Ahad lepas tiba-tiba datang mood rajin memasak. Kebetulan Zura nak datang dengan anak-anaknya sebab anak kedua Zura nak bermain dengan Khadeeja. Ikut plan asal, aku nak order daging salai cili api dekat Grab je untuk lunch kiteorang hari tu, tapi lepas balik dari pasar Chow Kit pagi tu timbul macam-macam idea nak memasak. So cancel plan, aku memasak untuk Zura and the kids. Lepas tu Whatsapp pulak si Nurul ajak dia join sekali. Laju je dia reply nakkkk, siap bawak dessert sekali.

Knowing Zura well, dia confirm rindu dengan masakan Sarawak. Jadi menu aku hari tu ialah sup kaki manok (ayam), ayam masak kicap style Sarawak dan cekur manis tumis telur. Zura sampai, dia tolong aku goreng ikan bawal kecil yang aku dah siap-siap lumur dengan serbuk kunyit dan garam. Khayla tanak nasi 4 cawan, ingatkan cukup tapi belum sempat aku duduk nasi dah habis. Nasib baik ada nasi malam semalam dalam peti sejuk.


Sembang hal kerja je dieorang ni sambil menjamu selera

By the time dah habis bersembang, licin semua lauk kecuali sup kaki ayam sebab aku memang masak lebih, nak habiskan kaki ayam dalam freezer. Suka tengok pinggan lauk semua licin, takde la penuh peti sejuk dengan baki lauk. 


Sesekali makan di rumah pun seronok jugak. Next agenda, kiteorang plan nak JJCM di Ipoh. Tengok la jadi ke tak plan tu 🤭 

32 comments:

  1. nang best lepak² di umah nk ooo... x abis cerita bah... pegi ipoh makei ets kah gine plan tek? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sik tauk la haha. Mun pegi time cuti sekolah mesti penuh ETS.

      Delete
  2. Yalah bestnya bila ada orang datang umah. Nyaman menjamu sidak makan. Lepak².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, suk ati nanggar lauk semua licin dimakan tetamu.

      Delete
  3. hahahhaa last minit plan nak memasak mmg kdg2 menjadi aje :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kalau plan betul2 selalu tak menjadi 😜

      Delete
  4. sedapnya kalau dapat meratah sup kaki ayam tu...

    ReplyDelete
  5. Lebih puas hati sebenarnya bila dapat jamu tetamu dengan air tangan sendiri. Cuma kadang rasa tak larat, tak dapat masak macam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada mood rajin baru seronok masak macam2. Tapi kalau tak rajin, rasa terpaksa tu yg tak larat hehe.

      Delete
  6. masak sdiri lg puas mkn kan tp tula penat skit je la

    ReplyDelete
  7. best nya masak2 makan2 sambil nyembang2 dgn kwn2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ada rezeki menjamu kawan2 makan.

      Delete
  8. terasa puas sangat bila apa yg kita masak semua habis tetamu makan hehe

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Paling best makan2 sama2 dgn BFF. Semua jenis takde segan2 tambah lauk 2-3x hehe

      Delete
  10. Bestnya dapat luangkan masa lunch bersama bff.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ada rezeki dapat jamu dieorg makan2 di rumah 😊

      Delete
  11. Senang ya kalau teman"datang dan menikmati hidangan kita sampai habis, rasanya gak sia"masak di dapur 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, rasa berbaloi masak2 bila lauknya semua licin 😊

      Delete
  12. Harap2 nanti akan datang Sa bleh ajak kawan2 blogger daang makan kat rumah...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, SA selalu masak sedap2 teringin gak nak rasa air tangan SA hehehe

      Delete
  13. kadang kadang masak ketika last minute dia lagi sedap dan padu haha..
    penangan adrenalin

    ReplyDelete
  14. Masakan last minute pun the best..Kira hebat tu...hahaa..Macam teringin rasa menu Ayam tuhh..Nak cariklah kat kedai warga Sarawak dalam JB nih..

    Moga menjadi plan nak gi Ipoh tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam masak kicap tu ke? Simple sangat Nona. Masakan Sarawak biasanya ringkas je.

      Delete
  15. Kalo jago memasak, memang lebih best masak ja kat rumah ya kak 👍. Lebih sedap pastinya. Dan memang lah, kalo lauk habis, tak pusing simpan sisa nya di kulkas 😁.

    Asyiknya nak ke ipoh. Saya pun plan nak kesana dengan Fara, tapi ntahlah kapan bakal jadi 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya tak suka simpan lauk lebih dalam peti sejuk nanti lama2 ke tong sampah jugak pengakhirannya 😅.

      Fanny, selepas Pulau Pinang, Ipoh ialah destinasi jalan2 cari makan (JJCM) ke-2 paling popular kat sini. Kalau Fanny ke Ipoh dengan Farah bagitau je. Nanti nak join sekali haha

      Delete
  16. mana tak licin?
    ni kompem sambil makan sambil bersembang...tu yg habis 'tanpa sedar' heheeh

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .