Ni kisah masa keluarga adik lelaki aku datang ke KL awal bulan ni. Kebetulan adik ipar ada seminar di KL jadi alang-alang di KL, dieorang buat keputusan untuk bercuti pendek di KL. Adik aku dan anaknya yang berumur setahun menumpang di rumah kakak, tapi ada la dieorang singgah mandi di kolam renang kat rumah kiteorang.
Lepas adik ipar aku selesai seminar, kakak aku ajak kiteorang join makan-makan di restoran Jepun Mitasu di Bukit Bintang. Restoran ni adik bongsu aku yang perkenalkan sebab dia dan kawan-kawannya yang sama-sama belajar kat Jepun dulu pernah makan kat sini.
Mitasu Japanese Restaurant terletak di Wisma Chuang Bukit Bintang |
Konsep restoran ni ialah Japanese ala carte buffet. Harga untuk sekepala dalam RM81.40++ untuk dewasa dan RM43++ untuk kanak-kanak. Tapi alhamdulillah malam tu kakak aku bermurah hati belanja kiteorang. Semoga dimurahkan kakak yang pemurah dengan adik-adiknya 🥰.
Kakak aku yang pakai tudung merah duduk sebelah Khayla. Masih single lagi (ehem) |
Kalau korang peminat makanan Jepun, kat sini memang berbaloi sebab makanannya free flow dan sedap-sedap semuanya. Makanlah sampai kenyang sebab takde had masa untuk pesan makanan dalam menu buffet. Chef akan sediakan makanan bila pelanggan buat pesanan jadi makanannya freshly cooked.
Antara menu yang aku pesan dan my favourite (dari kiri atas ke bawah) - hotate mentaiyaki, sake chahan (nasi goreng salmon), aiskrim, wakame udon dan sashimi salmon dan butter fish |
Sashimi tu memang fresh giler, rasanya manis dan segar. Nak makan berpinggan-pinggan pun takpe sebab dah bayar harga buffet so makanlah sampai lebam hihi.
Untuk minuman pulak, ada pilihan air panas (kopi/teh/teh tarik), air sejuk (milo / air berkarbonat) dan teh hijau Jepun (panas & sejuk). Teh tariknya tu memang sedap yakmat sampai aku berkali-kali refill.
Stesen minuman dengan pelbagai pilihan minuman |
Aku rasa tempat ni memang sangat worth repeat untuk penggemar-penggemar makanan Jepun terutama sashimi. Nak solat pun senang, sebab ada surau dalam bangunan Wisma Chuang tu (in fact kiteorang berenti kejap solat Maghrib pastu sambung makan balik hehe).
Kalau ada yang tanya status halal restoran ni, jawapannya takde status halal sebab restoran ada menjual arak. Cuma adik aku dan kawan-kawan pernah tanya dan restoran ni bagitau bahan-bahan makanan diambil dari sumber yang halal, termasuk daging pun ada sijil halal. Bagi aku, konsepnya bila kita tanya dan diyakini halal, jadi takde isu nak makan kat situ. Of course lebih afdhal cari restoran milik orang Islam, tapi terpulang pada masing-masing ok ✌🏻.
Anak buah aku si HH ni asyik menangis je kalau orang lain pegang tapi bila hulur tangan untuk salam dia suka pulak |
mahalnyaaaa...kita tak mampu wak
ReplyDeletetunggu ada rezeki boleh cuba Ammi. Kiteorg pun kakak belanja hehe
DeleteTeh tarik pun ada? Wah , dah dilokalkan ni....
ReplyDeleteTeh tarik dia sedap saya bagi dua 👍🏻👍🏻
Deleteboleh try ni.. :D
ReplyDeletePeminat makanan Jepun ke? Memang worth sangat2 makan kat sini.
Deletei tak mkn mknn jepun ;) my boys suka sushi so kami selalu jugak mkn kat mana2 restoran sushi (yg ada tanda halal laaa ) sbb i fussy bab2 logo halal
ReplyDeleteHaa ok 👍🏻 terpulang masing2 sis, kalau was-was lebih baik tinggalkan.
DeleteNoted 😍😍!! Saya dan adik sukaaaaa sangat sashimi kak. Apalagi adik saya pernah kerja di Jepang 4 tahun. Jadi kalau ketemu restoran jepang, confirm kami berdua menggila 🤣.
ReplyDeleteTapi saya trauma dengan sashimi tuna. Itu saja saya tak bisa makan. Lainnya boleh. Soalnya pernah dapat yg rasanya tak fresh amis sangaaat. Saya sampai muntahkan lagi ke tisu. Sejak itu dengan tuna saya tak nak makan. Masih terbayang baunya 🤣🤣
Buat saya, kalau restoran tuh hanya setakat jual alkohol, saya tak kisah. Yang penting makanannya tak pakai arak, lard atau pork.
Ya, terpulang masing-masing kalau rasa was-was baik dihindari tapi jika yakin halal, teruskan. Kalau travel ke luar negara pun konsepnya begitu, kan Fanny? ☺️
Deletesy bukan penggemar makanan jepun. sy cuma makan takoyaki dgn okonomiyaki je hehehe tu pun sebab jumpa kat AEON hehehe
ReplyDeleteKalau makanan Korea anies suka tak? Saya pulak makanan Jepun boleh terima tapi makanan Korea tak gemar pulak.
Delete