Welcome to Ipoh! |
Jumaat lepas kiteorang buat trip balik hari ke Ipoh yang penat tapi menyeronokkan. Pertama kali jejak kaki ke Ipoh, Perak buatkan aku rasa ruginya tak pernah ke sini sebelum ni. Trip pergi balik hari rasa macam tak cukup masa je untuk pergi ke semua tempat tarikan di Ipoh. Tapi kalau korang pun bercadang nak jalan-jalan ke Ipoh tanpa bermalam, kat sini aku senaraikan tempat trending di Ipoh yang kids-friendly yang kiteorang singgah:
1. Sarapan pagi di Restoran New Holly Wood
Sedia maklum yang restoran ni tiada sijil Halal dari JAKIM, tapi disenaraikan salah satu restoran Muslim-friendly di Ipoh. Berkonsepkan kopitiam, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan (kebanyakannya makanan Cina), antara makanan yang terkenal ialah char kuey teow, roti telur goyang, cakoi, chee cheong fun, mi kari, roti canai, mi wantan dan macam-macam lagi.
Pilihan kami - mi kicap udang, cakoi, chee cheong fun udang, chili pan mee telur |
Aku langgar pantang dan pesan minuman kopi ais, rasa kopinya macam di kedai kopitiam |
Suasana di Restoran New Holly Wood |
Dengar cerita, Sultan Perak pun selalu jugak singgah makan kat sini. Memandangkan ramai orang dari pelbagai lapisan bangsa dan masyarakat dan dari dalam dan luar Perak singgah makan di sini, expect untuk beratur sekurang-kurangnya 10 minit menunggu meja kosong.
2. Berjalan-jalan di Concubine Lanes
Tarikan utama yang trending di Ipoh ialah Concubine Lanes. Mengikut sejarah, seorang tauke lombong yang kaya-raya telah menghadiahkan setiap seorang isteri-isterinya seramai 3 orang sebuah lorong setiap satu di mana isteri-isterinya ni mengutip sewa dari pekedai-pekedai / rumah-rumah pelacuran di lorong masing-masing.
Asal-usulnya, lorong-lorong ini dikenali sebagai Wife Lane (Lorong Isteri Tua), Concubine Lane (Lorong Gundik Pertama) dan Second Concubine Lane (Lorong Gundik Kedua) tapi telah ditukarkan nama kepada Lorong Hale, Lorong Panglima dan Market Lane.
Kawasan yang diisytiharkan sebagai warisan sejarah Ipoh ni ialah pitstop kedua kiteorang dalam misi jalan-jalan Ipoh. Selain daripada mencuci mata tengok barang-barang jualan seperti biskut, cenderahati, pakaian dan gerai-gerai makanan yang unik dan menarik, kiteorang jugak banyak ambik gambar di depan mural-mural di dinding sepanjang lorong-lorong ni.
Suasana di sekitar Concubine Lanes |
Posing depan mural-mural di dinding |
Mencuba makanan menarik di sini seperti kuih titisan hujan, jeli pelangi, minuman asap dan ais kepal |
Anak-anak bawa pulang cenderahati berupa pasir glow in the dark |
3. Melawat Kedai Buku BookXcess Kong Heng dan Muzium Yasmin Ahmad
Sementara menunggu Suami Terchenta solat Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II, kiteorg singgah di Kedai Buku BookXcess Kong Heng tak jauh dari Concubine Lane. Menariknya, bangunan kedai buku ni sebenarnya ialah sebuah bank lama yang diubahsuai menjadi kedai buku. Kalau pergi bahagian basement, masih wujud lagi pintu jeriji besi dan bilik-bilik kebal.
BookXcess Kong Heng |
'Tersembunyi' dalam kedai buku ni pulak ialah Muzium Yasmin Ahmad. Budak-budak sekarang mungkin tak kenal siapa arwah Yasmin Ahmad, pengarah filem Malaysia yang satu masa dulu terkenal menghasilkan iklan TV yang ikonik terutamanya iklan TV untuk syarikat Petronas. Sekarang rasanya belum ada lagi pengarah iklan TV yang berjaya menghasilkan iklan seperti Yasmin Ahmad. Selain dari iklan TV, Yasmin Ahmad jugak mengarahkan beberapa buah filem antaranya Mukhsin, Rabun, Sepet etc. To be honest, aku rasa iklan-iklan TV yang diarahkan oleh arwah Yasmin lebih meninggalkan kesan dan memori berbanding filem-filemnya.
Muzium Yasmin Ahmad (lebih berupa galeri) memaparkan karya-karya arwah Yasmin dan beberapa peninggalan dari karier beliau semasa hayatnya |
4. Melawat Menara Jam Memorial Birch
Ipoh ialah sebuah bandar yang banyak meninggalkan warisan sejarah dari zaman pemerintahan British. Dah alang-alang ke Ipoh, kiteorg wajib singgah ke tempat bersejarah di sini. Tak jauh dari Lorong Panglima ialah Menara Jam Memorial Birch yang didirikan bagi mengingati J.W.W. Birch, Residen British pertama di Perak.
Atas dari kiri: mural di Lorong Panglima, seni batik, tangga menuju ke Menara Jam Memorial Birch Bawah dari kiri: Menara Jam Memorial Birch, Masjid Sultan Idris Shah II, lukisan mural |
Mengikut sejarah, J.W.W. Birch ni tak disukai oleh Sultan Perak dan masyarakat Melayu sebab tindak-tanduknya yang sangat tak menghormati budaya dan cara hidup orang Melayu di Perak. Birch menggunakan kuasanya dengan bantuan polis British untuk menakut-nakutkan penduduk Perak. Oleh sebab itu, J.W.W. Birch akhirnya mati dibunuh oleh sekumpulan orang Melayu yang merejamnya dengan lembing sebelum menghumbannya ke dalam sungai.
Walaupun menara jam memorial ni didirikan oleh pemerintah British pada awal kurun ke-19 dulu untuk menghargai J.W.W. Birch, tapi kita sebagai rakyat Malaysia boleh mengambil iktibar dari sejarah ni tentang pentingnya memelihara maruah bangsa dan kemerdekaan negara kita supaya tak lagi dijajah oleh pemerintah kejam macam J.W.W. Birch.
5. Singgah Beli Tau Fu Fah di Funny Mountain
Pertama kali dulu mencuba tau fu fah dari Ipoh yang adik bawak balik, aku terus jatuh cinta dengan rasanya yang silky smooth. Makan sejuk-sejuk memang heavennnn.... Sebelum balik ke KL, kiteorg singgah di kedai Funny Mountain yang direkemenkan oleh adik.
Waktu operasi kedai ni dari pukul 10.30 pagi sampai habis (punya la laku giler tau fu fah dieorang!) |
Tau fu fahnya lembut, segar dan licin je masuk tekak! |
Menariknya kat sini ada konsep drivethru kalau malas nak beratur depan kedai. Servis pun cepat je. Kiteorang tapau balik 9 bekas tau fu fah dan 1 botol air soya untuk Khayla (sebab dia tak makan tau fu fah tapi suka minum susu soya). Semuanya RM30 (harga satu bekas / satu botol soya ialah RM3). Dalam kereta dah makan sebekas sorang. Balik rumah simpan dalam peti sejuk, esok tu makan sejuk-sejuk sedapnyaaaa!
6. Melawat Kellie's Castle
Suasana |
Atas permintaan anak-anak yang nak melawat tempat 'berhantu' ni, kiteorang pun singgah la jugak ke Kellie's Castle.
Bangunan agam yang dibina sebagai simbol status kekayaan pemiliknya William Kellie-Smith, tapi pemiliknya meninggal dunia sebelum bangunan ni siap sepenuhnya |
Bayar RM20 untuk 3 dewasa dan 1 kanak-kanak termasuk parking kat dalam. Nak menuju ke Kellie's Castle kena menyeberang jambatan kecil lepas tu panjat tangga. Kalau takde stamina memang semput jugak la!
Dari sejarah yang dipaparkan di situ, William ni berasal dari Scotland dan berhijrah ke Malaya mencuba nasib. Dia akhirnya membuka estet dan menjadi kaya-raya, tapi tetap dipandang rendah oleh orang-orang kaya British di Malaya (mungkin sebab dia bukan dari golongan bangsawan / old money). Dia bernekad untuk membuktikan statusnya sebagai orang kaya kepada masyarakat British setempat dengan membina rumah agam Kellie (Kellie's Castle) lengkap dengan lift pertama di Malaya yang diimport dari Eropah. Malangnya dia dijangkiti pneumonia dan meninggal dunia di Eropah. Selepas kematian William, isteri dan anak-anaknya pulang semula ke England dan tak menjejakkan lagi kaki ke rumah agam yang dibina oleh William. Pengajaran dari sejarah Kellie's Castle ni ialah supaya kita jangan sibuk mengumpulkan harta untuk berbangga-bangga sebab bila kita mati, harta tu menjadi sia-sia.
Tarikan utama Kellie's Castle ialah mitos penampakan susuk hantu yang menjelma di beberapa tempat dalam bangunan ni. Much to the kids' disappointment, tiada penampakan hantu masa kiteorang melawat 😅. Khadeeja paling tak puas hati sebab dia kata nak jumpa hantu. Adoi la anak, tengok cerita hantu dah takut ada hati nak jumpa hantu real! 😂
Dengan tu berakhirlah itinerari jalan-jalan ke Ipoh balik hari kami. Ipoh ni tempat wajib pergi untuk kaki makan (foodie), kaki sejarah dan Instagrammers. Kalau pergi ke sini lagi, aku teringin nak singgah di Platform 9 ½ Cafe (kafe bertemakan siri Harry Potter) dan melawat Tasik Cermin Ipoh.
Siapa yang pernah ke Ipoh sebelum ni, apa lagi tempat menarik di Ipoh yang korang rekemen? Komen di bawah ye.
PH selalu ke Ipoh, but never as a tourist :(
ReplyDeleteLepas ni kena masuk list utk jalan² Ipoh la pulak. Banyak tarikan 👍
Oo.. kampung PH kat Ipoh ke? Best tu. Aah seronok jalan2 ke Ipoh. Tak bermalam pun takpe, jimat sikit duit hotel hehe 😅
DeleteTahun lepas Abang Farid ajak kami singgah Restoran New Holly Wood untuk sarapan. Dah terliur-liur teringin makan chee cheong fun, tapi terpaksa menunggu lama sebab banyak pelanggan! Tak sanggu berbaris, kami pun cari makan di tempat lain.
ReplyDeleteTapi Ipoh memang best!
Takpe Kak Amie, lain kali boleh singgah lagi 😄 kena datang hari biasa baru kurang sikit pelanggan beratur.
Deleteorang perak pon x lagi berjalan jalan di negeri sendiri.. teringin gak .. tapi bila tah..
ReplyDeleteBuat trip geng KAMIE ke Ipoh pun best jugak kan hehe.
Deletevery informative lah entry ni...i pernah buat daytrip to Ipoh naik ets --rasanya last 2 yrs..tp tulah, tak de kenderaan plak nak ronda2 lps turun ets tu, so i ronda2 mall jer hahahah sbb main aim bwk my boys naik ETS hehehhe
ReplyDeletemula2 plan nak naik ets je tapi dah penuh. next time nak try naik ets pulak.
DeleteGigih sehari ke Ipoh.
ReplyDeleteGigih sbb 2 jam je dari KL hehe
Deletehahhahha pasni sila ke Tualang tu.... byk info utk bebudak,bagus situ
ReplyDeleteok nanti kita masuk dalam list hehe
Deletepenah plan jg nak buat mcm ni. akhirnya kami naik ETS trs dan bermalam laa kat ipoh 3D 2N. tapi disebabkan masa tu ada 'bau2 PKP' lg so kedai buku n muzium YA tu tutup... frust jg laa... kedai2 kat CL tu pun tak banyak yang buka. gerai kuih titisan hujan tu pun tutup jg... lps ni nak pegi lg. sejak tgk YT azfar badrul terasa nak terjah semua tempat2 mkn best kat sana hahahaha
ReplyDeletemula2 asben ajak bermalam kat ipoh tapi fikirkan malas nak kemas baju tu yg last2 jadi day trip je hehe. Lagipun boleh je datang lagi sbb 2 jam je dari KL. Naik ETS pun seronok jugak. Next time nak try naik ETS pulak.
DeleteHehehehe..orang ipoh memang handsome..
ReplyDeletehehe comel je papan tanda tu
DeleteWah.. saya yang duduk perak pun tak habis jalan lagi di Ipoh..
ReplyDeleteKalau tempat sendiri kadang2 malas nak explore hehe. Saya duduk KL tapi banyak tempat yg orang luar KL dah pernah pergi tapi saya tak pergi lagi.
Deleteada plan jugak nak ke perak tapi tu la.. x tau bila....
ReplyDeletenext cuti2 boleh bawak Ian dgn Iris ke Ipoh MA. Mesti dieorg suka.
DeleteTeringin juga nak jalan-jalan ke Ipoh camni, tapi tu laaa Laki taknak layan..
ReplyDeleteNanti nak buat trip laa dengan kawan-kawan ...
Jommm... kita buat trip ke Ipoh dgn Sodep, Kak Ret, Kak CT, Shai, mesti gempak hehe
DeleteNak buat la JJCM ke Ipoh nanti....tp kena tunggu lepas kahwin la...hahahaha baru best jenjalan kan...
ReplyDeleteAah, alang2 sampai Ipoh tu SA book la bilik dekat Banjaran Hot Spring boleh mini-honeymoon sekali hihi..
Deletedah lama x buat trip sehari mcm ni..okay masuk dalam wishlist
ReplyDeletePenat tapi seronok sbb tak payah nak unpack baju balik dari trip 😅 (perkara paling malas nak buat kalau bermalam di luar)
DeleteTak pernah pergi lagi, macam menarik je ni! 🤩 Thanks Kak share info!
ReplyDeletebest sangat nona! berbaloi pergi walaupun buat day trip je 😉
Delete