Minggu lepas malam minggu aku dengan Suami Terchenta pergi keluar makan berdua di Kampung Baru. Anak-anak taknak ikut jadi order pizza untuk dieorang berdua makan sebelum kiteorang keluar.
Restoran yang kiteorang nak pergi ni namanya D'lala Seafood. Percaya tak kali terakhir kiteorang makan kat sini ialah sebelum kiteorang kawen?
Aku tak tau kenapa lepas tu aku boleh terlupa kewujudan restoran ni padahal makanan kat sini sedap. Tapi satu hari ni masa kiteorang balik dari Pasar Chow Kit lalu la jalan ni dan aku terpandang kedai makan ni. Terus memori tu menerpa balik dalam kepala otak hahaha!
Restoran D'Lala Seafood @ Kampung Baru |
Kiteorang pesan tomyam ayam, sayur kailan ikan masin, kerabu mangga dan kerang bakar. Teringat bulan Disember tahun lepas sepupu aku tanya kat mana nak cari restoran yang ada menu kerang bakar. Lepas ni boleh la aku rekemen restoran D'Lala ni.
Antara menu yang kiteorang pesan. Suami Terchenta jugak pesan bingsu mangga untuk dikongsi |
Hidangan makan malam kami. Sambal belacan tu memang dieorang akan hantar dengan setiap pesanan. |
Servis dan makanan kat restoran ni masih lagi macam dulu - cepat dan sedap. Kiteorang suka sangat kuah tomyam tu, cukup pekat, masam manis pedas semuanya. Tak terlalu pedas memang sesuai dengan selera aku. Tomyamnya masih lagi sesedap 17 tahun lepas masa kiteorang mula-mula mencuba restoran ni!
Sos cicah kerang bakar tu pun sedap yakmat. Sayangnya ada kerang yang tak segar, masa kerang sampai kat meja aku dah terhidu bau busuk. Yang tak best, termakan yang busuk pulak tu! Nasib baik ada kuah tomyam untuk hilangkan rasa dan bau kerang busuk tu. Tak boleh nak salahkan kedai jugak sebab mungkin kat pasar lagi dah dapat kerang busuk tu tapi memang tak best bila tengah sedap-sedap makan tetiba termakan benda busuk. Hmm.
sama pesen juak dgn anak² kmk susah nk embak jalan.. mun nk keluar terpaksa berupah aih.. hahaha... pastok boleh la dating sitok agik... mcm best jak nengar kerang bakar ya walaupun ada yg burokkk... kch tok nang jarang nemu menu kerang bakar... takut tertemu kerang burok alu jaik juak alu muka kelak spoil mood olehnya
ReplyDeleteSitok pun sik semua kedei makan ada hidang kerang bakar ya lah bila nemu lalu order la kmk org. Nyaman sos cicahnya ya.
DeleteHehe macam mana boleh terlupa tempat makan sedap?
ReplyDeleteNasib baik masih sedap seperti dahulu. Susah hendak konsisten sedap sebenarnya.
Itulah, puas jugak fikir macamana boleh lupa tempat makan sedap hehe. Nasib baik masih sedap macam dulu.
DeleteSukanya saya dengan bingsu mangga tu.
ReplyDeleteAlalaaaa.... ada terselit kerang busuklah pulak!
Tengok gambar kerabu mangga tu teringat pulak somtam!
Sedap kerabu mangganya Kak Amie. Tapi sebab saya ni kan ada gastrik, jadi makan sikit2 buat rasa2 je sbb dah makan tomyam.
DeletePehhh.. 17 tahun lepas tu.. mujur masakannya masih sedap, kan. Kerang tu nasib dibakar, jika direbus, habis kesemuanya jangkit busuk tu.
ReplyDeleteBetul jugak kan. Masa sampai tu mmg terhidu dah bau busuk tu. Siap cakap dgn suami kenapa busuk sgt ada kucing berak ke dekat meja ni hahaha! Rupa2nya dari kerang busuk tu 🤮
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteTerima kasih 😊
Deletepernh mkn sini 2015 celebrates anniversary parent....oh skarang dh ada bingsu...tk komplen ke psl kerang tu dh berbau
ReplyDeleteada komplen. tu la tak boleh salahkan restoran jugak sbb dieorg beli kat pasar mungkin tak perasan ada kerang yg busuk jugak.
Deletekat belakang tu kan, kalu g chow kit parking lalu situ nmpk seafood ni tp tak penah singgah
ReplyDeletewaktu malam ramai jugak org yg makan kat sini. Ramai parking tepi jalan tapi risiko dapat saman sebab menghalang lalulintas.
DeleteCarneyz dapat kerang busuk..SA baru ni makan kat Lomak Salai dapat kerang sepiring x fresh..macam kerang dari dalam freezer yang dha disimpan lama..isi mengecut...dah la mahal..nanti SA update next entry
ReplyDeletedah baca tadi SA. buat spoil mood makan je kan.
DeleteCantiknya hijau kailan tu! Nampak segar!
ReplyDeleteYe Uncle, sayur kailannya tu segar.
DeleteAla, tadi SA makan kerang pun failed juga... Kitorg pun hari tu terkena juga kerang rebus busuk :(
ReplyDeleteTapi, memang nampak sedap semua tu.
Sbb tu asben saya kureng sikit nak order kerang ni sbb takut sakit perut dapat kerang busuk. Tapi saya suka kerang huhu...
DeleteUniknya makan kat kedai tomyam gini ada bingsu. Nampak sedap2 hidangan yang diorder tu.
ReplyDeleteMemang sedap hidangan tu, walaupun spoil sikit sbb ada kerang busuk hehe
Deletealaaa baru nak ckp besh ada kerang bakar tgk2 busuk la plakkkk
ReplyDeleteMungkin nasib kiteorang hari tu je yg tak best. Tapi sos cicah kerang bakar tu sedap.
Deleteish diorg ni tak check betul2 ke kerang tu?
ReplyDeletesos cicah kerang tu sos cili hijau ya? lazim sos cili hijau ni jarang menghampakan... mana2 sy g kedai/gerai yg buat sos cili hijau ni mmg pedassedap...
Ye sos hijau tu. Memang sedap
Deletebagus kedai ni..boleh maintain rasa sedap selama 17 tahun...nanti try juga...
ReplyDeleteTomyam dia antara yang tersedap saya pernah makan 😄
Delete