Semalam seharian aku keluar teman mak aku pergi temujanji susulan di Hospital Pantai Bangsar. Alhamdulillah, result ok means takde sel kanser dikesan. Temujanji seterusnya ialah bulan Februari tahun depan.

Dah setel urusan di klinik pakar onkologi, kiteorang pergi ke food court hospital untuk lunch. Kalau ke Hospital Pantai ni, aku paling suka pergi ke stall I Love Yoo! Kali ni aku pesan Fragrant Herbal Salted Chicken Leg Noodle + Mee dan Tau Foo Fa. Haha! Lapar punya pasal sebab aku buat intermittent fasting sepatutnya habis pukul 11.30 tapi gara-gara tunggu giliran mak masuk untuk consultation, terus terbabas sampai pukul 1 tengahari.


I Love Yoo!
Fragrant Herbal Salted Chicken Leg + Mee

Rupa-rupanya menu ni didatangkan sekali dengan cakoi dan air soya. Aku suka peha ayam kat sini sebab bau rempahnya yang harum tapi kalau orang yang tak suka aroma rempah mungkin takkan suka menu ni. Mee tu tawar sikit tapi rasanya seimbang bila makan dengan peha ayam yang sedikit masin. Portion makanan besar, kalau aku tak puasa memang rasanya tak dapat nak habiskan.


I Love Yoo!
Tau foo fa dan yoo tiao (cakoi)

Lepas makan mee tu, mula-mula rasa menyesal pulak order tau foo fa sebab dah kenyang. Tapi bila aku makan sesuap, eh sedap pulak tau foo fanya. Tau-tau dah habis! Bagi aku tau rasa foo fa ni mirip dengan tau foo fa Funny Mountain di Ipoh. Kalau rindu tau foo fa Ipoh boleh la order tau foo fa dari I Love Yoo!. Aku bagi 5 🌟 hehe.

Specialty kat sini ialah yoo tiao / cakoi, lembut dan tak berminyak. Sedap!

Petang pulak, bawak mak ke Kenanga Wholesale City (KWC) cari kasut untuk aktiviti riadah sebab mak kata kasut lama dah tak elok. Kebetulan kasut Khayla pun dah sempit jadi aku ambik kesempatan beli kasut Khayla jugak (nasib baik ingat saiz!). Sebenarnya mak cerewet sikit bab kasut jadi bila dia jumpa kasut yang dia berkenan kat KWC tu, rasa lega. Aku bayarkan kasut mak dan kasut Khayla - harga dua-dua pasang kasut tu bawah RM100. Sebab tu aku suka shopping kat KWC 😅.

Nota kaki: Minta maaf semalam aku memang tak sempat langsung jalan-jalan kat blog kawan-kawan. Insha Allah hari ni aku cuba cari masa ye.

36 comments:

  1. Semua makanan dipesan sedap.
    Alhamdulillah emak Carneyz jumpa kasut yang disukai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka menu di I Love Yoo! ni. Ayam herba situ memang sedap.

      Delete
  2. nampak sedappp....
    alhamdulillah semuanya ok, semoga terus sihat2 selalu yer..aamiin
    good morning di sini!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MA atas doanya 😘 semoga mak MA dan MA sekeluarga pun sihat2 selalu.

      Delete
  3. Nampak pun tahu sedap..
    Saya memang suka mee dan makanan bersup.. Kena dengan sambal, mables! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, rasanya kalau ada chilli oil lagi sedap.

      Delete
  4. lama tk mkn taufofaa...kalo dpt yg sejuk222 lg yummmyyy

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah result mak Carneyz OK.

    Cakoi lembut tak berminyak, menarik tu. Akak tak suka makan cakoi sebab biasanya berminyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga tak berulang lagi episod kanser dalam hidup mak 🤲🏻
      Cakoi kat I Love Yoo! setakat ni yang saya pesan tak berminyak 👍🏻

      Delete
  6. kita suka tau fu faa 'cicah' gula melaka hehehe

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap makanannya. Kak Sue pun suka tau fu faa, sesekali beli juga kat pasar malam sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya saya takde la minat sangat pun dgn tau foo fa tapi bila dah makan yg adik beli di Ipoh terus teringat2. Setiap kali jumpa tau foo fa di pasar malam saya beli jugak tapi rasanya tak sama dgn tau foo fa Ipoh. Bila jumpa tau foo fa seakan2 tau foo fa di Ipoh kat I Love Yoo! rasa happy sbb kalau teringat yg di Ipoh tu, boleh order kat I Love Yoo! je hehe.

      Delete
  8. terliur mee tuuu, i memang suka apa2 food yg berasaskan noodle laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap mee ni tapi kalau ada chilli oil mesti lagi umphh 😁

      Delete
  9. Nampak sedap makanan tu! Terlajak IF ek 😂 Kalau saya, dah menggigil gigil kelaparan...

    Alhamdulillah, mak takda kanser... Semoga terus sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak menggigil lapar sbb puasa dari malam sebelumnya jadi paras gula masih stabil hehe.

      Delete
  10. Alhamdulillah mudah-mudahan ibu sis sentiasa sihat & dijauhkan dari segala penyakit berat 🤲
    Nx time nak ikut gi KWC haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ 💕
      Haa... next time nak gi KWC boleh la ajak PH ni hehe.

      Delete
  11. wah! Enak bangat makanan di sana ye. Yummy....

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah... ok dh mak ktk... jaga jak mkn mudahan nya terus sihat lepas tok... kmk nangga jak i love yoo tok tp lom pernah gik try beli cakoi sia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nak I Love Yoo! di Sarawak? Kamek ingat dolok ada sidak bukak di Bintulu tapi lekak ya tutup. Nyaman cakoi sitok, tapi di sitok sik cicah dgn sos cili cair kedak di sinun, sitok cicah dgn kaya hehe.

      Delete
  13. Kat KL Sentral pun ada I Love You...SAa suka makan Mee Kantin and add on ayama nai gak..sedap!!!Semoga Mak terus sihat sepenuhnya..syooohhhh cancer..jangan datang2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee kantin pun macam sedap. Next time mak datang follow up kat hospital nak try mee kantin la pulak haha.

      Delete
  14. Alhamdulillah, semoga mak kitak sentiasa sihat hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ 🤲🏻

      Delete
  15. Syukur Alhamdulillah. Semoga mak Carneyz sentiasa sihat.
    Sedap pula tengok peha ayam tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, lembut isinya ada bau herba yg sedap 😋

      Delete
  16. Saya pun intermitten fasting kak, memang LBH gampang diet ini kan, tak payah hitung kalori 😂. Tinggal konsisten ikut waktu puasa tuh. Dan saya terkadang pun suka lewat waktunya. Tau2 jam 1 atau 2 siang baru makan 😅

    Tau foo ga dan cakoi nya saya sukaaaa 😍😍. Di sini disebut kembang tahu dan cakwe. Dan tak banyak yg jual tau foo fa itu, dan jadi makanan langka kalo di JKT 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, senang buat IF. Dah sampai waktu makan kita makan hihi. Biasanya kalau dah lama buat IF automatik terus kurang kalori sebab perut dah mengecil, jadi makan pun tak banyak. Macam saya hari tu makan berat usai puasa, jadi petangnya makan salad aje sebelum mula puasa balik sebab dah kenyang makan berat siangnya.
      Baru tau di sana tau foo fa disebut kembang tahu. Cakoi nya lebih kurang cuma beza ejaan sikit.

      Delete
  17. Teringin pula nak makan mee jenis besar-besar ni. Apakah jenisnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kurang pasti pulak. Rasanya dipanggil flat noodle.

      Delete
  18. tahu kewujudan resto/kafe ni tp x penah nak singgah... tp napak mi dlm gmbr 1st tu...rs nak try laa pula... lg pun caw i love yoo ni pun dah byk kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dah lama. Saya dulu pun tak berminat sangat nak singgah kat I Love Yoo padahal kat Sarawak pun ada jugak. Tapi sejak bawak mak ke hospital dan selalu singgah makan kat sini terus tersuka.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .