Tular baru-baru ni DBKL dah wujudkan zon khas untuk motosikal berhenti di lampu isyarat. Mana-mana kenderaan yang didapati gagal mematuhi zon khas ni (sama ada kereta berhenti di zon ni atau motosikal berhenti melebihi had zon) akan disaman.


zon khas motosikal lampu trafik
Zon khas motosikal di lampu isyarat (Sumber foto: Motomelaya.net)

Alkisahnya, semalam setengah jam lepas keluar rumah, Suami Terchenta balik semula dalam keadaan kalut. Rupa-rupanya dia tertinggal h/p kat rumah. Dah sampai ofis baru perasan h/p takde. Memandangkan dah lambat, aku tanya kenapa tak kerja dari rumah je? Dia jawab kena masuk ofis jugak 😑. Hmm. Sabor je la...

Malam tu balik dari ofis, Suami Terchenta mengadu yang dia kena saman polis. Kesalahan? Berhenti di luar petak zon di lampu isyarat. Dia kalut sangat nak sampai ofis sebab boss dah banyak kali call. Tak pasal-pasal kena saman dan makin lewat ke ofis huhu...


saman trafik
Kena saman!

Dekat kertas saman ni tak tulis pulak berapa jumlah samannya. Kena check online baru dapat tengok total damage. Lepas semak di portal MyBayarSaman, jumlah saman ialah sebanyak RM100 😢. Pengajaran yang agak mahal gara-gara tak berhenti di zon yang ditetapkan.

Cara-cara check saman dan bayar saman polis online melalui portal MyBayarSaman:

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih

mybayarsaman
Alhamdulillah dah semak dan tiada saman untuk aku

Berita baik untuk penduduk Selangor sekitar Shah Alam - sempena bulan kemerdekaan PDRM akan membuka kaunter bayaran saman yang menawarkan pengurangan 50% untuk saman terpilih di Karnival PDRM Selangor Merdeka Ride 2023 bertempat di Stadium Shah Alam pada Sabtu 26 Ogos 2023, 8 pagi hingga 4 petang. Maklumat lanjut, boleh rujuk pada poster di bawah.




Nota kaki: Pandu kenderaan di jalan raya dengan berhemah, jangan sampai kena naik mahkamah!

24 comments:

  1. Zon khas motor ni baru lagi kan, mungkin boleh buat surat rayuan pengurangan kadar saman.

    Sebelum ni akak nampak petak khas gini masa ke Medan, lebih luas petaknya sesuai dengan kepadatan penduduk sana. Memang elok ada di bandar besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Ujie, baru lagi. Suami malas nak panjang2 kan, dia dah bayar malam tadi kak.

      Delete
  2. Dania pun kena saman masa jemput mama baik kerja..x tau la berapa kena saman tu..polis trafik yang saman..bab ni la yang kita nak elak tapi terjadi jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dania kena saman sebab apa SA? Tu la, terpaksa terima sebab dah tau salah sendiri.

      Delete
  3. Hari tu masa balik pahang pun kena sama kat NS. no let kecik. Polis johor relax je...first time kena saman nombor plate padahal dah 9 tahun guna kereta tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke. Padahal dah 9 tahun guna no plet tu.

      Delete
  4. Saman JPJ dah settel. Nak kena check kalau ada saman Polis Traffic pulak. Harap2 x ada la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman JPJ kena naik mahkamah kan? Baik check sebelum renew road tax.

      Delete
  5. mahalnya saman ... scary plak nak drive dlm KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal kan? 😢 RM100 tu kalau pergi pasar Chow Kit boleh beli macam2. Takpelah, jadi pengajaran jangan langgar zon motor.

      Delete
  6. Takpelah ... itu pun kira menambah pendapatan negara... Syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapatan negara bertambah, pendapatan rakyat berkurang 🤪

      Delete
  7. Nampak besar juga petaknya ya. Bila berhenti tak boleh guna phone tu payah juga sebab kadang memang guna phone pun. Sekadar nak check whatsapp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb motor banyak kot, sbb tu petak kena besar hehe. Betul, kadang2 gatal tangan nak check whatsapp tapi takut kena saman melayang duit huhu

      Delete
  8. Memang kena check sebab nanti nak renew roadtax jadi sangkut semuanya..

    ReplyDelete
  9. Jadi pelajaran yaa buat kita...di sini pun begitu...biasanya ada pantauan dari cctv..tau"kita dapat surat tilang di pos kan ke rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saman yg sampai ke pos tu sebab memandu kereta melebihi had laju dan terkena dengan kamera perangkap laju.

      Delete
  10. kereta termasuk ruang motor ni pun kena saman juga kan... jd seriau pulak kalau terduduk kat barisan dpn kat simpang trafik light hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kereta masuk zon ni kena saman. Motor keluar dari zon pun kena saman huhu

      Delete
  11. Di jakarta pun ada beberapa ruas jalan yg memang tak boleh berhenti di luar batasnya. Terkadang langsung kena denda.

    Di sini kalau sudah hari kemerdekaan, juga banyak diskon untuk denda terlewat seperti ini kak 😁. Malah kadang ada diskon untuk penambahan kuota listrik dll. Jadi memang dimanfaatkan betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama undang2 Jakarta dan KL ye. Diskaun saman ni bukan je hari kemerdekaan, hari raya pun ada jugak 🤭

      Delete
  12. Replies
    1. Mampu berhuhu je la dgr cerita asben kena saman...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .