Dua minggu lepas kalau korang ingat lagi, aku temankan mak ke temujanji susulan HPV Screening Test di Pusat Perubatan UM. Masa tu aku pun disuruh oleh doktor pakar dari Yayasan ROSE untuk membuat ujian saringan HPV jugak.

Lepas buat ujian tu aku tunggu keputusan dengan sedikit berdebar-debar sebab aku taknak la kena melalui prosedur kolposkopi yang mak aku kena buat tu. Walaupun mak aku bagitau prosedur tu cuma pedih sikit je tapi apa-apa yang melibatkan anggota sulit kita mesti rasa gerun dan ngilu la jugak kan huhu.

Akhirnya hari ni aku dapat Whatsapp keputusan ujian saringan HPV yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, keputusan ujian menunjukkan normal (tiada virus HPV dikesan) 💕 🤲🏻.

 

cervical cancer screening

Sebenarnya ada ralat sikit kat entry aku sebelum ni. Aku ingatkan bila result normal, kena repeat test 5 tahun akan datang. Tapi sebenarnya ujian saringan cuma perlu dibuat lagi 10 tahun akan datang. Dalam tempoh 10 tahun tu, aku tak payah buat pap smear jugak. Best kan? Bila doktor kata tak payah buat pap smear lepas ni, aku senyum sampai telinga tau hehe. 

Mesej ni aku akan simpan untuk rekod dan bukti yang aku dah buat ujian saringan HPV ✌🏻.

14 comments:

  1. Mesti lega. Lepas itu baru 10 tahun buat pemeriksaan semula. Lama juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega sebab tak payah buat prosedur kolposkopi tu. Seronok jugak sebab lepas ni tak payah buat pap smear, tunggu 10 tahun baru pergi buat lagi.

      Delete
  2. Bagus buat pemeriksan begini...boleh detect awal kalau jumpa benda yang kita tidak ingini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaum ibu dan wanita yang dah berkahwin digalakkan untuk buat pemeriksaan saringan kanser serviks sebab kanser ni merebak senyap2, bila keluar simptom maksudnya dah sampai tahap akhir (tahap ke-3 / ke-4). Detect awal boleh cepat-cepat dapatkan rawatan.

      Delete
  3. Alhamdulillah syukur. Memang patut senyum sampai telinga hikhik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak payah buat pap smear 10 tahun hihi

      Delete
  4. Alhamdulillah lega...Saya pun baru tahu..buat pap smear lepas 10 tahun ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tak payah buat 3 tahun sekali dah sebab HPV screening test ni lebih tepat dari pap smear.

      Delete
  5. Alhamdulillah hasilnya bagus ya kak. Saya pun nak buat pemeriksaan juga. Walaupun sudah vaksin lengkap, tapi memang pemeriksaan mesti rutin 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la tu Fanny. Kalau keturunan ada penyakit kanser, kita kena lebih berjaga2. Mak saya pernah kena kanser, saya dan adik-beradik kena buat pemeriksaan kanser secara rutin jugak kerana kebarangkalian itu ada.

      Delete
  6. kalau buat kat PPUM ni kena booked appointment dulu ke? atau boleh walk in terus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena contact Yayasan ROSE buat appointment dulu anies. Boleh baca entry sebelum ni (link dalam entry ni 😊)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .