Tahun 2004 selepas aku menamatkan pengajian uni, aku dapat tawaran kerja sebagai Management Trainee di Senai Airport. Semasa hari lapor diri, aku berkenalan dengan 3 orang fresh grad - seorang gadis Melayu dan seorang gadis Cina. Mereka berdua ialah graduan MMU. Oh ya, dan seorang jejaka graduan dari universiti di Amerika. Bermula dari hari lapor diri tu, kiteorang terus jadi geng rapat. Masing-masing ada karakter berbeza - Fazrul seorang yang cool (lelaki mestilah cool kan?), Aini seorang yang kelakar dan selalu menceriakan suasana, Jen seorang minah kalut dan aku pulak kuat membebel (terserlah sifat mak-mak dari dulu lagi hehe).

Dalam 24 jam sehari, rasanya 18 jam tu kiteorang habiskan masa bersama-sama. Habis waktu kerja, kiteorang akan lepak di kedai makan bersama-sama. Lunch hour pun makan sama-sama, hujung minggu tengok movie dan main bowling sama-sama... Oleh sebab terlalu banyak menghabiskan masa bersama, sudahnya 2 orang member aku tu (Aini dan Fazrul) pun berjodoh dengan each other. Yang kelakarnya tu, aku dengan Jen tak perasan pun dieorang tengah bercinta, pandai betul dieorang menyorok keluar dating berdua belakang kiteorang 😆. Sekarang dah ada 2 orang anak dan menetap di UK.

Awal-awal penulisan blog ni, aku banyak bercerita tentang kiteorang berempat yang aku gelarkan The Fab 4. Bila ada geng rapat kat ofis, kerja stress pun jadi tak stress betul tak? Apa yang buatkan kiteorang serasi ialah bila bab kerja, kiteorang serius dan selalu berkongsi idea. Pernah satu masa ni kiteorang dapat assignment mengejut untuk present dekat Ketua Pengarah Johor Tourism Centre (JOTIC) esok paginya. Nak tak nak terpaksa stay back kat ofis sampai 4 pagi nak siapkan presentation pack. 


Fab 4 - 19 tahun lepas. Mata kuyu sebab bersengkang mata siapkan presentation untuk esok pagi 😅

Sejak kiteorang bawak haluan masing-masing (Aini dan Fazrul ke UK, Jen dan aku pun tukar kerja dan pindah ke KL) hubungan kiteorang kekal rapat dan terus berhubung melalui email dan Whatsapp. Tahap maintain kamceng tu sampai pregnant anak sulung pun sama-sama! 😂


Anak sulung kiteorang beza bulan je - anak Jen lahir Ogos 2010, Khayla lahir Disember 2010 dan anak Aini lahir Januari 2011

Masa pandemik kiteorang buat video call minum petang sama-sama!

Baru-baru ni Aini balik ke Malaysia. Kesempatan ni kiteorang ambik peluang berjumpa di Restoran Pelita Jalan Ampang. Bila bertentang mata, rasa macam baru semalam kiteorang berpisah. Masih boleh rancak bersembang macam hari-hari lepak sama-sama. Masih boleh ketawa mengilai-ngilai macam dulu! 😂 2 jam tu rasa macam 2 minit je, masing-masing rasa tak puas bersembang.


Masih kamceng macam 19 tahun dulu

Mula-mula tu Fazrul segan nak join sekali di Pelita (dari dulu dia paling pendiam antara kiteorang tapi bila ajak ke mana-mana dia sporting je jadi driver kiteorang hehe). Tapi rezeki aku dan Jen akhirnya dapat jumpa jugak Fazrul sebab Aini terlupa bawak buah tangan yang dia beli kat UK untuk aku dan Jen jadi dia ajak kiteorang singgah ke hotel. End up dapat jugak ambik gambar reunion Fab4 19 tahun kemudian!


Fab 4 - 19 tahun kemudian

Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan kawan-kawan yang baik di tempat kerja dan sampai sekarang masih lagi rapat macam dulu. Sekarang, keluarga kiteorang pun berkawan rapat. Suami Jen la yang rekemenkan Suami Terchenta di tempat dia bekerja sekarang ni 😊. 


Dari emak sampai la ke anak-anak berkawan 🤭

Semoga persahabatan kami kekal sampai bila-bila. 💕

14 comments:

  1. Replies
    1. Best sangat MZ. Rindu betul nak berkumpul dgn dieorg ni sebab dah lama tak jumpa.

      Delete
  2. Alhamdulillah dapat spend time sama2. Dapat lepaskan rindu. Tumpang seronok.

    ReplyDelete
  3. Persahabatan yang indah..kalau sahabat saya sudah menyebar dan hilang komunikasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih lagi kontak dengan kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan di tempat kerja. Cuma kawan2 di universiti je yang sudah jarang dihubungi.

      Delete
  4. alhamdulillah..rezeki jugak ni dpt kawan2 yg baik & ngam mcm ni..moga persahabatan kekal selamanya..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete
  5. Bestnya kumpul macam tu. Anak pun bergeng juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, berkawan sampai suami dan anak2 pun jadi kawan2 jugak 🥰

      Delete
  6. Yg berubah hanya yg laki2. Yg wanita, tak banyak perubahan dari segi wajah 😄👍.

    Aamiiin, semoga kalian tetap jadi sahabat kompak sampai bila-bila kak.baca cerita kakak, serasa bercermin soalnya. Jadi ingat pas awal diterima kerja di HSBC, yg diterima hanya 6 orang, termasuklah saya dan husband 😄. Pada akhirnya kami masih dekat sampai sekarang walaupun semuanya dah keluar dari HSBC 😅. Saya pula menikah dengan suami, kami memang kenalnya dari awal training di HSBC itu 😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, lebih kurang sama je dengan perjalanan persahabatan kami, cuma kami berempat dan Fanny dan kawan-kawan pulak berenam. Semoga persahabatan Fanny jugak kekal sampai bila2 🤲🏻 🥰

      Delete
  7. lamanyaaaa sampai 18 jam?

    alhamdulillah... hubungan yg baik kita jaga elok2.... tak rugi kita bersahabat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, begitulah. Tiap2 hari balik lewat lepas tu esok paginya turun kerja awal hahaha! Sabtu & Ahad je kadang2 buat hal sendiri tapi selalu buat plan jumpa jugak hihi.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .