Hari ni dah berkuatkuasa SOP Covid-19 terbaharu seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa melibatkan pemakaian pelitup muka dan tempoh kuarantin di rumah bagi pesakit Covid-19.

Boleh rujuk carta di bawah untuk ringkasan SOP:


SOP Covid-19 2023

Kesimpulannya, dah tak perlu risau terlupa bawak pelitup muka bila keluar rumah. Walaupun pelitup muka ni bagus untuk melindungi kita dari jangkitan yang merebak melalui rembesan titisan wap di udara, tapi pada masa yang sama sakit mata jugak bila tengok pelitup muka terpakai dibuang merata-rata. Cuma kalau bergejala atau ada simptom-simptom batuk dan selsema tu, pakailah pelitup muka bila di luar rumah ye. Jangan pulak tak ambik iktibar dari wabak Covid-19, mentang-mentang kita ni dah di fasa endemik!


pelitup muka
Lepas ni pakai pelitup muka bila perlu je

22 comments:

  1. Dah lama tak pakai pelitup muka kecuali jika ke klinik atau hospital. Betul, sy sakit mata dan sakit hati tengok pelitup muka bersepah, sebab ia ringan, mudahlah terbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya standby pelitup muka dalam handbag sebab bila naik lrt masih kena pakai pelitup muka. Lepas ni dah tak payah, jimat sikit duit beli pelitup muka hehe

      Delete
  2. Kalau pergi fasiliti kesihatan mmg wajib pakai. Klu tempat tumpuan awam dan sesak..try to avoid. Tetapi kalau nak pergi juga, boleh pakai sebagai langkah berjaga2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni pergi fasiliti kesihatan pun dah tak perlu pakai kecuali kes positif Covid.

      Delete
  3. Kannn, sana sini berterabur pelitup muka atas jalan..
    Sis sso far masuk Mall still pakai lagi.. kecuali duduk makan.. kadang lupa juga, terus rasa tak selesa.. dah terbiasa agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. sakit mata tgk pelitup muka bersepah2 atas jalan. Masih ada lagi golongan yg suka buang sampah merata-rata. Elok dah tak payah pakai pelitup muka, kurang sikit sampah atas jalan.

      Delete
  4. aritu naik lrt...mmg lupa la nk pakai ..yela dh lama xnaik lrt kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham... sbb kat tempat lain semua dah tak perlu pakai mask jadi ada jugak yang terlupa bawak mask, terpaksa naik lrt tak pakai face mask. Skrg dah tak wajib, digalakkan je.

      Delete
  5. dari dulu lg sy mmg pakai mask kalau naik public transport (lepas arahan kelonggaran pakai mask).... penah sekali terlupa nak pakai. sbb sangkut bawah dagu. org dlm tren tu pandang sy semacam je hahahaha

    gi farmasi pun sy pakai jg hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang hari2 guna public transport, mesti dia tak lupa bawak face mask setiap kali keluar rumah. Yang lupa ni selalunya yang jarang2 naik public transport hehe.

      Delete
  6. Fiza still pilih untuk pakai mask. Dah terbiasa kan. Tapi di tempat kamek orang area Betong tok nang sikda agik nangga orang makey mask. Arumbulak, boleh dikira dengan jarik dah orang yang makey mask.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di kl tok sama juak, mun nemu pun org2 tua & org Cina ramai agik makey mask. Anak kmk agik pakai mask ke sekolah, katanya alah dengan debu di sekolah bagus gik nya pakai mask dari nya berkasik2 di sekolah.

      Delete
  7. SA memang pakai bila naik kenderaan awam...mencegah adlaah jalan terbaik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah tak wajib tapi digalakkan. Ikut keselesaan individu. Saya prefer tak pakai mask tapi tgk keadaan jugak kalau dalam LRT sesak, lebih selesa pakai la.

      Delete
  8. 2 hari tok ke ofis berfacemask sbb bergejala... tp negative

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah giya Kakmim. Mun bergejala digalakkan pakai mask, x la menjangkit org lain nak.

      Delete
  9. Walaupun di tempat sayapun sudah boleh melepas masker..tapi buat berjaga "di tempat umum apalagi keramaian saya tetap pakai masker...minimal ga terlalu kuatirlah..soalnya kita gak tau keadaan di sekitar kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali. Kalau khuatir senang dijangkiti, lebih elok ambil langkah berjaga2 kekal pakai masker di tempat awam.

      Delete
  10. MA pun memang standby dlm handbag...sama ngan sanitizer.
    pakai bila gi tempat ramai2 tu & klinik or hospital.. covid still ada walaupun dah makin kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun masih simpan hand sanitizer dalam beg. Tapi mask dah jarang2 pakai kecuali bila naik lrt / grab.

      Delete
  11. dah rileks sikit, selalu terlupa pakai mask naik LRT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah jarang2 bawak mask keluar rumah. Ada sekali tu temankan mak kat hospital bila tengok semua orang masih pakai mask rasa serba-salah, terpaksa singgah farmasi belikan mask jugak sebab rasa janggal 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .