Khamis malam, Khayla tiba-tiba teringat yang dia nak cari hadiah farewell untuk cikgu Sejarah yang berpindah sekolah. Bising sekejap la maknya sebab agak last minute inform. Tapi mengenangkan hari Jumaat waktu sekolah start lambat sikit, sempat la pergi cari hadiah tu.

Pagi Jumaat tu, lepas Khayla dah siapkan barang-barang sekolah dan gosok baju, kiteorang pun naik LRT ke SOGO. Nasib baik rumah dekat je dengan LRT. Kalau nak kena drive / bawak motor, aku malas. Cari hadiah di kedai Mr DIY je la jawabnya.


Naik LRT ke SOGO
Walaupun dah tak wajib pakai pelitup muka, tapi Khayla lebih selesa pakai sebab katanya dia introvert, tak suka orang tengok mukanya 😆

Naik LRT ke SOGO
Aku pilih ke SOGO sebab lebih banyak pilihan yang boleh dicari sesuai dengan bajet Khayla (bawah RM30)

Aku cadangkan supaya cari hadiah yang cikgu boleh guna setiap hari. Dengan cara ni, dia akan sentiasa ingat dekat pemberi (Khayla) dan semoga dia sentiasa mendoakan Khayla berjaya dalam pelajaran. Akhirnya Khayla jumpa hadiah yang dia berkenan iaitu mug yang cantik sangat. Kotak mug tu pun cantik penuh dengan lukisan bunga, jadi tak payah balut dengan kertas pembalut pun tak apa. Harganya pun dalam bajet Khayla - RM29.30.


Hadiah farewell
Khayla tengah bayar hadiah yang dipilihnya

Memandangkan kiteorang belum bersarapan, aku ajak Khayla ke food court. Ni dah kira brunch, sebab dah lewat sangat. Ternampak Ah Cheng Laksa, so singgah makan di sini. Kali ni aku pesan asam laksa. Puas hati dapat makan, hari tu rasa-rasa je kuahnya sebab tu Suami Terchenta yang pesan hehe. Khayla pilih makan pan mee sama macam yang aku makan sebelum ni.


Ah Cheng Laksa
Sementara tunggu makanan sampai, ambik gambar anak dara ni tapi dia malu-malu pulak

Sambil makan, kiteorang berborak hal sekolah dan kawan-kawan sekelas Khayla. Khayla ni pemalu dan pendiam dalam kelas. Maklumlah, orang introvert. Aku pesan supaya kalau boleh dia volunteer untuk pegang jawatan di sekolah contohnya pustakawan ke (sebab dia malu nak tegur orang so tak boleh la jadi pengawas).

Sedih aku mengenangkan yang Khayla ni berubah dari ceria dan friendly kepada seorang introvert lepas dia belajar di sekolah swasta tahun lepas. Nampaknya cuma Khadeeja je yang serasi dengan kawan-kawan di sekolah tu tapi batch Khayla pulak jenis yang tak berapa menerima orang baru dan dah ada clique sendiri. Tahun lepas memang aku perasan Khayla selalu seorang diri dan lonely. Walaupun aku selalu nasihatkan dia untuk cuba 'masuk' dengan kawan-kawan sekelas tapi lama-lama dia give up dan selesa jadi introvert sampai sekarang. Di sekolah sekarang pulak, dia berkawan dengan geng sama-sama introvert dan kumpulan dieorang ni digelar 'geng budak baik' sebab selalu senyap je dalam kelas. Cuma aku harap la dia jumpa kawan baik yang satu kepala dengan dia dan berkongsi minat yang sama.

OK la, done membebel tentang hal-hal remaja. Sambung balik cerita. Lepas makan, kiteorang singgah pulak di outlet JOVIAN sebab Khayla mintak belikan telekung sekolah yang baru. Telekung sekolah sekarang dah pendek katanya. Jumpalah telekung travel yang elok tak nipis dan jarang tapi ringan. Harga pun not bad - RM45. 

Settle beli telekung, singgah pulak beli stoking sekolah Khadeeja. Yang ada dah berlubang (aku tak tau la dia buat apa kat sekolah tu sampai stoking baru beli awal tahun tu dah berlubang). Dapat la 3 pasang dengan harga RM11.90. 

Tengok ada masa lagi, aku ajak Khayla pergi ke kedai CK Rahim di seberang SOGO untuk belikan dia tudung baru. Hasilnya dapat 2 pasang dengan harga RM30.


Muka manyak hepi dapat telekung dan tudung baru...

Lepas beli tudung, kiteorang terus balik. Bahaya kalau lama-lama di SOGO 😆. Sampai di rumah, Khayla tukar pakaian sekolah, ambik wudu' dan terus solat Zohor. Sempat dia siapkan kad untuk cikgunya sebelum aku hantar di ke sekolah. Macam tak percaya je boleh pergi shopping di SOGO on a school day hehe. Sekali-sekala OK, jangan diamalkan selalu! 🤭

17 comments:

  1. Khayla boleh geng ngan kakak Dania sebab kakak Dania pun Introvert, kawan2 dia x sorang pun satu Kolej ngan dia so dia x serasi ngan kawan2 satu sem...dunia dia study dan kereta dia si oyen .kadang pesan gak kena berkawan nanti dah masuk degree xde kawan susah..tp dia lebih selesa macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mak2 ni yg risau lebih2 kat anak2 introvert ni kan SA. Bukan apa, biasanya budak2 pendiam ni la selalu jadi sasaran pembuli sbb dieorg tak reti nak komplen kat cikgu. Kes yg abang cekik adik sampai mati tu dgr citer sbb dia dibuli kat asrama. Sbb tu saya selalu layan Khayla berborak supaya dia tak sunyi sangat & selesa meluahkan kalau ada masalah.

      Delete
  2. It takes time juga nak dapat kawan baru kan but no worries, slowly but surely إنشاء الله
    PH dulu pun pernah ada pengalaman gini. Form1-form3 tu takde clique tapi masuk upper form baru jumpa geng sekepala. Lepas tu baru rasa fun & motivated sangat nak bersekolah :)
    Shopping on weekdays best, tak ramai orang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Saya sentiasa doakan Khayla bertemu kawan (atau kawan2) yang memahami dan kongsi minat dengan dia. Harap2 Khayla macam PH bila dah naik tingkatan ada kawan baik yang boleh bring out the best in her :)

      Delete
  3. Sebab tu OM paling suka ddk KL. Segala kemudahan semuanya mudah dan dekat2. Anytime boleh pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tak dinafikan tu sis. Walaupun kos hidup agak tinggi kat sini, tapi kemudahan semua ada dan senang nak bergerak ke mana2.

      Delete
  4. harap khayla akan jumpa kawan yg bukan sahaja serasi tp baik jg akhlak dan budi pekerti. yalah skrg pengaruh kwn2 ni lbh bsr drpd pengaruh mak ayah. silap pilih kawan... huiiishhh nauzubillah...

    harap2 cikgu suka dan akn igt khayla selalu dgn hadiah tu👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen YRA 🤲🏻 setakat ni katanya kawan2 kat sekolah ok je walaupun ada la sorang dua yg nakal sikit.

      Khayla balik dari sekolah terus cerita yg cikgu Sejarah ambik gambar kenang-kenangan dengan dia & sorang lagi kawan yg bagi hadiah farewell jugak. Maknanya suka la tu kot hehe

      Delete
  5. Untung sangat rumah dekat dengan semua kemudahan awam. Senang nak ke mana-mana. 😁

    Pasal introvert tu, takde masalah selagi dia tahu bezakan mana baik mana buruk. Ramai je budak-budak pendiam dan pemalu tapi berjaya lebih daripada budak extrovert. Yang penting, enjoy hidup zaman sekolah!

    ReplyDelete
  6. Wah Khayla, sebelum ke sekolah sempat shopping 😁

    Bagi akak, takpe jadi introvert asalkan tau bila masa kena melawan/bertindak bila dibuli. Paling penting, Khayla masih tetap boleh berkongsi cerita dengan maknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far, alhamdulillah Khayla kata takde siapa yg buli dia kat sekolah. Mula2 masuk sekolah tu ada jugak yg ejek2 BM dia (sebab dia kat rumah cakap BI / slang Melayu Sarawak je) tapi Khayla buat tak tau je jadi lama2 dieorg pun berhenti ketawakan dia.

      Delete
  7. Akk doakan Khayla dapat serasi dgn kawan2 baru...insyAllah dik
    Dia akan ambil masa, tapi lama2 mesti dia boleh suaikan diri

    ReplyDelete
  8. waaa lama betul i tak gi sogo hehheh sbb sekrg byk mall kat my area so mcm tak de keperluan nak gi sogo...zmn bujang dulu2, i keje kat UOB jln raja laut ie bgnn sebelah sogo jer...so memang time lunch hour, almost everyday pegi sogo hehehhe

    ReplyDelete
  9. ada LRT mmg mudah nak ke SOGO...shopping2, makan2..dlm 3jam dah settle...saya jg introvert, pendiam..bila berkumpul kawan2, lbh suka mendengar, kurang bercakap..some regards me as 'boring'..haha..whatever, yg penting enjoy life!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .