Aku sebenarnya segan nak mengaku yang kiteorang ni jarang-jarang pergi buat pemeriksaan kesihatan gigi. Kali terakhir pergi ialah 2 tahun lepas. Selagi gigi elok tak sakit memang idok ler nak jejakkan kaki ke klinik gigi 🤣.

Tapi bila aku baca pengalaman Kak Ujie mendapatkan rawatan penyakit gusi ditambah pulak dengan gigi bawah yang selalu rasa nyilu dan setiap kali meludah lepas gosok gigi je nampak darah, aku buat keputusan berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan bermula sekarang. Yang lepas tu tak dapat la nak buat apa kan, tapi mulai sekarang dah kena ambik tindakan untuk menjaga kesihatan mulut kalau taknak gigi tanggal sebelum waktunya.

Ambik kesempatan cuti sekolah ni bawak anak-anak berjumpa doktor gigi di Klinik Pergigian Rohaya di Sentul Boulevard. Seperti dijangkakan, tak ramai orang mungkin sebab pergi hari bekerja dan cuti sekolah.

Lepas mendaftar nama, kiteorang pun menunggu untuk dipanggil masuk ke bilik rawatan. Dalam 10 minit kemudian, nama Khayla dipanggil tapi aku dan Khadeeja pun masuk sekali untuk bagi morale support dengan Khayla.  

Doktor gigi yang merawat kiteorang ni perempuan Melayu, baik dan lemah-lembut orangnya. Pandai melayan budak-budak so anak-anak terus hilang rasa takut. Bila dia check gigi Khayla, dia kata kena buat scaling sikit sebab ada plak gigi dekat celah-celah gigi yang bertindan (gigi Khayla macam gigi aku, tumbuh senget sebab rahang yang sempit. Lepas tu dia pesan Khayla untuk gosok gigi sampai ke bahagian belakang mulut jugak sebab ada sisa makanan kat bahagian gigi geraham di belakang. Prosedur scaling dan polishing berjalan tak sampai 10 minit dah selesai.

Untuk Khadeeja pulak, doktor kata tak perlu buat scaling sebab takde plak gigi (yang ni aku musykil sebab si Khadeeja ni dah la suka makan gula-gula, minum air Coke dan kadang-kadang lupa gosok gigi sebelum tidur, tapi doktor kata takde plak gigi! 😅), so dia buat polishing je. Rasanya 2 minit je giliran Khadeeja.

Seterusnya giliran aku pulak. Aku cerita dekat doktor yang gigi bawah aku tu rasa ngilu dan bila gosok gigi ada pendarahan. Doktor pun check keadaan gigi dan gusi aku. Katanya mungkin aku rasa ngilu sebab gigi aku sensitif dan tabiat minum air bersuhu sejuk. Pendarahan tu pulak mungkin disebabkan plak gigi di celah-celah gigi. Jadi untuk aku, kena buat prosedur scaling dan polishing. Doktor syorkan aku tukar ubat gigi ke Sensodyne warna purple dan guna floss jenama Oral-B.

Di penghujung sesi dengan doktor gigi ni, dia puas hati dengan tahap dental hygiene kiteorang dan katanya tak perlu jumpa 6 bulan sekali, cukup jumpa setahun sekali pun dah ok. Alhamdulillah, seronok dengar doktor gigi puji gigi kiteorang sihat dan bersih.


Klinik Pergigian Rohaya
Doktor gigi yang profesional dan mesra kanak-kanak

Jumlah keseluruhan rawatan gigi kiteorang ialah RM170 - RM100 untuk aku, RM60 untuk Khayla dan RM10 untuk Khadeeja (sebab dia buat polishing je). OK la, standard harga buat rawatan gigi biasa. Lain kali aku nak try pergi klinik gigi kerajaan pulak (tapi tak tau kat mana kat Sentul ni).

Kalau ada kawan-kawan yang duduk di sekitar Sentul KL, boleh cuba perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan gigi di Klinik Pergigian Rohaya ni sebab bagi aku servis dieorang ni profesional dan mesra. Sebelum buat apa-apa rawatan, doktor akan bagitau apa rawatan dan berapa kosnya so takde la terkejut masa nak bayar nanti. Satu  lagi kat sini boleh bayar guna tunai atau kod QR.


Klinik Pergigian Rohaya
Tingkat 2, Sentul Boulevard (tepi kedai 7E) 
Whatsapp untuk temujanji: 016-2166 861 / 016-2166 862
https://www.klinikpergigianrohaya.com/

14 comments:

  1. Okey, uncle dah tengok website dia... Nampak selesa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik dia ok selesa tapi ada lagi klinik yg lebih selesa siap boleh bancuh kopi / teh hehe. Yang tu tak berapa penting, janji doktor giginya profesional bila jumpa tu hilang rasa seriau nak check gigi 😜

      Delete
  2. Alhamdulillah…bertindak sebelum muncul masalah besar 👍🏽
    Cajnya pun kira rendah jugak tu, akak pernah scaling & polishing (masa tu belum mulakan rawatan pakar gusi) cajnya RM120.

    Akak memang menyesal pasal gigi ni sebab masa muda penakut dan tak melawan rasa takut. Apa pun, yang berlalu biarlah berlalu kan. Kita buat yang terbaik untuk hari ini dan masa depan. Gitu…😁. So sekarang kenalah akak mengadap doc gigi 6 bulan sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi nak cakap tq jugak dekat Kak Ujie sebab lepas baca pengalaman Kak Ujie tu baru timbul rasa insaf sebab tak disiplin mengadap doktor gigi setiap 6 bulan. My mom pun sama takut jumpa dentist sampai bertahun-tahun tak pergi, tu yg sebelum start kimoterapi hampir semua giginya kena cabut sebab dah reput/rosak (lepas kimo tak boleh jumpa dentist selama 5 tahun).

      Delete
  3. Alhamdulillah semua ok 👍
    Klinik ni dekat market sentul tu ye sis? Lawa klinik dia kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik ni dekat Sentul Boulevard sis. Doktor kata jumpa lagi tahun depan hehe

      Delete
  4. dentist clinic is always the last place i wanna be hahah tp lately kerap jugak ke sana sbb byk plak my geraham ni buat hal (dh cabut few jugak sbb dh tak leh nak diselamatkan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sama la kita MZ. Tahap mengelak pergi klinik gigi tu sampai 2 tahun tak jejak kaki ke sini. Ni baru nak insaf lepas baca blog Kak Ujie.

      Delete
  5. boleh x kmk terbaca tajuk klinik pergigian rohingya... hahaha... dlm hati kmk dpt juak org rohingya bkk klinik di sitok ooo tp bila dh baca content br tauk klinik pergigian rohaya... wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelah gilak kitak kali smp rohaya jadi rohingya 😂

      Delete
  6. Samalah kita .. Jarang nk ke doktor gigi ntah bila last checkup gigi hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 40-an baru nak insaf hehe. Takut umur 50 dah kena pakai gigi pelesu huhu...

      Delete
  7. sy pun dalam masa terdekat ni nak g dentist... utk tahun ni belum buat apa2 lagi check up...

    murah juga tu harga utk 3 org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat scaling dan polishing je mungkin sebab tu murah.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .