Kredit foto: https://www.morningpic.com/

Salam Isnin buat kawan-kawan blogger semua!

Dah seminggu blog ni tak ber update. Bila my mom di KL, tak sempat nak update blog sebab busy layan my mom. Teman my mom pergi ke hospital dua kali, selebihnya dia datang lepak di rumah (sebab my sisters dua-dua bekerja) atau kiteorang keluar makan. Sebelum mak balik semalam, kiteorang pujuk mak extend duduk di KL tapi biasalah orang tua, asyik teringat rumah, pokok, kucing kat kampung. Mana maunya my mom extend duduk di KL 😅.

Apapun, she's back in Bintulu now so life goes on. Minggu ni banyak nak kena catch up dengan happenings minggu lepas. Dalam masa seminggu, macam-macam benda berlaku kan. Takziah diucapkan buat ahli keluarga mangsa pesawat terhempas di Elmina. Seriau rasanya sebab banyak betul kes kapal terbang terhempas lately

Kepada rakan-rakan blogger, happy Monday semua. Jangan stress-stress ye. Kejap lagi sis datang melawat blog korang.

26 comments:

  1. bestnya mak datang rumah. Mak saya sejak guna kerusi roda, takmo pergi mana mana dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah my mom lepas dah sihat dari kanser makin bertenaga & rajin jalan-jalan.

      Delete
  2. Alhamdulilah
    bahagia yg masih ada mak
    ciknur hanya blh kenang dlm. ingatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayu pulak saya baca komen ciknur ni. Tu la selagi mak masih ada memang nak spend time puas-puas dengan mak.

      Delete
  3. Sesekali mak datang memang focus kat mak la kan Carneyz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SA, dia pun datang 2x setahun, 2 minggu sekali datang. Kalau fikir2 balik, spend time dgn mak cuma 5 minggu dalam 52 minggu setahun. Tu yg bila mak datang mmg tak fikir dah nak update blog ke apa 😆

      Delete
  4. Patutlah macam dah lama tak nampak Carneyz!

    ReplyDelete
  5. patut sunyi jak minggu lepas paduhal gik melayan queen.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, mak agik cakah yalah embaknya raon2 jak. Balit dah lelah x terfikir dah mok update blog hehe

      Delete
  6. Alhamdulillah, everything went well for you.
    Baru teringat nak PM, sebab lama tak bersiaran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, terharunya sampai nak pm tanya keadaan kita 🥰 Alhamdulillah semua baik2 je.

      Delete
  7. happy monday!!! biasa la tu, ada masa busy memang slow down la kan.. moga yg baik2 saja hendaknya ye..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu MA. Luangkan masa dgn mak sbb mak sekejap je kat sini huhu

      Delete
  8. Hairtu nak tanya gak dalam group tapi lupa hahaha.. rupe MakYeng datang KL yaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tapi dah balik. Sebab tu baru ada masa nak update blog hehe

      Delete
  9. Alhamdulilah berbaktilah pada ibu selagi masih ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Selagi mak ada, selagi tu nak luangkan masa dgn mak 🥰

      Delete
  10. morning!!! MZ tak bukak lappy semlm sbb full day attend course

    ReplyDelete
  11. that's okey. bukan selalu kan mak turun KL...

    salam hari rabu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, dia datang pun duduk 2 minggu je sobbsss

      Delete
  12. Saya sediiiih sangat baca berita pesawat yg jatuh baru2 ini di sana. Karena di Indonesia pun beritanya sampai. Tak terbayang keluarga yg ditinggalkan, juga para korban di detik2 trakhir itu 😭. Terkadang, berita ttg musibah pesawat ini bikin saya takut utk terbang lagi kak. Tapi passion saya memang traveling. Jadi kalo tak nak naik pesawat, naik apa lagi 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada terbaca seorang lelaki di Netherlands ni mengembara seluruh dunia tapi tak pernah terbang dengan pesawat, maksudnya dia cuma pilih pengangkutan darat / air. Tapi nak kena ambik cuti sebulan kalau macam tu, bayangkan ke Eropah naik kapal je dah 2-3 minggu kot 😂

      Delete
  13. Seronok sis dapat layan mak.. Semoga mak sis sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..
    Happy Wednesday sis..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .