Salam Isnin semua,
Cuti sekolah akhirnya bermula. Korang ada plan ke mana-mana ke cuti ni? Suami Terchenta asalnya nak ambik cuti sebab cutinya banyak lagi tapi macam biasa, end up tak jadi huhu. Ada isu di ofis yang kena setel katanya.
Sabtu lepas hari sukan sekolah Khadeeja berlangsung di UIA Gombak. Lepas hari sukan tamat, perut terasa berkeroncong sebab sepatutnya aku habis IF pukul 11 pagi tapi majlis penutup pulak terlajak sampai pukul 1 tengahari. Suami Terchenta tanya nak makan apa? Aku berseloroh, 'Jom cari nasi padang.' Padahal tak pernah pun makan nasi padang sebelum ni.
Tak sangka pulak Suami Terchenta betul-betul Google restoran nasi padang. Yang paling dekat di Melawati Mall, jadi dia bawak makan kat sana.
Restoran Rasa Nusantara by The Majapahit rupa-rupanya baru je dibuka pertengahan Ogos. Masa kiteorang sampai ada promosi beli 2 percuma 1 lauk.
Rasa Nusantara by The Majapahit terletak di tingkat 3 Melawati Mall |
Selama ni aku teragak-agak nak cuba makanan Indonesia sebab sangkakan makanan dari seberang semuanya pedas-pedas macam sambal ayam penyet. Tapi lepas mencuba lauk nasi padang kat sini, eh takde la pedas sangat. Lebih kurang lauk-pauk kat Malaysia je.
Antara lauk-pauk yang dijual |
Lepas belek-belek menu, akhirnya kiteorang pilih menu ikan tilapia terbang goreng, gulai urat keting lembu, keli bakar dan terung balado. Suami Terchenta juga memesan teh botol untuk minuman.
Ikan tilapia terbang goreng - rangup di luar tapi lembut isinya, dipadankan dengan sambal kicap manis |
Keli bakar dengan sos kacang, ala-ala kuah sate sikit rasanya |
Sambal terung balado - sayang cilinya dipotong besar-besar sebab confirm aku tak makan. Lebih suka versi cili ditumbuk kasar |
Gulai urat keting ni kesukaan aku |
Alhamdulillah makanan kat sini sedap-sedap semuanya. Portion lauk agak banyak dan sesuai untuk 2-3 orang berkongsi makan.
Overall, puas hati mencuba makanan padang di sini. Boleh repeat lain kali bila teringin makanan padang lagi.
Carneyz tak makan pedas ke? Hurmm.. cili besar² tu nak buat tampal gigi kot 🤣🤣🤣
ReplyDeleteTak makan pedas SK. Haha, boleh bayangkan huduh tampal cili kat gigi 😂
Deletefeveret nih...boleh try kalau ke melawati..
ReplyDeleteSedap2 lauk-pauk yang kiteorang ambik ni nohas.
DeleteEn, terkejut tengok ikan tu! hehehe
ReplyDeleteIkan tu ready nak terbang Uncle hehe
DeleteCiri khas balado dari Padang, memang cabenya dipotong besar kak 🤣. Saya pun tak sanggub telan kalo besar begitu hahahahha. Lebih suka yg ditumbuk halus.
ReplyDeleteMakanan sumatera biasa cendrung pedas. Makanan Sulawesi juga pedas. Kalo Papua saya belum pernah coba Krn belum pernah kesana. Kalimantan biasanya gurih. Sementara Jawa pula cendrung manis 😄
Makanya dulu saat nikah, suami saya yg orang solo (Jawa Tengah) tak kuat makan pedas. Saya pula dari Medan, selalu pedas 😁. Tapi lama kelamaan kami saling terbiasa. Dia akhirnya bisa makan pedas, sayapun bisa terima kuliner Jawa yg cendrung manis.
Lain2 tempat, lain2 tahap kepedasannya ye Fanny. Macam di Malaysia la begitu. Saya dan suami memang dua2 tak makan pedas sebab tu sampai sekarang tak reti makan pedas.
DeleteNasi Padang boleh di katakan setiap hujung minggu Sis dan abang Sabar makan hahaha.. brekpes lambat dalam jam sepuluh, then pekena nasi padang.. hampir semua luk dah mencuba hahaha suka luk jering mereka
ReplyDeleteoo ye ke. Boleh la masuk dalam list lepas ni.
Deleteerr tak perasan la plak restoran ni....may be boleh try nanti...anyway, next weekend weolls nak gi tmpt zharfan (kira staycation sempena school holiday laaa)
ReplyDeleteBaca kat FB dieorg baru je bukak.
DeleteSelamat bercuti staycation MZ!
cantik laa pula ikan tilapia dia buat macam tu...ni letak atas meja pengantin ni, dah cun dah tu selain udang panjat heehhee
ReplyDeleteNampak cantik tapi nak makan terkial2 jugak hehe.
Delete