Pinewood Studio Malaysia (scene HQ MALBATT 1 dan Mogadishu) dan Pangkalan TUDM Subang (scene kontinjen MALBATT berlepas ke Somalia). Untuk menjadikan lakonan nampak real seolah-olah para pelakon ni askar sebenar, dieorang semua membuat latihan tentera di kem di Port Dickson.
Filem ini diadaptasikan dari kisah benar operasi tentera Malaysia pada tahun 1993 yang menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari MALaysia BATTalion (MALBATT) menyelamatkan 70 lebih anggota askar Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu dalam kejadian Black Hawk Down. Pada awalnya, tentera Malaysia dan Pakistan menawarkan diri untuk misi menyelamatkan (rescue mission) tapi pada saat terakhir, Pakistan berundur dan meninggalkan Malaysia untuk meneruskan misi berani mati tu. Dalam misi tersebut, seorang anggota tentera Malaysia telah gugur dan 7 orang lagi cedera, namun mereka berjaya menyelamatkan dan membawa pulang kesemua anggota tentera Amerika yang terperangkap di Bakara.
Review aku:
Cerita ni sangat BEST! Dari awal sampai akhir tengok sampai tak berkedip-kedip mata, terutama babak perang (aku rasa 98% memang scene perang je). Ada jugak babak humor yang bagi aku tak berapa nak layan sebab memang tujuan tengok cerita ni nak tau camane tentera kita berjaya menyelamatkan tentera AS je. Tapi aku faham babak tu sebenarnya penting untuk penonton lebih memahami karakter macam Lans Koperal Ramlee (Shaheizy Sam) yang di luar perang dia suka buat lawak dan gila-gila tapi masa misi dia serius dan berani.
CGI dan set up bandar Mogadishu (struktur bangunan, layout dalam rumah Abdalle) bagi aku memang hebat, sebab mula-mula aku ingatkan dieorang betul-betul pergi shooting dekat Somalia 🤣, tapi rupa-rupanya dekat studio di Johor. Cuma CGI dekat kem MALBATT je la nampak tak kemas dan tak berapa nak real sangat. Still, efek CGI yang tak kemas ni tak mengganggu jalan cerita dan dimaafkan sebab lakonan yang sangat cemerlang oleh pelakon-pelakonnya dalam membawa watak anggota tentera. Takde dialog yang kaku sepanjang pengamatan aku.
Apa yang aku suka teruk filem ni ialah jalan ceritanya yang straightforward bila ke operasi ketenteraan. Babak perang memang sangat realistik bila dieorang melakonkan segala taktikal peperangan lengkap dengan alatan ketenteraan, pengendalian senjata dan kenderaan ketenteraan. Hasilnya, penonton berjaya menghayati suasana perang dengan emosi suspen, cemas dan berdebar-debar.
Dekat sini jugak aku puji lakonan pelakon tambahan iaitu tentera Somalia sebab cara dieorang bawak dialog tu memang betul-betul real, tapi pelakon mat salleh pulak aku rasa macam agak kaku sikit dan tak berapa menunjukkan mimik muka masa deliver dialog part dieorang.
Cerita ni sangat best sampai habis je, Khayla ajak tengok sekali lagi bila Suami Terchenta dah sihat kelak 🤣. So aku boleh bagi rating 9.5 / 10 (0.5 lagi tu sebab ada part CGI yang tak berapa nak real).
Kalau korang belum tengok lagi, korang kena pegi tengok. Barulah lebih best sambut Hari Merdeka dengan semangat patriotisme yang tercetus lepas menonton cerita Malbatt: Misi Bakara!
Tak sabar nak tgk cerita Malbatt : Misi Balkara.. belum ada peluang lagi nk tgk..
ReplyDeleteWeekend ni boleh pergi kot. Rasa berbaloi bayar harga wayang sebab cerita ni memang best giler.
Deletestill kesibukan yang teramat .. aduhaii bila la nak pi tgk ni.. org kiri kanan duk bercerita huhuuu..
Deleteada shooting kat turkey jugak sebenarnya ie scene kat somalia tu...my hubby beria tgk video the making of malbatt
ReplyDeleteSama dengan my hubby. Dia belum betul2 sihat so mampu tengok video the making of malbatt kat YT je dulu hihi.
Deletebest kan...betul la dah last2 tu CGI tak berapa cantik..Pia 2x juga meleleh airmata ada part yang sedih tu
ReplyDeleteMesti Pia nangis part Prebet Isa terkorban kan. Part dieorg bawak balik keranda tu pun sedih jugak.
Deletebelum berkesempatan lagi nak tgk...tapi daripada review2 yg saya baca ramai beri feedback positive. haaa siapa kata filem tempatan tak bagus, kan? so dari segi kutipan tu x dpt info lagi...
ReplyDeleteHujung minggu ni Khayla nak pergi tengok dgn kawan2 pulak sbb dia kata best sangat nak tengok lagi hehe.
Delete