Semalam Suami Terchenta tiba-tiba balik tengahari, katanya badan rasa tak sihat jadi dia mintak izin dari boss untuk balik ke rumah.

Jarang-jarang Suami Terchenta demam, bila sekali terkena memang teruk jugak la. Lepas makan ubat, dia tidur sepanjang hari. Bangun pun untuk solat je lepas tu sambung tidur. Malam pulak dia makan laksa Sarawak semangkuk kecik dan sambung tidur.

Pagi ni aku buatkan bubur ayam ala Mekdi untuk Suami Terchenta. Kebetulan ada baki daging ayam yang dah diracik halus untuk menu laksa Sarawak malam semalam, jadi boleh la habiskan ayam tu untuk dimakan dengan bubur.


bubur ayam senang

Resipi bubur ayam ala Mekdi Paling Ringkas

  • Satu cawan beras (dicuci bersih dan ditos)
  • 6 cawan air
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • 2 bahagian dada ayam
  • Minyak bijan
  • Daun bawang dihiris halus
Cara-cara:
  1. Dalam periuk nasi, masukkan air, halia dan kiub pati ayam.
  2. Masukkan dada ayam dan rebus sampai masak. Keluarkan dada ayam dan racik-racik isinya.
  3. Masukkan beras yang sudah dicuci. Masak hingga jadi bubur nasi guna fungsi 'congee'.
  4. Semasa menghidang, letakkan isi ayam yang telah diracik atas bubur, tuang tabur daun bawang dan tuang minyak bijan mengikut kuantiti yang disukai ke atas bubur. Sedia untuk dihidang.

Biasanya orang demam suka rasa yang plain je, jadi bubur ni memang sesuai sebab tak banyak bahan dan rempah yang digunakan. Aroma minyak bijan lebih menaikkan bau dan rasa bubur ayam ni.

Semoga Suami Terchenta cepat sembuh lepas berehat secukupnya. Kesian pulak tengok dia nampak betul-betul tak larat nak bangun.

17 comments:

  1. Oh, kita ingat Carneyz yang demam. Semoga suami terchenta Carneyz diringankan kesakitan dan segera sembuh, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SK. Tu la risau kita tgk asben lembik je sepanjang hari

      Delete
  2. Tidur memang kawan baik orang demam... GWS

    ReplyDelete
  3. Semoga suami Carneyz dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera. Mrs. A kalau demam suka makan maggi kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb nak bagi hilang rasa payau masa demam ke sis? Ni dia demam pakej sakit tekak sekali payah nak telan. Nasib baik buat Covid test negatif

      Delete
  4. Bila demam- demam ni nak lauk sup2 aje..dapat sup yang masam2 pun lega rasa tekak...SA dah kebah demam cuma tekak masih x ok..ni yang risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumur dgn mouth wash Listerine tu Insha Allah cepat baik SA. Jangan lupa ambik vitamin C jugak.

      Delete
  5. moga ur hubby cepat sembuh..aamiin---sedap bubur tu! my fav!

    ReplyDelete
  6. haa... saya pun kalau Encik Suami yang demam memang pening kepala. Dengan tak selera makannya, dengan susah nak makan ubatnya, dengan melepek nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan, orang lelaki memang macam tu la pe'el bila demam 😜 Ni baru balik dari klinik mintak extend mc sbb masih tak larat nak masuk ofis.

      Delete
  7. kalau ammi buat bubur utk orang demam, sama je macam tak demam. ammi lebur je semua dalam tu biar ada nutrien lain selain carbo kat dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dada ayam tu nak kena carik2 sbb senang sikit nak telannya Ammi. Orang sakit tekak mcm2 demand, kita layan je la 🤣

      Delete
  8. Bubur udah the best choice untuk orang sakit. Tak payah kunyah, tapi tetap memberikan gizi .

    Semoga cepat sehat untuk suami kak carneyz 🤗.

    ReplyDelete
  9. penah buat juga dulu walaupun tak demam hehehe...mmg sedap...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .