Salam Ogos semua,
Dah masuk bulan baru, harapnya bulan ni ada peningkatan prestasi untuk Google Adsense yang agak merudum sejak kebelakangan ni. Tak pasti la dapat ke tak capai sasaran untuk tahun ni. Huhu...
Malas nak fikir pasal ni, nak cerita pasal aktiviti hujung minggu lepas. Dah lama tak keluar dengan geng makan aku ni, jadi bila Nurul ajak keluar makan aku pun cadangkan kiteorang mencuba restoran Botanica+Co di Bamboo Hills.
Kali ni masing-masing nak ada tema baju pulak. Amboi, over sangat. Memandangkan filem Barbie tengah hangat sekarang ni, semua setuju pakai baju warna pink. Jumaat tu aku terpaksa (terpaksa la sangat!) shopping baju baru sebab dalam banyak-banyak warna baju, aku takde baju pink ok. Bila dah shopping baju, ter shopping sekali tudung Bokitta sebab berkenan dengan coraknya 😜. Kemain lagi ko Carneyz...
Makan kat sini pulak |
Masalahnya, papan tanda nak exit ke sini kecik sampai terlepas pandang. Nak elak terlepas pandang, better korang ambik lorong paling kiri dekat plaza tol Batu. Seelok-eloknya guna Waze kalau first time ke sini.
Bila masuk ke restoran ni, aku kagum dengan design restoran ni yang banyak menggunakan elemen semulajadi seperti natural lighting, natural colour palettes, material kayu dan greeneries. Hasilnya nampak eksklusif.
Sukanya sebab restoran nampak luas, terang dan redup sebab ada pokok-pokok hiasan at the same time |
Ambik gambar kat sini memang cun sebab lighting semulajadi |
Tempat lawa mesti la makan sedap kan? Sayangnya, makanan yang aku order bagi aku agak mengecewakan dari segi rasa. Tapi dari segi food presentation, memang A+ la.
Makanan yang aku pesan - baked eastern marinated Norwegian salmon dihidangkan dengan quinoa, couscous dan sautéed baby bok choy (RM52) |
Aku dengan Zura sama-sama pesan menu salmon ni. Kiteorang berdua setuju yang salmon ni sepatutnya digoreng atas kuali sampai kulitnya rangup (crispy) barulah sesuai dengan quinoa dan couscous yang lembik tu.
Nurul pulak order pasta dengan sos berasaskan tomato tapi aku tak ingat nama menu tu. Aku rasa sedap lagi pasta yang aku buat. Azie pesan wagyu beef burger dan Zaira pesan spaghetti alla gricia. Dua-dua ni aku tak rasa so tak pasti sedap ke tak.
Spaghetti alla gricia (RM38) |
Rosmarino ale soda (RM19) - nasib baik minumannya sedap |
Satu lagi yang kiteorang perhatikan, walaupun tempat ni nampak eksklusif tapi ada lalat dalam restoran yang sungguh mengganggu perhatian kiteorang yang tengah berborak-borak. Sepatutnya restoran bertaraf eksklusif macam ni kena la proaktif pastikan takde lalat dalam restoran.
Sebelum balik, macam biasa tangkap gambar dulu 🤭:
Tema Barbie untuk girlfriends outing kali ni hehe |
Geng tudung Bokitta |
Posing kat luar restoran pulak |
Keseluruhannya tempat lawa, makanan beshe-beshe je. Lain kali try restoran lain pulak kat Bamboo Hills ni.
Kalau korang nak try makanan kat Botanica+Co hujung minggu ni, aku sarankan korang buat tempahan meja dulu sebelum datang sini. Memandangkan ramai pengunjung yang datang weekend, restoran akan bagi slot masa 2 jam je untuk setiap tempahan. Tempahan boleh dibuat di laman web Botanica+Co. Dah cuba, jangan lupa buat review tau.
Boleh tahan harganya ye...ialah, tempat exclusive kan... Tp tempat lawa 👍
ReplyDeleteGeng Barbie pun lawa² aih :)
Harga standard restoran hipster ni PH. Tapi restoran ada 🪰 🤭
DeleteGeng Barbie tu perasan lawa je hahaha!
Tidak suka kalau tempat makanan kurang sedap.
ReplyDeleteTambah lagi harga pulak kayangan. Memang tak rasa nak pergi sini lagi.
DeleteCantik kan Bamboo Hills...tempat dah best, makanan pulak kureng sedap...geng OOTD pinky ladies..
ReplyDeleteCantik, memang sesuai tempat ni utk ber OOTD
DeleteSporting girlfriend semua bertema pink barbie ;-)
ReplyDeleteHaish! presentation tak seiring dengan rasa dah tu pricey pulak haruslah kita kecewa kan huhuhuuu...
Tapi nice port untuk bergambar
Penat jugak nak bertema2 bagai ni... penat poket 🤣
DeleteYe kecewa jugak rasanya sebab expectations bila ke tempat macam ni makanan pun sedap2 setaraf restoran 5 bintang.
Bamboo Hills ni siyes lawa. Lain kali nak datang sini ambik gambar byk2. Hari tu tak sempat pulak sbb tumpang kawan balik & dia pulak nak cepat.
ada gak cadang nak food hunt ke Bamboo Hills ni, thanks review restoran ni, kena tolak awal-awal la rating menu yang mengecewakan pada harga kayangan kan.. nanti kak ana try venue lain kat sini pula hehe :)
ReplyDeleteAah Kak Ana cuba restoran lain lepas tu buat review jugak ye 😉
DeleteAmbik gambar kat sini lawanya....tema tu pun cantik. hehe....
ReplyDeleteMemang tempat ni sesuai utk org2 yg suka ber OOTD
Deletecantik tempatnya.. tema barbie lagi..nice!
ReplyDeleteMemang cantik MA. Weekend ramai yg datang ke sini.
DeleteTakkan girlfriends je? Boipren? Ini diskriminasi! hhehe
ReplyDeleteBoipren kena jaga anak hahaha!
Deleteoh parking kena byr online plak..bkn free ye sbb mcm besar tgk bamboo hill..slalu tgk bamboo hill ni dr laluan duke ari2 blk kj
ReplyDeleteAah, dekat tempat parking ada dieorg pampang besar2 QR code utk bayar parking. Parking jenis ticket-less, bila lalu kat boom gate tu ada scanner scan nombor plet kereta.
DeleteKacak tempatnya... eksklusif.. best k lepak ajaklah gia mun mknnnya x seberapa... x juak trs nangga barbie tek? hehe
ReplyDeleteNang kacak, sesuai lepak2 dgn girlfriends hehe. Sik, sbb masing2 ada plan lain lekak lunch ya.
DeleteKemain tema Barbie ya 😁
ReplyDeleteTerus terfikir, akak pun macam tak ada baju pink. Ni kalau ada tema pink, kena shopping gak macam Carneyz 🤭
Pengaruh filem Barbie tu Kak Ujie hehe. Tu la, terpaksa la jadi sporting cari baju pink jugak 😂
DeleteCantiiiik, bisa kompakan semua pakai pink yaaaa 😄👍. Saya pun kalo dipikir, mungkin tak ada baju pink. Bukan warna fav saya juga. Bisa pakai, tapi kalo ada warna lain, saya pilih yg lain 😄
ReplyDeleteNaah, terkadang resto cantik dan kliatan mahal, tapi rasa hanya so so.. banyak yg macam ini. Serasa rugi nak bayar 🤣
Saya tak confident pakai warna pink sbb nampak gelap dalam gambar. Tapi sebab teman2 yang lain dah vote pakai warna pink, saya pun cari jugak baju pink sesuai tema hehe.
DeleteItulah, rasa rugi jugak bila makanan tak menepati citarasa.
i dh few times pegi bamboo hill utk posing2 snap pic then lepak2 starbucks...anyway, if i may ask, restoran botanicaco u ada tanda halal jakim tak?if ada, bolehlah i try lps ni hehhe
ReplyDeleteBotanica+Co takde tanda halal JAKIM sebab ada hidang arak di premis dieorg tapi based on portal HHWT, bahan mentah daging dan bahan masakan yg lain diambil dari sumber yang halal:
Deletehttps://www.havehalalwilltravel.com/ramadan-set-meals-in-kl
adehhhh lalat ni buat spoil laa... memang tak ada perangkap lalat ya kat dlm restoran tu?
ReplyDeleteamboiiii pink pink Barbie ni... mana Ken nya? hahaha
Takde, kiteorang kipas guna tangan je utk halau lalat 😆
DeleteKen memasing tinggal kat rumah jaga anak hahaha!
Tempat exclusive makanan plak out ye..takpe la..nanti dating lagi cari tempat lain plak ye...yg paling penting sesi bergambar mantop
ReplyDeleteLepas nikah boleh ajak En. Suami ke sini pulak ye 😉 suasananya memang romantis sesuai utk acara dating dgn asben hehe
Delete